Tuesday, May 8, 2012

apa itu 'tamhidi' ?

salam adik2 yang baru dapat offer UPU sekalian.

mesti ada antara korang yang dapat tamhidi kan? dan korang pun mesti tertanya2 apa benda la pulak tamhidi tu? meh sini akak selaku bekas pelajar tamhidi nak bercerita.

Tamhidi ni satu program Asasi di bawah universiti iaitu USIM. USIM tau tak apa? Universiti Sains Islam Malaysia. yang kat tepi highway kat Nilai tuu...haha~yang tu la. sape2 yang pernah lalu highway tu mesti tau.

ok, straight to the point. Tamhidi ni dalam bahasa Melayunya ialah persediaan. eh, ye ke? ye kot. dah nama untuk asasi. kat sini, ada 5 course untuk Tamhidi iaitu Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Tamhidi Syariah dan Undang2. setakat ni la. tak taulah kalau nanti dia nak tambah course lain pulak macam architecture ke, farmasi ke, engineering ke. apa2 pun, itu semua bergantung kepada berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan nanti. kalau banyak orang habis belajar tapi takde kerja, tak boleh jugak, kan? sebab tu kalau perasan, budak2 Tamhidi Pergigian yang paaaaaling sikit. sebab tempat yang disediakan kat ijazah nanti lagi sikit. tapi dengarnya nak tambah lagi. itu xsure.

pasal subjek, kat Tamhidi ni korang akan belajar sama jugak macam kat Matrikulasi KPM cuma silibusnya lagi sikit dan dimudahkan. kira korang takdelah kena belajar semua benda. contoh tamhidi yang aliran sains, korang akan belajar Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Arab, Inggeris dan ICT. sebenarnya semua tamhidi aliran sains (perubatan, pergigian dan sains teknologi) belajar benda yang sama. jadi, kalau korang dah masuk tamhidi Medic sekalipun, korang tak boleh gerenti yang korang akan dapat tempat kat degree nanti kalau korang tak usaha dengan baik. tapi jangan risau, subjeknya senang saja dan insya Allah korang akan dapat yang terbaik. 

kisah hidup kat Tamhidi: hidup kat sini takdelah beza sangat dengan masa kat sekolah dulu (kalau korang duduk asrama la). mungkin beza sebab tak ada prep bagai. tapi korang akan belajar macam mana nak manage masa sebab hidup di zaman Tamhidi ni sangatlah pack sebab dah start ada tutorial, kuiz yang markahnya jadi carrier mark, assignment dan sebagainya yang semuanya memerlukan komitmen yang menyeluruh. tapi jugak, Tamhidi adalah masa yang sangat best sebab masa ni korang akan kenal dengan ramai orang dan korang akan sayang kawan2 satu tutorial macam adik beradik sendiri =)

ermm...nak cerita apa lagi ea? pointer. untuk yang nak sambung degree dalam course medic, korang kena lepas sekurang2nya 3.50 dan dapat band 3 MUET. sama jugak macam dental tapi pointer tu kalau lepas 3.30 pun dah ok. tapi tak taulah untuk batch akan datang macam mana. untuk keselamatan diri, baik aim untuk dapat lebih dari 3.50. lagipun, tak salah kalau kita bercita-cita tinggi, kan? pastu, jaga2, jangan  sampai dapat pointer bawah 1.75 (kalau tak silap) sebab ini akan menyebabkan korang ditendang!! hiyarrrkkk!! sedih tahu~kerana pointer itu jatuh di bawah kategori "GAGAL DAN DIBERHENTIKAN". jugak hati2 jangan dapat pointer antara 1.75-2.00 sebab ini korang akan masuk kategori "LULUS BERSYARAT". so, belajarlah betul2. tak ada masa dah nak main2. korang dah struggle sepenuh hati masa SPM dulu so apa salahnya kalau tingkatkan lagi usaha, bersusah setahun ni je supaya korang dapat tempat masa degree nanti. 

tapi, tak bermakna korang kena stress je hidup kat Tamhidi ni. ada je masanya korang boleh bergumbira. pagi2 hujung minggu pergilah jogging keliling tasik kat depan Nilam Court tu ke, jalan2 kat Nilai 3 yang dekat tu ke, sewa prebet sapu pergi Giant/Tesco Nilai ke, ataupun lepak kat bilik kawan sambil tengok Running Man. sekali sekala bagi release sikit tension tu. akak pun dulu Jumaat malam pergi bilik tv kat bawah tu tengok cerita Ustaz Amirul. hehe~tension tahu. 

jadi, setakat ni tu jelah. tak tau nak cerita apa lagi. hehe~kalau nak tahu apa2, sila2 la tanya kat kotak komen bawah tu. insya Allah ada masa akak jawab =)

sekian, terima kasih =D

yang benar,
nawwarhanifah
(pelajar Tamhidi Pergigian '10/'11 + pelajar Fakulti Pergigian USIM '11/'16)


update: memandangkan post ini ditulis sekitar 2012, sila klik post ini untuk maklumat yang lebih updated. terima kasih =) sebarang persoalan boleh kemukakan di post yang terbaru.


60 respons terhadap bicara saya:

simply erma fazira said... [balas komen ini~]

nice entry kak!! thanx for sharing. saya dpt twrn tamhidi pergigian 2012/2013 dan mmg nak ke sane, insyaAllah.
boleh x akak buat stu n3 khusus utk tamhidi pgigian n cra hidup mcm mane...sorry kalau myusahkan :D

hidayah_daisy said... [balas komen ini~]

thanks kak, saye pun dapat tawaran ke usim jugak, and course dentistry, akak kaalu tak menyusahkan boleh tak list keperluan ke sana nanti ,okay thanks :P

hidayah_daisy said... [balas komen ini~]

alhamdulillah,finally jumpa jugak blog yg nak dicari2. thanks kak, saya dapat tawaran ke usim, kak, boleh tak explain pasal hari orentasi and pendaftaran nanti :) mucha graacious

hidayah_daisy said... [balas komen ini~]
This comment has been removed by the author.
Nurul Fatihah said... [balas komen ini~]

assalamualaikum kak..
nak bertanya, pengambilan untk ke tamhidi pergigian ni terhad ke?
atau pun ramai yang xberminat mahu ke sini?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Nurul Fatihah

waalaikumsalam..
pasal pengambilan, taklah terhad sebab kalau ikutkan tahun lepas, tamhidi pergigian ada dlm 70++ orang students..pasal minat tak minat, itu akak xsure..kalau dulu mungkin orang xpandang sgt bidang dentistry ni tp skrg dh rmai jugak yg minat..

Unknown said... [balas komen ini~]

Nak tanya, klu nak masuk usim yang tahmidi ni kena ada asas arab ke?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Unknown

ha'ah..sbb syarat masuk pun kena ada subjek Arab..

Unknown said... [balas komen ini~]

Oh, jadinya saya tak boleh mohon lah sebab saya tak ambik bahasa arab.. ok, tq for the info..

MrNoName said... [balas komen ini~]

@Unknownsamalah kita. tak de rezeki nk msuk tamhidi USIM. sbb ta amik bhsa arab wlpn pd hakikatnya saya minat jgak la bhsa arab. msa skolah mmg ada bljr tp ta amik plak utk spm. agak sedih. tp ta pe la kn. rezeki Allah luas.

MrNoName said... [balas komen ini~]

InsyaAllah, saya ada mohon utk ASASI PERGIGIAN di UIAM. Jadi, saya ingin bertanyakan satu soalan (agaknya); soalan yang saya sendiri tidak begitu pasti akan jawapannya jika saya ditanya dengan soalan yang sama.

Soalan:
Jelaskan sebab anda menceburi bidang pergigian. Dengan kata lain, mengapakah anda ingin menjadi seorang doktor gigi?

Unknown said... [balas komen ini~]

@MrNoName btol tu. Nmpknya sy kne kmaskini upu smula huhu..

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@MrNoName

xpe asalkn ade minat nk bljr bahasa Arab =D semoga urusn pembelajaran bhs Arab anda dipermudahkn~

initially, sy ambik dental sebab parent suruh. mcm biasalah, mesti slalu dgrkn psl parent yg berharap anak dpt jd doktor,bla3...tp tu awal2 n skrg sy dh jatuh chenta dgn bidang dental ini =)

sbb bidang dental w/pun nmpk kecik (rwt mulut n kwsn sekitarnye shj) tp sgt bermakna dlm hidup seseorg sbb once mulut org sakit atau ade something bad happened kt mulut dye, dye akn hadapi mslh dlm nk socialise,makan n confidence. so, sy nk jd among them yg boleh rwt mereka yg bermasalah kt part ni~in fact, dental sgt best n klau citer kt sini pnjglh jdnye =)


Nurul Arifah Abd Rahim said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum . nice entry! kak, saya nak tanya program tamhidi ni ada study bahasa arab jugak ke? Tolong balas ya. thank you :)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Nurul Arifah Abd Rahim

waalaikumslm =) mcm yg akak tulis dlm entri kt atas, ade study Bahasa Arab.apa2 course sekalipun.

Fanatic Chess said... [balas komen ini~]

Salam akak... Saya nak masuk tahmidi nie.. Doakan Saya dpt lah :P.. Saya nak tanya sikit, kalau2 lepas tamat belajar tahmidi pergigian nie saya tak dpt sambung ke bidang pergigian, nie.. agak2 lulusan tahmidi pergigian nie dpt tak sambung selain drpd pergigian? ape2 degree lah tak kisah, kalau dpt usim pon gak.^^

alynn said... [balas komen ini~]

salam ! kak :)
saya nak tnye , belajar dental best x ? means ade x pening2 ? sbb parents pon suruh amik dental ,tp xtau ape2 psl gigi ... nanti diorg akn ajr dri basic kan ?means dri xthu ke tahu ?

alynn said... [balas komen ini~]

salam kak :) ,parents sye pon suruh amik dental , tp saye x thu ape2 pasal gigi ..so akk boleh explainkan x ? best ke ?

alynn said... [balas komen ini~]

salam kak :),parents sye pon suruh amik dental ..tp saye x tau ape2 pasal gigi , boleh x akk tolong explainkan lgi terperinci ?? :D

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fanatic Chess

insha Allah.boleh.USIM ade fakulti sains teknologi so awak boleh smbung situ in case xdpt smbung dental.

@alynn

all of us in FoD started from zero.klau nk explain, maybe awak bole klik tag 'dental student of usim' n bace setiap entri akak psl life as a dental student. klau kita minat sesuatu though kita xtau, kita akan enjoy belajar benda tu =) all the best.

Miss Stiletto said... [balas komen ini~]

Salam kak. Nak tanye kalau kite dapat tahmidi sains dan teknologi, ade chance tak kite nk tukar course ke dental or medic nnti?

rasmiza zahari said... [balas komen ini~]

salam..saya bakal jadi pelajar tamhidi sn dan tech sesi 2013/14. course ni okey tak? stress tak belajar?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Miss Stiletto
erm, mksud awk tukar time degree ke time tamhidi? time degree sentiasa ada chance.maybe awk boleh check jwpn2 kt komen atas2 sbb ade yg b'tnye soalan yg sme. kalo nk lebih lanjut, bole pm akk kt fb. tq =D

@rasmiza zahari
jwpnnya subjektif. depends pd impression awk. klau awk pndg course ni susah or dgr cerita org/senior kata susah, then you'll feel the same. sama dgn stress. klau awk enjoy, insha Allah xde pape. anyway, belajar apa2 pun kalau kita suka semuanya menyeronokkan =D am i right?

rasmiza zahari said... [balas komen ini~]

betul jugak tu. tenkiup! nanti bolehla jumpe akak kat usim. in syaa Allah :)

wnsuffea said... [balas komen ini~]

salam akak..sy nk tanya..kalau saya tak ambil bahasa arab/syariah/qs untuk spm macam mana? boleh masuk ke? tapi sy ada ambil bahasa arab masa form 3..

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@wnsuffea

wslm. klau xsilap akk syarat dia mesti spm ada ambik.tapi klau nk kepastian, mgkn adik boleh contact pusat tamhidi n tanya.maaf sbb jwpn xmembantu.

FARIESHA FARHANNA said... [balas komen ini~]

salam,akak ..saya berminat sangat2 dengan perubatan,dentistry semua ni ..just saya keliru asasi sains hayat/asasi perubatan sama ke dengan tamhidi perubatan? tamhidi ni sama je ke mcm asasi yang lain?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@FARIESHA FARHANNA

wslm,in terms of subject, mungkin sama walaupun silibus lain2. and yes, tamhidi ialah perkataan Arab bagi asasi jadi secara literallynya, ianya sama dengan asasi. tapi kalau awak nk buat perbandingan, it's better for you to ask other students from other foundation/univesities/matrik.akak hanya mampu cerita tentang tamhidi dari sudut pandangan akak selaku alumni pusat tamhidi USIM.

wani othman said... [balas komen ini~]

Boleh ke Kalau lepasan tamhidi nak sambung degree di luar negara?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@wani othman

maaf itu saya tak pasti.

qila yana said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum. Kak, saya nk tanya, tamhidi kat usim ni mmg specifik ke? Ada tak dlm 8A trmasuk 3 subj arab, qs dgn syariah ni dpt medic?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@qila yana

waalaikumsalam,soalan adik tentang specific tu akak tak berapa faham. tentang soalan kedua tu jawapannya ada.

iman besuty said... [balas komen ini~]

Salam, akak... Sy spm 2014, baru dpt twrn tamhidi sains dn teknologi. Sy nk tnya sikit, boleh x tukar course utk ambik dentist / medic utk degree? Sbb ada yg bgtau boleh tukar course. Tp apa pulak syarat - syarat nya? Boleh bntu sy?

nurafina arifin said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum. Kak, saya nak tanya. Kalau saya tak memenuhj salah satu syarat am untk tanhidi perakaunan dAn muamalah, agak agak saya ada chance tak untuk buat rayuan. 😔 misalnya syariah islamiah saya dapat C, tapi dorang nak C +

☻ô ☻Its Aq ☻ ô☻ said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum .. akak.. nak tanya kalau tahmidi sains dan teknologi.. nak sambung degree medic boleh ke?
apa prosedur nya susah x?

Jeng jeng jeng said... [balas komen ini~]

assalamualaikum kak! saya nk tnya kelayakan utk masuk ke tamhidi pergigian di usim ni kita perlu ada subjek bhs arab ke ? sbb saya dari seolah kebangsaan harian dan hnya mengambil 9 subjek shj adakah usim hnya memilih pelajar yg mengambil aliran arab shj ? atau tidak ?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Jeng jeng jeng

waalaikumsalam =) kalau ikutkan mmg kena ada bahasa arab sbb nanti masa tamhidi dan degree ada subjek bahasa arab. tapi awak boleh confirmkan pasal ni dgn check kat laman web tamhidi usim. mungkin ada perubahan, itu akak tak pasti.

Rushadi Shahrin said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum, kalau masa spm tak ambil subjek arb,pqs,psi boleh ke ambek tamhidi ni?tapi saya pljr aliran sains tulen pernah ambil arab masa PMR ja?
Mohon pencerahan..

lin Keyna said... [balas komen ini~]

assalamualaikum kakak, saya spm tak ambil bahasa arab, boleh ke ambil tahmidi pergigian?

lin Keyna said... [balas komen ini~]

already had the answer from the past post heee tq :)

Syahidah Shafawiza said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum , syarat untuk mintak tamhidi sains perubatan semua saya lpas kecuali addmath sbb dpat c+ , dia nak b. ade peluang tak klau saya mohon ? hrap akak boleh jawab soalan ni...

Siti Nur Umairah said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum. tahmidi ni brape tahun?

Adillah Suhami said... [balas komen ini~]

Akak dekat usim tu belajar bahasa arab tinggi or level bahasa arab dia lebih kurang sekolah menengah?

Sayamuslimah said... [balas komen ini~]

Akak boleh tak kalau ambek tamhidi sains dan teknologi then sambung ijazah perubatan..tukar bidang selepas tamhidi..sebelum masuk ijazah..?? pointer mestilah kena tinggi kan..3.5-4.0??

Sayamuslimah said... [balas komen ini~]

Akak boleh tak kalau ambek tamhidi sains dan teknologi then sambung ijazah perubatan..tukar bidang..selepas tamhidi..sebelum ijazah..boleh tak?? pointer mestilah kena tinggi kan..3.5-4.0??

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Sayamuslimah @Syahidah Shafawiza @Siti Nur Umairah

soalan adik2 boleh rujuk pada post ni http://nawwarhanifah.blogspot.my/2016/03/soalan-soalan-yang-selalu-ditanya.html

kalau boleh share sekali pada kawan2 yg berminat nak mohon Tamhidi =D terima kasih banyak2~~

Unknown said... [balas komen ini~]

Kalau nak masuk tamhidi perubatan dan pergigian ni nak kena dapat berapa spm

Nur Ain said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum saya nak tanya nak masuk tamhidi perubatan dan pergigian nak result spm yang macam mana

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Unknown

asalkan memenuhi syarat. boleh rujuk laman web tamhidi untuk tengok syarat2 dia =)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Nur Ain

Waalaikumsalam, result spm yang memenuhi syarat yang ditetapkan =)

aina said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum akak..sy dpt tawaran tamhidi perubatan kt Usim..saya nk tanya psl pemakaian boleh tak?ni lebih kpd pemakian tudung sbnrnya..

aina said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum akak..sy dpt tawaran tamhidi perubatan KT Usim..saya nk tnya psl pekaian kt sana ( lebih kpd Tudung sbnrnya)..boleh tak akak terangkan?syukran

aina said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum akak..sy dpt tawaran tamhidi perubatan KT Usim..saya nk tnya psl pekaian kt sana ( lebih kpd Tudung sbnrnya)..boleh tak akak terangkan?syukran

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@aina

apa-apa tudung dan pakaian yang penting menutup aurat. strictly no jeans masa kuliah dan kasut wajib bertutup.

haziq haris said... [balas komen ini~]

Akak saya masih terbelah bahagi sama ada nk ambik matriks atau usim.sbb ada org bagitau budak lpsn usim sukar nk dpt keje selain medic.betul ke?

haziq haris said... [balas komen ini~]

Erm,akak saya masih terbelah bahagi sama ada nk ambik usim atau matriks.sbb ada org kata usim ni payah nk dpt keje selain medic.betul ke?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@haziq haris

hmm..tak pernah pulak dgr pasal ni. sebab usim atau matriks pilihan utk laluan awak sambung belajar. kerja bergantung kepada awak sendiri, tak tahulah kalau ada majikan yg bias dgn graduate usim.

nur husnina said... [balas komen ini~]

assalamualaikum saya nak tanya .. kalu nak apply upu untuk degree kat usim perlua ada bahasa arab ke? sebelum ni saya asasi di uitm.. mohon pencerahan:) jzkkk

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@nur husnina

wslm,maaf tentang itu saya tak tahu =) boleh rujuk laman web usim untuk course yg diminati dan tengok kriteria yg diperlukan sama ada perlu bahasa arab atau tak.

Nur Arifah Zainuri said... [balas komen ini~]

sy dapat tamhidi sains dn teknologi.. lps sy bce entry dlm blog ni sy fhm yg, lps hbis tamhidi dy akn msukkan student dlm fakulti utk degree mengikut pointer yang student tu dpt ke? ke kita boleh pursue nk msuk fakulti mne?