Saturday, November 28, 2015

benci orang agama

Assalamu'alaikum,

baru2 ni viral kisah ibu si antivaksin kelam kabut mencari doktor yang boleh buat surat pengecualian untuk anaknya tidak divaksin supaya urusan visa umrahnya selesai. dikhabarkan beliau dah pergi jumpa banyak doktor di hospital dan klinik swasta tapi alhamdulillah doktor2 yang faham kepentingan vaksin dalam menjaga maslahah umat semuanya menolak untuk mengeluarkan surat seperti yang dipinta.

kepada sesiapa yang tak tahu, kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah haji dan umrah menerima vaksin meningitis sebelum mereka meluluskan visa untuk menunaikan haji dan umrah. golongan antivaksin tersepit dalam hal ni sebab nampak gayanya mereka dah kontang hujah agama dalam meluluskan visa mereka sebab kerajaan Arab Saudi bukan antivaksin seperti mereka. sehingga mereka sanggup MENIPU.

wow, itu je yang aku mampu cakap pertama sekali.

ini satu contoh dalam banyak isu semasa sekarang ni tapi kesimpulannya satu je kita boleh nampak, mereka menolak sains dengan hujah agama yang mementingkan diri sendiri. dan aku benci hujah agama. 

sebab pada aku mereka ni bodoh sombong.

aku belajar dalam bidang sains. jujur cakap, bidang sains buat aku lebih mengenali Allah melalui ciptaanNya. tapi aku tak tahu orang yang belajar dan faham agama ni, adakah mereka semakin mengenali Allah atau sebaliknya?

aku dah jumpa terlalu ramai orang yang guna hujah agama sebab tak boleh terima kemajuan sains, dalam rawatan misalnya. aku dah jumpa jugak terlalu ramai orang yang berakhlak buruk di sebalik songkok dan tudung yang dipakai. sebab tu bila orang dok sanjung2 ustaz tu, ustazah ni, aku rasa jelek. rasa menyampah sebab diorang hanya bagi hujah melalui sudut pandang diorang sahaja. dan kau kenal diorang dalam satu sisi sahaja. kau belum tengok sisi mereka dengan keluarga, sisi dengan kawan dan sebagainya.

tambah lagi yang cepat menghukum. contoh mudah, kau nak nasihatkan kawan kau yang minat K-pop, kata kau itu tak bermanfaat, melalaikan. how do you know its melalaikan? do you ever listen to it? 

kau dibesarkan dalam suasana Islamik tak bermakna kau boleh terus hukum orang. walk in their shoes then you talk.

dear orang agama, Islam tak ajar kau jadi narrow-minded. 

0 respons terhadap bicara saya: