Sunday, March 3, 2013

mari-mari!! tshirt Muslim & Muslimah yang smart dan lawa =D

Assalamu'alaikum =)

seperti yang semua orang sedia maklum, saya ialah seorang pelajar pergigian. walaupun saya belajar pergigian, tidak bermakna saya tak boleh aktif seperti pelajar lain seusia saya. namun begitu, dalam nak aktif2 ni, pakaian saya amat terhad dan sukar untuk memastikan aurat saya tetap terjaga. tapi dalam masa yang sama, saya nak jugak promote yang saya ni student dental kan? macam mana tu?

oleh yang demikian, rakan2 saya telah mengambil inisiatif untuk menjual tshirt labuh khas untuk Muslimah yang sealiran dengan saya. untuk pengetahuan, tshirt ini walaupun simple tapi tetap menarik dan harganya juga berpatutan =D kain dia pun lembut dan sedap je. hari tu saya dah pakai masa Family Day kat Bagan Lalang. walaupun panas tapi tak terasa rimas pun sebab kainnya selesa dipakai.

inilah tshirtnya =D
untuk bakal doktor gigi muslimah =) sila klik untuk tumbesaran
ni saiz2nya
ia juga sesuai dipakai sama ada untuk aktiviti lasak mahupun untuk pergi ke kuliah jika pagi itu bangun lambat dan tak sempat iron baju kurung. hehe~ sebab dia punya design tak serabut bahkan sedap je mata memandang =D harganya pun berpatutan iaitu sebanyak RM 35. bukan senang tau nak cari tshirt yang labuh dan lawa tapi murah. jadi, sila rebut peluang keemasan ini sebelum ianya berakhir!

selain daripada tu, kitorang ada jugak menjual tshirt untuk bakal2 doktor gigi lelaki =D

 


juga tak ketinggalan untuk sahabat2 yang sealiran berlainan cabang dengan kami, pelajar perubatan =)




selain daripada itu, tshirt dengan design yang menarik =) ini tak kisah siapa pun nak pakai. yang penting designnya menarik serta sambil memakai sambil berjalan juga sambil itu boleh bagi tazkirah pada orang yang memerhati. 



tengoklah!! dia tulis, " The best man is who has the most benefits for others". best kot. marilah kita sama-sama berlumba untuk menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain =) sekian tazkirah petang dari dr. nawwar hanifah. hehe~

setakat ni 4 jenis tshirt ni la yang kitorang jual. harga yang berpatutan, design cantik dan jenis kain yang best, makanya tunggu apa lagi? marilah membeli dengan kami =D insha Allah anda takkan kecewa~

sebarang pertanyaan boleh tinggalkan kat kotak komen di bawah. juga boleh call nombor yang tertera pada gambar =)

p/s: gambar2 tersebut sila klik supaya kelihatan lebih jelas.




0 respons terhadap bicara saya: