Friday, November 6, 2015

reaksi kurang matang

Assalamu'alaikum =)

belakangan ni banyak isu berlaku dan reaksi manusia berbeza serta menandakan aras kematangan diorang dalam berfikir. kalau hujah reaksi tu logik tak apalah jugak tapi apa yang aku perhatikan ialah orang dok balas dengan benda yang sama yang dah lama dan dah basi. tapi orang tetap ulang jugak, seolah-olah itu prinsip mereka dan ianya sangatlah tidak matang. maaf cakap.

jadi, berdasarkan pemerhatian aku, ada beberapa respon yang aku perhatikan sangatlah tipikal di kalangan 'typical Malays' dan pada pandangan aku itulah yang sedikit sebanyak 'membantutkan' kita. ya, aku sebut kita sebab aku Melayu dan aku sedar hakikat itu.

1) " alaa orang gurau je. tu pun tak boleh,"

baru2 ni kecoh satu Malaya pasal seorang doktor lelaki kacak dan sado datang Hot.fm. lalu berduyun-duyun perempuan memberi reaksi " hensemnya!" " beranak nanti nak dia sambutlah. dahlah doktor pakar sakit puan" " doktor hensem camni confirm hari2 aku sakit pun takpe,"

itulah antara responnya.

sangat ironi bila ada sebilangan wanita yang sibuk memperjuangkan larangan doktor lelaki untuk berada di bilik bersalin, dari pelajar perubatan hinggalah ke tahap pakar. tiba-tiba bila doktor 'hot' macam tu ada, terus bagi statement nak beranak disambut oleh doktor lelaki padahal lupa time isu tak nak doktor lelaki kat bilik bersalin dulu dia jugak yang dok tekan share post seperti 'negara Barat yang bukan Islam pun dah laksanakan, sudah sampai masanya Malaysia negara Islam untuk laksanakan polisi yang sama.' 

nak je aku cubit orang macam ni.

kemudian bila ditegur, responnya macam kat atas tulah. bergurau je, suami takyahlah nak marah2. eh eh aku tengok drama Melayu watak perempuannya makan berdua dengan exboyfriend, lepastu bila suami tak puas hati dia pujuk tak jalan dia pulak merajuk lebih2. fikir lelaki takde perasaan? lelaki bergurau sikit reti pulak marah. 

perempuan Melayu tak boleh ditegur? jawab sendiri. yang penting jawapan 'bergurau je' untuk satu isu yang kontorversi ialah jawapan yang kurang matang. ladies, grow up please.

2) " eleh nak cakap orang putih pulak. kita ni Melayu cakaplah Melayu."

teringat status seorang gadis berkenaan kereta ayahnya dipecah dan dirompak yang mana status tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. segelintir memberi reaksi bijak, dengan mendoakan semoga barang yang hilang ditemui semula dan sebagainya. tapi ada jugak yang tak matang dengan bagi alasan macam yang aku sebut kat atas, iaitu berkenaan bahasa yang digunakan dalam menulis status.

sungguh aku tak faham. tak faham apa yang dia nak sampaikan bukaklah kamus. jujur, kadangkala ada benda yang aku fikirkan secara spontan dalam bahasa Inggeris, maka pembaca dapat lihat sendiri dalam blog aku ada entri aku tulis dalam bahasa tersebut. dalam kes gadis tadi, yang 'friend' dengannya kat Facebook bukan Melayu sahaja tapi ada dari kaum lain. jadi logiklah kalau dia nak guna bahasa tu.

3) " tak suka pergilah!"

ini tema yang digunakan oleh para menteri dalam memberi kenyataan terhadap sesuatu isu. serius aku sedih bila menteri2 cakap macam tu. aku hanya mampu mendoakan kalian dicabut nyawa secepat mungkin supaya Malaysia kehilangan pemimpin dungu seperti kalian dan semoga orang-orang seperti kalian tidak diganti. semoga Malaysia digantikan dengan pemimpin muda, bijak dan matang suatu hari nanti.

aku harap ianya berlaku esok.

4) " kau jugak yang undi diorang."

aku tak undi diorang ok.

5) " jangan peduli cakap orang, teruskan usaha!"

ayat ni konteksnya bagus kerana memberi galakan. tapi bila kau bagi ayat macam ni kat anak menteri yang elok bertudung tapi hisap vape, apa maknanya? begitu jugak bila orang tegur seseorang yang terkenal yang terbuat silap, buat benda yang bertentangan dengan agama, mesti ada orang yang guna ayat kat atas tu.

yang mana, terang2 kau menyokong dia buat silap. tak, dia buat jahat. aku rasa istilah jahat lebih sesuai sebab kalau ada orang tegur yang kau dah buat salah maka kau patut sedar dan berhenti buat benda tu. lagi2 kalau benda tu dilarang agama.

6) reaksi dengan justifikasi agama

pada aku menggunakan hujah agama untuk menyokong pendirian kau yang salah tu dah basi. kau mencari hukum yang kau nak, bukan hukum yang ditetapkan oleh agama. berhentilah wei.

7) " dengkilah tu. orang Melayu suka dengki sesama sendiri,"

ini komen yang selalu kita tengok bila ada yang menganjing iklan QuPuteh, iklan2 terlajak laris dan segala produk kecantikan yang kalau pakai berkali2 menjadikan kau pokai tapi yang makin cantik pengasas produk je sebab diorang makin banyak duit beli alat mekap berjenama yang original.

terus terang aku cakap, aku menyampah dengan iklan QuPuteh tu sebab dia dok ulang ayat yang sama, tu je. aku tak dengki pun dengan bisnes dia tu. aku tak jual produk pun.

by the way Dato' Alif Syukri, iklan perempuan berpurdah tu very offensive. jangan kata aku dengki pulak.

8) " nak tegur boleh tapi takyahlah nak maki-maki. tegur tu ada caranya tau"

sentap cakaplah sentap. nak lencong-lencong cerita pasal cara-cara teguran yang digariskan Islam pulak. garisan Islam yang lagi utama takde pulak kau nak ikut.
***

aku rasa banyak lagi respon kurang matang yang kita boleh tengok kat semua media sosial. semua orang nak jadi 'pahlawan papan kunci'. adakah aku salah seorang daripadanya?

bergantung.

dear Malays, grow up please. 

0 respons terhadap bicara saya: