Saturday, April 28, 2012

my precious one-week-holiday

salam~

selepas mengharungi 8 minggu pertama semester 2 tahun 1 yang saaaaaaaangat penuh, balik rumah hujung minggu hanya bila free dan menikmati hujung minggu di GV hanya pada minggu lepas, akhirnya minggu ni dah dapat bernafas dengan tenang.

kebahagiaan cuti seminggu~

untuk seketika. lari dari bebanan kerja yang takkan pernah habis.

kerja sebagai pelajar, dalam masa yang sama jadi ajk itu, ajk ini, bendahari kelas yang tercungap-cungap kejar budak liat nak bayar duit kelas, duit CS, duit dinner dan sebagainya. belum part melayan karenah budak yang mintak diskaun time bayar duit kelas. aduhai la...

tapi saya suka sibuk macam ni. sebab masa lapang itu boleh membunuh!! 

boleh membunuh bila tak diuruskan dengan baik. contohnya, tengok Running Man di saat esok itu ada paper Physiology (saya la tu), online sepanjang malam (saya jugak la tu) atau baca novel aA+bB selepas Subuh di mana kawan sebilik masa tu tengah ulang kaji (dan ini pun saya jugak).

jadi, saya mendapati bila sibuk2 camni baru saya hargai masa lapang yang saya ada. barulah study betul2 dan rehat betul2. kalau tak mesti melencong ke tempat lain. haha~

maka, bersempena dengan cuti seminggu yang sangat dan terlalu berharga ni, saya telah listkan beberapa perkara yang mesti dibuat semasa cuti supaya dapat rehat sungguh2 dan balik semula untuk habiskan separuh semester 2 akhir dengan tenang dan gembira. 

ermmm


antaranya ialah:

1) khatamkan Running Man !!
-benda ni dah lama dah kakak n adik beradik lain tengok tapi entah kenapa saya tak minat dulu. sekali hari tu tengok episod 85 yang dengan Big Bang tu, terus terpikat!!! terus tengok episod2 yang sebelum ni. haha~untunglah kakak rajin download. sekarang dah ada koleksi pun dari episod 1st sampailah yang paling latest. huhu~gumbira..gumbira..dalam variety show ni, saya suka semua!! jong kook yang kacak, tough dan berfikiran kreatif, kwang soo yang blur2 dan selalu excited melampau bila jadi spy (sebab orang tak percaya dia kalau jadi spy), ji hyo yang bijak dan lawa, haha yang comel (dia tembam kan? ke saya je yang ingat camtu?haha~), gary yang hensem dan lawak sangat tengok ekspresi dia bila kena tangkap dan di ambang 'kematian' sebelum name tag kena cabut, jae suk yang lawak jugak dan suk jin yang..err..tak taula. haha~

2) khatamkan Merlin jugak~
-haha~baru dapat koleksi dari kawan. sekarang hard disk dah habis 150 GB dari 500 sebab pertambahan isi akibat sistem barter dengan kawan2. ada nak tambah lagi ni. haha~

3) study anatomy dengan BHSC
-sebab lepas cuti ada exam dua subjek ni. tapi kita KIV dua ni untuk study di hujung cuti nanti. haha~

4) hantar ain pergi sekolah
-tak pernah hantar budak kecik ni pergi sekolah. dah macam kakak tak bertanggungjawab la pulak. oleh itu,mari pergi hantar dia pergi sekolah sambil berkenalan dengan kawan2 beliau.

setakat ni nak buat 4 benda ni la. takyah nak online sangat. lagipun internet kat rumah agak 'swallow'. malas la. haha~

baiklah. kejap lagi nak ikut mak pergi pasar di samping nak cari kain buat baju baru =) esok lusa kalau rajin saya update benda berilmiah sikit.

p/s: dah lama nak buat entri pasal penjagaan gigi dengan baik tapi asyik tak terbuat je.balik2 update benda harian. insya Allah, nanti ada idea saya buat =D

4 respons terhadap bicara saya:

theVeryNicePerson said... [balas komen ini~]

assalamualaikum, saye dpt twrn tamhidi pergigian...bole cite ckit ... :)

theVeryNicePerson said... [balas komen ini~]

assalamualaikum ..saye dpt twrn tamhidi pergigian...ok tak kat sane ... imean keberangkalian kte nak smbg ijazah kat sane tu tgi tak?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@theVeryNicePerson

waalaikumsalam~mabrouk!! tahniah krn dpt twrn smbung ke tamhidi dental usim.actually kan,kt sini senang je compare dgn matrik ngan yg lain2. utk tamhidi, awak akn bljr subjek2 mcm bio, fizik, chemistry,maths tapi silibusnya lg sikit n mudah berbanding budak matrik KPM. pastu ada tmbh bhs arab n english. senang je nk score sbnrnye. tmbh je sikit usaha awak masa spm dulu utk bljr time kat tamhidi nnt n istiqamah dlm ibadah, jaga hubungan dgn lecturer,kwn2, famili sume..tamhidi sgt best tau =)

berkenaan chance utk smbung degree, insya Allah masa dpn awak cerah klau awak dpt maintain pointer 3.5 ke atas..utk thp tamhidi, pointer ni senang compared to degree level. klau dah ada pointer ni dlm tgn, dah kira selamatla. pastu, dgr kata insya Allah tmpt akn dibuka kpd 60 org utk sesi2 degree akn dtg. jadi, dptkn pointer >3.5, MUET band 4 at least (sbb takut dia dah tukar syrat, time akak at least band 3) n bnyk2 doa =) we are waiting for you here =)

oh ya..utk degree pergigian, dia ambik budak tamhidi je. so, compete sehabis baik dgn kawan2 satu tamhidi dgn awak sbb bdk tamhidi medic n sc tech pun bole smbung dental klau diorg penuhi syrt2 di atas~

aa.fariza said... [balas komen ini~]

boleh membunuh bila tak diuruskan dengan baik. contohnya, tengok Running Man di saat esok itu ada paper Physiology (saya la tu), online sepanjang malam (saya jugak la tu) atau baca novel aA+bB selepas Subuh di mana kawan sebilik masa tu tengah ulang kaji (dan ini pun saya jugak). #apakah 'afifah...hehe

yes!masa lapang memang membunuh..tgkla ape aku wat skrg..haha pdhal mggu dpn berderet tutorial..SLP xabes bc lg..