Tuesday, April 10, 2012

kisah biasiswa

salam~

baru keluar kat berita pasal budak2 9A+ akan diberi biasiswa.

dan budak2 yang xmemenuhi requirement tersebut sudah membayangkan bahawasanya mereka mahu tak mahu akan sambung belajar dengan PTPTN jugak. 

err...

doesn't that sound too quick in making conclusion?

saya tak tahulah kalau mereka memang ingat biasiswa tu memang akan diberi kat budak2 pandai sahaja. tapi saya rasa..eh bukan.. saya harap mereka luaskan pemikiran mereka.

iye, biasiswa tu betul akan diberi pada yang lepas syarat yang ditetapkan. tapi tak bermakna kita ni tak ada peluang langsung nak dapat biasiswa. banyak peluang sebenarnya kot. cuba rajinkan diri bertanya kepada senior2 yang dah makan garam kat alam menara gading.

masuk Asasi ada elaun, yuran pengajian siap kerajaan tanggung lagi. macam tu jugak dengan Matrikulasi. kalau yang buat persediaan luar negara macam INTEC dengan IB tu haruslah ada biasiswanya jugak. senang kata, kalau dah namanya masuk U, insya Allah ada biasiswanya.

ya, xsemua orang kaya dan mampu dalam bab2 sambung belajar ke peringkat tinggi ni. saya pun kalau bukan sebab biasiswa yang JPA bagi, tak mampunya ayah saya nak hantar belajar pergigian. ini baru dalam negara. kalau luar? 

tapikan, diorang tahu tak yang sesiapa yang dapat biasiswa tajaan JPA dan yang seangkatan dengannya ni nanti lepas study terikat dengan kerja kerajaan? dalam erti kata lain bayar semula dengan perkhidmatan. lepastu, zaman beberapa tahun akan datang, bukan semua orang dapat kerja dengan kerajaan untuk bayar balik biasiswa tu sebab bidang2 seperti perubatan, pergigian dan sebagainya masa tu dah ramaaaaaiii sangat orangnya. belum masuk lagi kisah dugaan bekerja sebagai doktor, dugaan masa belajar. macam-macam kisahnya adik2 oii.

so, dapat biasiswa memang best. tapi yang penting, belajar sungguh2. kita memanglah boleh cakap, "ala dalam duit biasiswa yang aku dapat tu ada duit mak ayah aku gak." tapi kita jangan lupa ada jugak duit mak ayah orang lain yang anaknya entah2 tak dapat biasiswa macam kita. jadi, use it well =)


rasanya dulu masa zaman saya pun ada kisah ni jugak. budak2 yang dapat 9A+ ke atas jugak rasanya yang automatik diberi biasiswa ni. masa tu saya pun rasa macam saya dah xada harapan untuk saya nak dapat biasiswa walaupun saya dapat 9A cuma yang + nya tak banyak pun.


tapi siapa sangka, percaturan Allah tu cantik. saya dapat duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan kawan2 yang dulunya straight A, sekarang ambik medic@dental@etc. sebab kami sama2 ambik bidang kritikal dan sama2 dapat tajaan. pasal ke luar negara atau tak suka hatilah. tapi yang penting, jangan cepat sangat sangka yang bukan2 sampai terlupa yang Allah memegang segala-galanya.

amende ntah yang saya dah start ngarutkan ni.


k, budak2 spm yang nak biasiswa, banyak2 doa ea. rezeki itu di tangan Allah, bukan tangan kerajaan =D

p/s: sebenarnya saya post pasal ni sebab ada junior saya sangat kecoh perihal biasiswa ni. dia cemerlang dalam SPMnya hari tu tapi dia sangat cuak kalau dia tak dapat biasiswa. ok, wajarlah kot tapi macam melampau pulak bila dah hari2 dia buat status pasal biasiswa itu ini. 




1 respons terhadap bicara saya:

Aisha Ali said... [balas komen ini~]

tu la.sye pun harap sgt dpt biasiswa.xpi, kite serahkan saja pd Allah untuk menentukan.