Saturday, June 16, 2012

bershopping itu terapi!!

salam~

malam ni nampaknya tersangat bersenang-lenang macam minions kat bawah ni.



kerja bukannya tak ada. berlambak. nampaknya to-do-list tu simpan buat kimchi je la. eh, tak3. insya Allah akan dilaksanakan esok. insya Allah.

harap2 dapat selesaikan semua kerja weekend ni
tadi pergi jelajah jalan tar. dari jalan tar sampailah ke sogo mencari barang. target dalam otak: nak cari skirt labuh. tapi takde satu pun yang berkenan. entahlah. mungkin sebab bajet pun tak kena. nantilah.

tapi sangat seronok tahu!!! seronok sebab dapat membeli-belah tingkap dengan sepuas hati. memanglah rambang mata tapi at least lepas tu tahulah tempat mana yang ada benda ni, tempat mana yang ada benda tu. memang bestlah kan jalan2 sampai tapak kaki rasa dah tak cecah bumi. 

jadi, dapatlah release tension seketika. seketika je. jap lagi datanglah balik  stress tu. tapi memanglah sesungguhnya bershopping itu terapi. kalau window shopping je pun dah best, dapat bershopping membazirkan ratus2 duit? apa rasa? BEST SANGAT!!!! kalaulah banyak duit. kalau tak, berhentilah berangan. 

pesanan terakhir dari pihak penaja: kepada bakal suami, sila latih diri anda untuk memiliki stamina yang tinggi kerana sesungguhnya jika dengan window shopping sahaja pun saya larat jalan sampai dua jam, kalau berduit tu lagilah. haha~oh ya, duit gaji simpan sikit ye nanti. kalau bukan nak dibelanja ke isteri awak ni, siapa lagi >.<

notakakitangan: kepada kawanku nadhirah yang telefon di kala aku tengah mamai tadi, mohon ampun sangat2. aku takut kalau time aku mamai tu cara aku bercakap pun buat kau kecik hati. ampun sangat3. sungguh, separuh conscious masa tu. lepas kau letak tu, aku sambung tidur balik. waaa~harap dimaafkan.

1 respons terhadap bicara saya:

nUrUL eHSaN said... [balas komen ini~]

ssgguhny shoping smlm tlh mlyg dwet aku sbyk 100rggt...xtmsuk mkn..skian!