Sunday, June 24, 2012

random rant

salam~

semalam takde kelas. disebabkan itu, saya dah plan awal2 nak balik pagi semalam. dari hari Isnin lagi dah plan nak balik hari Khamis malam. sangat excited dan tak sabar pulak tu. siap plan dengan groupmate Bi lagi nak present hari Rabu kalau boleh supaya boleh ponteng hari Jumaat sebab kalau ikutkan mula2 ada kelas BI hari Jumaat.

tak sangka Allah makbulkan doa saya. bahkan, banyak plan tiba2 berubah menyebabkan hari Jumaat tu kosong dan free. rupa-rupanya Allah kirimkan ujian buat kami.

hari tu saya ada cerita sikit kan pasal sepupu saya yang terlantar kat hospital dan tak sure sakitnya apa. malam Jumaat lepas, Allah dah jemput dia kembali ke pangkuanNya. saya masih kat kampus malam tu dan hanya dapat tahu masa dah sampai hostel. no wonder la kakak n ayah asyik call dan harap saya dapat balik awal. 

sedih? memanglah sedih tapi kami semua redha dengan pemergiannya. dia masih muda dan saya tahu dosanya tak sebanyak saya. semoga Allah rahmatinya. saya tak rapat pun dengan dia tapi sebagai sepupu dan keluarga kami memang selalu sangat saling bertandang disebabkan jarak rumah yang dekat, tambah lagi ayah kami adik-beradik, jadi ketiadaan dia tetap saya rasa. tapi saya tahu, famili dia kuat n tabah. sebab saya dapat lihat senyuman ikhlas mereka menerima ujian Allah ni dengan redha. semoga Allah balas kesabaran mereka dengan ganjaran yang istimewa. amin.

lagi random rant. sejak dua menjak ni saya tiba2 rasa takut bila cakap pasal kahwin. erk? tak tahulah kenapa. mungkin sebab selama ni kalau bergurau mesti terkeluar pasal kahwin jadi tiba2 rasa takut pulak kalau betul2 kahwin awal. bukanlah tak nak kahwin langsung tapi rasa aneh bila ada satu masa nanti kena tinggal dengan lelaki asing (erk??) masa tu nanti tak makan sorang2 dah, baju pun tak iron sepasang je, toiletries dalam bilik air pun mesti dah bertambah, nak tengok tv kena rebut dulu, bangun pagi mesti awal sikit takkan nak bangun lambat dari suami, kan? dan ringtone alarm pun kena tukar. tak boleh pakai suara adik dah. kena pakai suara cik abang kot nanti? taknaklah. takut terus lena. hakhakhak...

orang kata bila dah kahwin hidup akan jadi 'us' yakni berkongsi semua benda dengan dia itu yang entah sape entah. tak ada 'yours' atau 'mine'. eh, tak jugak. almari takkan nak kongsi sama sebab baju sayakan banyak. takut2 kongsi sekali nanti baju dia tak jumpa. haha~lagi, kalau masak tak boleh ikut suka hati. kena ikut dia jugak. disebabkan itu, banyak harapan saya terhadap dia nanti.

saya harap dia seorang yang taat pada perintah Allah dan Rasul dan terus tegur saya kalau saya tersilap. saya harap dia seorang yang mengutamakan keluarga dalam sebarang keadaan. saya harap dia seorang yang sekepala dengan saya, tak serius merius sampaikan kalau saya buat lawak respons yang kedengaran ialah bunyi cengkerik semata, saya harap dia seorang yang senang diajak berbual sebab saya suka bercakap, saya harap dia lebih pandai mengaji al-Qur'an berbanding saya supaya kalau saya ada silap, dia boleh betulkan, saya harap dia seorang yang penyabar sebab karenah saya yang tak menentu, saya harap dia seorang yang melayan Running Man (haha!! ni pun kena masuk ye?) sebab saya sangat minat variety show itu, saya harap dia bukan seorang yang terlalu mementingkan negeri sebab saya sedar saya budak yang dibesarkan di bandar jadi saya tak kenal sangat benda2 yang wujud di kampung dan saya jugak tak reti bercakap dalam dialek2 negeri ni dan akhir sekali saya harap dia redha menerima saya seadanya =)

amboi, kemain lagi harapan dia tu ea? huhu~dah kata tadikan ini hanyalah random rant. memanglah karutan semata-mata yang part second ke bawah ni. tapi yang atas tadi tu betul.

esok nak pergi jungle trekking. doakan kami semua selamat pergi n selamat balik =)

2 respons terhadap bicara saya:

nUrUL said... [balas komen ini~]

jungle trekking....!

aa.fariza said... [balas komen ini~]

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Semoga Allah tempatkan dia dlm kalangan mereka yang beriman.

Ohh okay. This random rant is so nice. lelaki asing tu mungkin kau bole apply kat kakak kau dulu kot. ce try dulu ade abg ipar cmne...hehe

nak tengok tv kena rebut dulu >> yang ni apakah?beli je 2 tv..bg dia tv yg xde astro, kte amik yg gne astro..mwahahahah

ehh bykny baju dia...mstila..da tau jahit sendiri...hehe

wah2...*iklan* cik penulis sedang cari calon suami...sila isi permohonan anda dan hantarkan ke FPg...request terus kat dean fakulti dia...haha xde kaitan...