Sunday, March 31, 2013

prostodontik=penat berganda!

Assalamu'alaikum =)

selamat berhujung minggu. sila rehat puas2 sebelum bakal berhempas pulas esok dan sepanjang minggu.

sekarang dah masuk semester 2. memanglah, dah lama masuk pun. hehe~

macam-macam yang nak diupdate tapi semuanya tinggal kenangan sahaja. antaranya, masuk Intervarsiti tempoh hari. dah siap bluetooth gambar dengan kawan bagai tapi semua tu terperap begitu sahaja sebab takde semangat nak letak dekat blog.

macam tu jugak dengan aktiviti optech sekarang iaitu membuat gigi palsu. lepas dah beberapa step baru nak cerita. 

mula2 kena buat special tray. lepastu kena buat cast. lepas tu kena buat base plate. sekarang tengah buat occlusal rim.

ni la occlusal rimnya!!

yang belah bawah punya
amat susah tahu nak buat semua ni? perlu bertarung dengan kecomotan sebab wax asyik cair atas labcoat (habislah labcoat saya tahun depan nak white coat ceremony nampak gaya kena pinjam junior punya) dan jugak..dan jugak...blank la pulak. apa-apa je lah. yang penting bila dah masuk lab prostho ni baru tahu betapa susahnya nak buat gigi palsu. even gigi palsu yang dah siap tu pun xsama macam gigi yang Allah ciptakan. kesimpulan, jagalah gigi anda elok2 =) tapi kalau dah kena pakai gigi palsu nak buat cemana. kalau tak pakai kang macam mana nak makan, kan? nak senyum pun segan.

apa pun, doakan kami kuat semangat buat semua ni. amat jauh lagi perjalanan yang kena tempuh. ni baru sikit. tapi serius cakap sekarang memang penat berganda. lapar pun jadi berganda. belanja makan tengahari pun berganda sebab setiap kali lunch mesti nak minum something yang refreshing macam horlick ais ke, fresh orange ke. oh, masa tidur pun jadi berganda. haha~jangan berat badan makin berganda sudah. 

yang penting, saya tak nak stress buat kerja ni. oh, sangat berharap dapat mahirkan diri sungguh2 dalam buat gigi palsu ni sebab nak buat satu untuk mak. harapnya mak relalah jadi patient anaknya yang skill tak berapa nak develop lagi ni. 

huhu...cuaknya. melihatkan senior pakai purple gown, rasa takut nak berdepan dengan saat2 klinikal. oh, semoga semuanya baik2 aja.

smile! pelik la pulak ghopenye...


2 respons terhadap bicara saya:

Aina Syafiqah said... [balas komen ini~]

Assalamualaikum sis
Saya banyak jugak baca entry akak pasal dentist nih
Act, saya apply usim utk dentistry plihan first n masuh mnunggu offer
Saya ada banyak nak tanya soalan sbrnanya n mcm mana nak contact ngn akak eah ? Fb ?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Aina Syafiqah

boleh..pm kt fb.insha Allah akak balas.