Monday, June 4, 2012

doakan beliau~

salam~

hari ni sangat sedih. dan rasa down jugak. sebab assignment bertimbun lagi tak siap. sekarang pulak tengah update entri baru.

entahlah. banyaknya benda kena buat. serius, saya tengah terkejut lagi sebab tiba2 rasa macam tak boleh nak balance antara study dengan tanggungjawab yang pelbagai. selalu rasa macam nak quit dari semua ni. penat  =(

sem ni jugak first time rasa duduk rumah tak nak balik hostel dah. selalu bila sampai masa kena balik, dengan rela hatinya nak balik awal. tapi sekarang, nak cuti!!!!!! nak rehat betul. entahlah. apa entah aku dah merapu ni.

kuat, pah!! Allah kan ada, kawan2 kan ada boleh tolong. kau tak buat kerja sorang2. semua ada boleh tolongkan.

doakan saya kuat. doakan saya tak lemah semangat. doakan saya tabah dan sabar. doakan saya dapat lulus ujian keimanan yang Dia beri dengan jayanya. semoga keimanan saya teguh, tambah lagi Ramadhan, bulan recharge iman dah nak dekat.

doakan adik saudara saya jugak. menitik air mata setiap kali mak sampaikan khabar pasal dia. semoga Allah sembuhkan dia dan bagi kami peluang untuk lihat dia senyum, bercakap dengan kami seperti biasa.

1 respons terhadap bicara saya: