Saturday, December 1, 2012

baca doa sebelum tidur~

Assalamu'alaikum~

sejak beberapa hari kebelakangan ni, saya terperasan betapa tak propernya saya tidur. bukan tidur terbongkang, mulut ternganga dan sebagainya sebab saya seorang yang spesies tidur statik. tapi saya tidur, main tidur je. takde dah baca2 doa dulu ke, nak tarik selimut bebetul dulu ke. kalau terjaga tengah malam sebab sejuk baru tarik selimut.

source

dulu masa kecik2, mak dengan ayah selalu pesan camni,

" sebelum tidur, baca doa tidur dengan dua kalimah syahadah."

masa tu, doa yang mak dengan ayah yang ajarkan, sebelum mendapat pendidikan formal kat tadika. jadi, masa belajar dengan mak ayah, baca doanya berakhir dengan "... wa amut" ada sukun kat hujung tu.

tapi bila masuk tadika, ustazah ajar ikut barisnya dengan tepat sekali. hujung tu ustazah ajar baca dengan dhammah, iaitu "...wa amutu". pastu balik sekolah beria bagitau mak yang mak ajar tu lain dengan yang ustazah ajar. masa malam ayah suruh baca doa yang ustazah ajar tu. saya pun baca.

pastu ayah saya gelakkan. dia kata, "ada pulak dia nak baca yang " amutu". entah2 ustazah dia tidur atas motor." habis kena gelak. saya emo sebab memang ustazah saya pergi tadika tu bawak motor tapi takkanlah dia tidur atas motor. pastu sejak tu saya baca ikut yang ayah ajar je. hehe~kecik2 dah pandai nak emo kan. haha~

bila dah besar, barulah saya tahu yang suka hati koranglah nak baca macam mana pun. yang penting, baca doa sebelum tidur. kalau sebelum makan boleh ingat baca doa, macam tu jugak dengan sebelum tidur. lepastu bila dah pandai baca ayat Kursi, tambah lagi dengan ayat Kursi, lepastu ayat seribu dinar dan siap niat sekali nak bangun pukul berapa walaupun bangun tu mesti tak sama dengan masa yang diniatkan.

jadinya, kenapa kena baca doa sebelum tidur? sebab maksud doa tu sendiri ialah " dengan nama Allah, aku dihidupkan dan dimatikan." lepastu baca kalimah syahadah sebab kita tak tahu kot2 pagi esok bukan rezeki kita dah nak hidup kat dunia ni. baca ayat Kursi pulak sebab nanti akan ada malaikat datang jaga kita. takdelah tidur tu kerjanya nak mengigau je nanti. hehe~

saya harap saya dapat istiqamah dengan apa yang saya dah amalkan sejak kecik ni sampailah bila-bila. hatta kalau saya dah kahwin nanti pun saya nak suruh suami saya leadkan pastu saya jadi tukang aminkan. mahupun bila dah jadi nenek nanti saya nak ajar kat cucu saya pulak. haha~ajar kat anak dulu la masa dah jadi mak nanti, biar dia pulak turunkan kat cucu. eh, tinggi betul angan-angan ea? haha~insha Allah.

selamat membaca doa sebelum tidur =)

3 respons terhadap bicara saya:

snf said... [balas komen ini~]

betul betul.baca doa sebelum tido perkara yg paling simple sbb doa pendek baca then teros boleh tido tapi jika dpt bc ayat kursi lebih baik sebab malam kita djauhi dr syaitan. semoga setiap perkara baik yg dilakukan dpt dijadikan istiqamah.semoga hari mendtg lebih baik untuk semua.amin amin

Jujubabes said... [balas komen ini~]

bismikallah humma ahya wa amut ..Ya Allah, jadikanlah Adriana seorang anak yang baik dan pandai. hihi Adriana tu anak kite ..

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@shazrina

insha Allah~comelnye..hehe..salam perkenalan..thanks for dropping comments =D