Friday, October 26, 2012

Aidiladha- Sesuci Pengorbanan

Salam Aidiladha =)

macam tahun2 sebelum ni, saya beraya kat kampung sebelah ayah. dan, alhamdulillah tahun ni dapat lagi rezeki puasa masa hari Arafah semalam. insya Allah tahun2 akan datang nak buat lagi.

so, saya nak share pasal apa yang saya dengar masa khutbah selepas solat sunat Aidiladha pagi tadi. Aidiladha sinonim dengan pengorbanan dan selalu orang akan sebut kisah Nabi Ibrahim a.s dan anak baginda, Nabi Ismail. tapi pagi tadi la baru saya dengar pasal kisah Siti Hajar. eh, ke pernah sebut dah sebelum ni tapi saya melalut time orang baca khutbah? hehe~

dalam khutbah tu dia cakap pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar memang pengorbanan yang betul2 dilakukan tulus kerana Allah. masa Siti Hajar diperintahkan untuk bawak Nabi Ismail yang masih kecil pergi daripada Siti Sarah yang jeleskan beliau, kalau ikut logik fikiran kita, suami ngan ayah mane la yang sanggup berpisah jauh dengan isteri n anak kecik tu kan. pastu tinggalkan kat lembah yang takde orang. isteri mana la jugak yang takkan persoalkan tindakan suami tapi Siti Hajar tak buat camtu pun. dia tahu tu perintah Allah n dia tahu Allah takkan perintahkan sesuatu dengan sia2 @ tanpa sebab.

lepastu bila Nabi Ismail dah besar, Nabi Ibrahim dapat pulak mimpi yang memerintahkan baginda untuk sembelih Nabi Ismail. masa saya dengar ni, orang yang bagi khutbah tu macam nak nangis je. yelah, abah mana yang sanggup nak sembelih anak sendiri? tak tergamak kot. tapi, Nabi Ismail pun redha dan dia suruh je abah dia ikut apa yang Allah perintahkan tu. akhirnya, Allah gantikan Nabi Ismail dengan seekor binatang sembelihan. kalau nak baca kisah ni dengan lebih feeling, boleh rujuk ayat 102-108 surah As-Saffat

tu la sedikit sebanyak yang dapat dishare. jomlah ambik ibrah dari peristiwa yang selalu sangat dah kita dengar ni dan kalau tak terkesan banyak, sikit pun jadi. better than nothing, right?

kisah cuti. dapat cuti 4 hari tapi satu pun kerja yang tak dibawak balik. akibatnya, kena la bertungkus lumus sampai pengsan habiskan assignment minggu depan. meh sini nak list sikit. lab report microbe, MoA acetylcholine dan sedara mara beliau, tutorial pharmacology, essay CD, presentation FIK Akhlak, assignment Optech, apa lagi eh? harap2 dapat siap sebelum kena hantar. eh, memang kena siap sebelum hantar pun. hehe~

last but not least, Salam Aidiladha =D saya tinggalkan anda dengan lagu Waiting For The Call dari Irfan Makki dan Maher Zain. sebelum ni saya pandang lagu ni biasa2 je. tetiba tengok tv Al-Hijrah buat lagu ni dengan montaj yang menarik, jadi rasa macam "wah!! bila agaknya aku akan sampai Mekah dan Madinah, solat kat Masjidil Haram n etc? sememangnya aku tengah waiting for the call. insya Allah."



jazakumullah khairan kathira =)


0 respons terhadap bicara saya: