Monday, May 28, 2012

MPS & kenduri kahwin kak zakiah~

salam~

lama sungguh xde cerita baru. hari ni nak buat catatan peristiwa yang satu hari nanti akan jadi kenangan yang sangat dirindui.

Jumaat lepas, 25/5 ada dinner yang Jaksa anjurkan. buat kat Bukit Jalil Golf & Country Resort. temanya merah hitam putih. disebabkan saya memang xde langsung baju merah yang best (sebenarnya nak beli baju baru) jadi kenalah beli baju baru. haha~mengada,kan? nasib baik mak pandai jahit. kalau x, jangan haraplah nak siap pada waktunya. oh ya, kitorang (Dentistry 5th batch) buat persembahan choral speaking malam tu =)

ni adalah sikit gambar ambik malam tu. 


majlis xmula lagi tp air dah nak habis =P





serba serbi merah =)
kenyang sangat n pudingnya sangat lazat. haha~kira berbaloilah kot makanan camtu. tapi sebabkan saya makan lewat (biasa makan malam sekitar pukul 6.30-7 lebih camtu makanya kepala jadi sakit dan sampai sekarang masih pening kepala lagi.

ok, habis part Malam Perdana Siswa. rehat sekejap hari Sabtu. sempatlah lari sekejap pergi jumpa pihak yang uruskan hiasan dewan untuk dinner fakulti nanti sekejap petang tu n lepas Asar, kakak datang jemput balik rumah sebab kebetulan nenek ada kat rumah dan esoknya adik saya nak pergi masuk U. tapi xduduk rumah sangat pun sebab malam tu keluar pulak pergi Warta beli barang sikit. masa nak balik, nenek belanja cheese nan =) sangat lazat.

esoknya lepas sarapan, siap2 untuk ke GV semula. masa ni keluarga saya dah berpecah dah ikut aktiviti masing2. mak, kakak, adik n 3 orang yang kecik tu ikut hantar adik nak masuk U. ayah, nenek dengan lagi 2 orang adik ikut ayah pergi kenduri kat Shah Alam. sedih jugak tak dapat ikut hantar Atikah tapi harap2 masa dia nak masuk UiTM nanti saya dapat hantar sekali.

sampai kat GV, siap2 nak pergi kenduri kahwin kak Zakiah, senior kitorang yang sekarang ni dalam tahun 4. kenduri tu kat Kg. Sekamat, Kajang. memang dah plan dengan kawan2 sekelas nak pergi sama2. jadi, dengan 4 biji kereta, kitorang pun berkonvoilah beramai-ramai ke tempat kejadian.

mula2 dah set dah pukul 12 mesti dah start gerak bagailah. tapi last2 sampai nak dekat pukul 1 jugak sebab mula2, Farah Husna dah sampai dengan avanza beliau, mengangkut 7 orang budak bersamanya. pastu Nadiah pun sampai untuk angkut lagi 4 orang. kira dah ready nak geraklah ni. tapi budak lelaki takde pun lagi nampak bayang kereta ke apa. sorang pun call. dah call2 bagai tu, dengan sempat beli cakoi n air mineral buat bekalan dalam perjalanan, rombongan budak lelaki pun memunculkan diri. bak kata sorang kawan ni, "diorang ni bersiap ke apa? dah kalah kita yang perempuan ni. pakai tanjak ke bla3...bukan diorang yang nak kahwin pun.." bebel2 dalam kereta. haha~lepas semua dah ada, kitorang pun bergerak secara konvoi ke tempat kejadian.

alhamdulillah, kitorang selamat sampai sebelum pukul 1. kira oklah sebab traffic pun tak teruk. sampai2, salam2 dengan beberapa ahli keluarga kak Zakiah, ambil makanan, makaaannnn!! laparlah. haha~tapi masa ni kak Zakiah dengan suami dia tak sampai lagi. takpe2, kitorang tunggu. makan2 dengan khusyuknya sebab semua tengah lapar.





bakal2 pengantin..haha =)
tengoklah budak lelaki tu. bukannya bertanjak bersampin bagai ke apa. pakai selipar je pun. tak tahulah kitorang apa yang lama sangatnya nak bersiap sebelum pergi tadi tu. haha~tak berapa lama lepas tu, pengantin pun sampai. maaflah takde gambar.

apa2 pun, terima kasih banyak2 sebab pergi sama2 n balik sama2 jugak. balik tu semua orang pengsan agaknya. penat jugaklah. lagi2 hari tu cuaca agak panas n sakit kepala saya pun makin menjadi-jadi lepastu. sekarang pun tak hilang lagi sebenarnya.

seronok sangat =D insya Allah kitorang akan pergi lagi buat aktiviti2 camni. sangat suka bila ada dalam suasana macam ni. kita pun nak berkawan lama2, bukan sampai habis belajar semata. manalah tahukan, hari ni pergi kenduri kahwin akak senior, esok2 karang ada pulak entri bertajuk "merewang di kenduri XXXXXX" <----nama kawan. haha~insya Allah

3 respons terhadap bicara saya:

nUrUL eHSaN said... [balas komen ini~]

comeynya muka aku....awt gmbaq aku ckit sgt???

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

haha~yg penting gamba aku kne ade..hehe~

nUrUL eHSaN said... [balas komen ini~]

ala....gmbq aku pnyeri blog hg tau x???:P