Friday, November 30, 2012

pertolongan Allah itu dekat =) memang dekat!! xcaye?

Assalamu'alaikum =D

mood: sedih sebab tak dapat balik rumah minggu ni tapi perancangan Allah itu pastinya baik. insha Allah ada hikmah menanti untuk dibongkar =)

pada suatu hari, saya merasa amat sedih. ya, sedih sungguh sampai saya menangis. masa tu saya hanya fikirkan, macam mana nak hilangkan sedih ni dan bila dah blank macam tu, saya ambik hard disk, pasang kat laptop dan tengok running man.

esoknya saya masih sedih. rasa macam ada benda serba tak kena. kepala pun dah mula sakit2, menunjukkan simptom saya kurang minum air dan tekanan darah mungkin sedang berada di paras bahaya. kesimpulannya, saya tidur dengan harapan sakit kepala hilang.

petang, balik dari kampus (eheh, kantoi tidur kat kampus), saya bergolek di atas katil sambil membelek novel Hero yang saya beli tahun lepas. dan tiba2 terjumpa ayat ni,

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" Al-Baqarah. ayat 214.

sentap. tengok balik ayat tu dengan pandangan tak percaya. rasa ianya sangat dekat dengan hati. sangat menyentuh. sangat.....

tetiba rasa nak nangis.

kita memang jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang terdahulu, baik dari segi pengorbanan dan ketulusan hati diorang dalam berkorban. sebab tu mereka deserve syurga yang indah, ada sungai susu (sangat suka susu!!) dan hidup senang-lenang di sana. sedangkan kita, entah macam mana nasib. 

terasa sangat sebab kita selalu mudah mengeluh. Allah tegur jugak yang kita ni manusia suka mengeluh. susah sikit, mengeluh. banyak kerja sikit, mengeluh. penat sikit, mengeluh. sampaikan satu tahap kita rasa macam, kenapa tak ada orang nak tolong aku? kenapa aku? apsal asyik aku je yang kena buat semua tu? pastu adakala rasa macam dah tak nak berdoa sebab kononnya rasa macam doa kita tak dimakbulkan. hakikatnya, Allah tu Maha Mendengar, Maha Memahami dan Dia akan makbulkan bila tiba waktunya, tak lambat, tak cepat walau sesaat.

jom refleks diri. syarat nak berdoa, kena bersangka baik dengan Allah dan yakin yang Dia akan makbulkan doa kita. jugak, syarat nak dapat pertolongan dari Allah, kenalah bersabar dan tetap teguh di atas jalan Allah.

kuasa Allah mengatasi segala-galanya, jadi kenapa nak ragu? kita dah mintak tolong kat Allah, insha Allah Dia akan tolong punyalah. dengan syarat, kita pun kenalah patuh dan taat dengan perintahnya. memang tak jalan kalau kita hanya tahu meminta lepastu apa yang orang suruh, kita abaikan.

Allah itu dekat, bahkan lebih dekat dari urat leher kita. Allah...

semoga terus tabah dan kuat di atas jalanNya =)

0 respons terhadap bicara saya: