Monday, April 2, 2012

perangai bila meningkat usia

salam~

baru lepas lipat kain sambil tengok boboiboy. haha~benda ni selingan je.

tahun ni umur dah nak masuk 20. ok la..sebabkan kalau ikut tarikh Hijrah bulan Safar dah lepas, kiranya saya dah officially 20 la ea.

tapi saya tak tau kenapa bila umur dah meningkat ni makin jadi sensitif pulak.

nak tau tak? dulu saya tak pernah merajuk. i mean, merajuk yang betul2 tunjuk depan orang. habis2 pun merajuk sensorang, sorok daripada orang lain pastu buat je la muka macam biasa padahal dalam hati dah banjir sebab hati tu menangis.

tapi sekarang, mudah sangat merajuk. salah usik sikit merajuk. mak tak dapat bagi itu sikit merajuk. padahal selama 20 tahun hidup ni bukannya tak pernah mak lebihkan orang lain dari diri sendiri. tapi entahlah.

saya rasa ni la perubahan paling obvious bila dah meningkat usia 20-an. *haha~cik pah dah pandai nak merajuk..

tapi bukan kena berubah jadi matang ke?

saya rasa ni kira matanglah. sebab saya berupaya ekspreskan apa yang saya rasa. haha~kalau tak, orang tak tahu apa yang saya simpan pastu senang2 je kena pijak kepala.

anyway, bagus apa. tu tandanya saya normal. ada perasaan. haha~

dah la. nak gi tengok running man. nak jumpa jong kook =D

motif tulis entri ni: tadi mintak sorang budak tu bayar duit. tapi dia balas dengan, "ko nak apa lagi?" saya apa lagi. merajuk ah!! siap ah kau. aku tak nak buat apa yang kau suruh tu. hmmphh!! (peluk tubuh sambil kerut dahi)

1 respons terhadap bicara saya:

_aLiaHwaFa_ said... [balas komen ini~]

oh aku pun dah makin dewasa makin.....makin......makin.....k cam sama je rasanya. kakaka