Sunday, March 10, 2013

netball=cik pah=biar betul??

Assalamu'alaikum =)

hari ni saya main bola jaring. mainnya pagi tadi tapi malam dah nak tidur baru update. muahaha...

umum mengetahui bahawasanya saya tak pernah main netball sebelum ni. semenjak sekolah rendah sampailah sekolah menengah. masuk U baru merasa main netball.

bolehlah main. bak kata diorang, boleh baling bola dah kira okey la tu. haha~

keputusannya: kami dapat nombor 4. haha~nak jugak cakap nombor kan. sebab tak nak mengaku kalah. hehe~

muko golap ado hati nak msuk gamba...
orang tinggi, jadi gklah kita. huhu~walaupun first time dan asyik gagal menghalang bola pihak lawan masuk dalam jaring, tapi alhamdulillah saya rasa saya dah cuba yang terbaik.

cuaca pun baik hari ni. dan secara fisiologinya badan saya pun tak buat karenah hari ni. alhamdulillah dapat bertahan sampai minit2 terakhir main walaupun perlawanan sengit dan memenatkan. setiap kali nak masuk court, mesti cakap banyak kali dalam hati, takpe pah, 7 minit je pastu ko boleh rehat.

apa2pun, ini pengalaman terindah sebab dapat main bola jaring. tetiba rasa macam nak main betul2 lak bola jaring ni. adakah sudah kecewa dengan bola tampar? haha~ entah. cuba je. pasni kalau takleh gak main batu seremban je la. kot2 ada kejohanan peringkat antarabangsa buat kat Korea ke apa boleh la nak join *sudah masuk mode mengarut*.

wahai teammate bola jaringku aka classmate aka members of 5th batch =)

hari ni jadi kenangan terindah untuk saya. sangat seronok dapat main dengan korang. esok2 kalau ada rezeki kita main lagi ea~

ada org xredi lagi..xpe..kte xfokus kt situ,fokus kt org len


2 respons terhadap bicara saya:

dr.mya said... [balas komen ini~]

afifah, awak tinggi.rugila tk join team netball.

kitorg clinical year dh nk retire ni.penat ;)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@dr.mya

waaa~jgn retire lg...hihi..sy bru belajar.tp cm best je klu dpt pndai main =) insha Allah ade rezeki sy main netball~