Tuesday, May 29, 2012

rindu Maahad~

salam~

semalam baru dapat tugasan baru. kena jadi pengarah untuk roadshow n untuk kali yang pertama ni, kitorang akan pergi ke sekolah saya, SMKA Maahad Hamidiah.

kenapa saya? haha~ada orang tu cakap, "sebab itu sekolah kau. kau lagi faham selok-belok sekolah kau."

sangat tidak kukuh alasan itu ye. apa korang ingat aku ni jadi pengarah untuk program "Mari Mengenali Maahad" ke? sampai nak kena aku jadi pengarah untuk tunjuk jalan bagai.

ok, lupakan hal itu.

saya cuak sebenarnya. sebab saya bakal menjadi bak kata pepatah, "seperti sirih pulang ke ganggang". eh, betul ke? sebenarnya sebab saya akan balik ke sekolah saya. yang mana kebanyakan cikgu saya masih mengajar kat situ n ada 2 batch junior yang kenal saya. jadi, kalau saya masih lagi xmatang n bersikap macam kat sekolah dulu, malulah! #^_^#

tapi saya bersyukur sangat dapat pergi Maahad free2 camni. hehe~bukan selalu dapat pergi. dah banyak kali kawan ajak join program dengan junior (SOLEH, kem add maths, perkampungan ilmu) tapi takde satu pun yang saya dapat penuhi. semuanya sebab saya sangat busy dengan schedule kat sini.

wuwuwu...rindu sangatlah dengan Maahad. sekarang dah rasa berdebar sebab nanti bila pergi mesti teringat banyak benda. tengok dewan teringat itu, tengok blok asrama teringat ini, tengok pokok rambutan kat depan rumah cikgu Rohayati tu teringat lagi. err...makcik Hasnah yang jaga asrama tu ada lagi x?rindu jugak yang tu. lagi satu, blok MN dah cat ke? hehe~

rindunya. rasa macam baru lagi tinggalkan sekolah.terbayang lagi sunyinya asrama masa last day SPM. sunyinya sekolah. dulu saya ada tulis kat dinding sebelah tempat duduk saya kat kelas "10 tahun lagi aku datang. 'afifah azam. 5 ibs '09". saya tak tahulah ada lagi ke tak tulisan tu. ataupun tulisan tu dah hilang dicat baru ataupun kelas tu dah tak jadi kelas form 5 lagi dah. eh, vandalisme!! haha~tulis pakai pensel je pun.

sekejap sangat masa berlalu. lagi rindu bila hari tu masa dinner MPS, ada orang nyanyi lagu 'Terima Kasih Guru' yang Mirwana nyanyi tu. seriusli, memang boleh kata tiap2 tahun masa hari Guru budak Mirwana akan nyanyi lagu ni. tambah2 lagu yang Mirwana buat tu tujukan kat cikgu mereka yang jugak merupakan cikgu saya. haruslah tersentuh!!! terus mesej Yasmeen cakap rindu sangat kat Maahad. 

semoga semua cikgu dalam keadaan sihat sejahtera. terima kasih banyak2 cikgu sebab banyak bagi ilmu kat saya, sabar dengan karenah saya. insya Allah, 4 tahun lagi saya akan jadi seorang doktor gigi yang membanggakan cikgu2 semua =)

dah macam ucapan hari Guru la pulak. haha~

oklah. kepada budak junior (kiranya korang masih kenal akak), silalah buat2 tak kenal pada hari kejadian (roadshow) tu nanti ye. haha~

rindu sangat kat Maahad!!!

2 respons terhadap bicara saya:

aa.fariza said... [balas komen ini~]

nak ikut......roadshow promote fpg ke?

nUrUL eHSaN said... [balas komen ini~]

aku tkot coz dpt aktvti...:(