Sunday, June 5, 2011

aduan tentang USIM~

salam~aku menjangka ramai yang ada baca Berita Harian edisi bertarikh 3 Jun 2011 (kalau xsilap aku) sebab kat ruangan surat ada memaparkan surat dari seorang bapa kepada pelajar Tamhidi Perubatan yang baru mendaftar Rabu lalu. surat itu berkenaan ketidakpuashatian beliau terhadap keadaan kolej kediaman USIM yang menempatkan pelajar Tamhidi sesi 2011/2012. aku confirm diorang tahun ni duduk kat Nilam lagi sebab mengikut ayat pakcik itu, "satu rumah tiga bilik dengan 8 pelajar". sila rujuk sini. oh, ya. surat ini juga menghangatkan wall group Tamhidi 2010/2011 dengan komen yang pelbagai.

ok, di sini aku nak sangat menceritakan perihal sebenar kolej tu dengan harapan masyarakat tak terus menghukum dengan hukuman yang pelbagai ke atas USIM. bukan apa, nanti mesti ada suara mengatakan "kata universiti Islam.."ok, suara-suara sumbang yang selalu kita dengar. dengan itu, aku selaku pelajar Tamhidi sesi 2010/2011 ingin menjawab surat tersebut, walaupun entri ni takkannye dipublish kat BH or di'link' ke sana sini sebab tak memasal famous pulak aku nanti.

pertama, tentang rumah 3 bilik dan diisi dengan 8 pelajar. pernah tengok macam mana rupa rumah tu? bagi aku rumah tu ok, ok kecik sikit dari rumah aku. ada 3 bilik, lengkap dengan 2 bilik air, dapur pun ada, dalam master bedroom aje yang ada 2 katil 2 tingkat. yang lain satu katil 2 tingkat je. pastu, kat ruang tamu yang lapang ada meja study, dan terpulang kepada penghuni unit tu untuk susun macam mana bagi nampak selesa. mengikut pengalaman aku, rumah aku dulu mula-mula ada 6 orang. aku dapat master bedroom dan memang masa mendaftar bilik tu sesak dengan barang aku dan 3 roommate lain. tapi xlama lepas tu seorang keluar dan diganti dengan orang lain. tapi finally tinggal 5 orang je dalam rumah tu.

rumah lain banyak je yang ada 8 orang satu rumah. tapi aku tengok diorang ok je. dan batch kami jugak batch pertama (mengikut kata pengarah) batch yang ada pelajar dapat 4 flat masa sem 1. hehe~nak bangga sikit. dan yang dapat dean list bukan sikit. lebih 50 kalau tak silap. see? siapa kata rumah sempit tak boleh nak belajar betul2. dan kebanyakan pelajar yang dapat dean list ialah pelajar TAMHIDI PERUBATAN. aku yang rumah nampak tak sempit sebab housemate cuma 4 orang je pun tak masuk dean list tau.uhuk2 =(

perihal warden tak sopan. yang ni aku malas nak komen. sebab mana2 pun mesti ada masalah sebab ini semua karenah birokrasi. aku tak kata warden ni betul tapi biasalah, walaupun piagam pelanggan berdegar-degar mengatakan itu ini tapi kalau dah yang menguruskan itu manusia, maka masalah tu tetap timbul jugak. jadi, pandai-pandailah berurusan dengan diorang. kalau tak nak berurusan dengan diorang, jaga diri dan rumah korang baik2. jangan rosakkan apa2 sampai kena buat aduan kat ewadi sebab nanti korang akan stress seterusnya tak dapat study dengan baik.

sekian, itu jawapan aku untuk pakcik yang caring tadi. aku tahu dia sayang anak dia, tambah2 nak jadi doktor. adik, adik belajar je la sungguh2. dapat pointer lepas 3.50 pastu bagi masuk fakulti medic kat pandan indah tu. kat situ asrama dia (kondominium kalau xsilap, sila search, namanya Glennview) jauh lagi mewah.   karang jangan nak kata rumah tu xsesuai untuk pelajar, sesuai untuk famili je pulak. 

dan ramai lagi (mungkin) yang tak tahu masalah yang kami hadapi sepanjang tamhidi. bas dan kafe tu pun masalah utama jugak tapi apalah salahnya kalau kita bersusah sikit untuk berjaya. pasal internet pun, apalah sangat yang korang nak search. setakat nak buka facebook? update blog? oii2...kata kat orang pulak. macam la kau tak pernah update blog sepanjang kat nilam 2, kata aku pada diri sendiri. lagipun, baru masuk tamhidi. tak adanya lecturer nak suruh korang buat kajian yang pelik2 sampai kena ada rujukan dari seluruh dunia. paling2 pun korang mungkin nak internet laju supaya korang boleh download gambar best2 untuk hiaskan cover page lab report korang sebab markah 5%. haha~

oh, ya. ada seorang ibu yang penyayang telah menjawab surat tersebut. terima kasih banyak2 makcik. kalau nak baca surat tu sila klik sini

akhir kalam, pesanan buat semua pelajar USIM, marilah kita bersyukur dengan kemudahan yang ada sebab kalau tak ada USIM, kat mana lagi kita nak belajar? negara perlukan lebih ramai profesional, sebab tu dia naiktarafkan KUIM. jadi, marilah kita semua termasuk dalam golongan yang bersyukur. =)

 


6 respons terhadap bicara saya:

fatma ayuni said... [balas komen ini~]

sbb xbaca paper, ana xtau lak sal hal ni.thx post kat sini..huhu

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

same2..hihi~
kebetulan beli paper hari 2...

amal said... [balas komen ini~]

yupp , setuju2. kami yangg rumah 5 orangg ni pun , xdak yg dean list. tgok kwn2 yg rumah 8 orangg bahagia ja ^^

huda_emas said... [balas komen ini~]

sy sokong 100% cik afifah..!!

miss arisa said... [balas komen ini~]

nice one...haha...ktorg yg kt pandan ni pn da hampir sempit rumah....student makin ramai ^^...tapi ape2 pn,Alhamdulillah...msh ad rumah...xyah byr mhl2 plk 2...n selesa

dlu duk camelia pn best...mmg sempit skt tp best je...ske jln2 kt tasik 2..duk camelia @ nilam sng nk cri mknn...dkt je nk trun pg beli...kami yg duk glenview ni kena menapak jauh nk pg beli mknn..klu mls,mmg xmknla jwbnye...

so,kepada mreka yang dapat asrama sempit,bersyukurlah kerana anda masih mempunyai kelebihan yang lain...kami mungkin rumah besar dan selesa, tapi terseksa sikit bila tiba bab makanan...kat mana2 pn,ada kkurangan,ada kelebihan...apa2 pun,mari kita jadi hamba yang sentiasa brsyukur...

<>

LUV USIM! ^_^

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@miss arisa

terima kasih krn singgah blog saya~
doakan saya dpt jejak pandan indah buln 9 ini..insya Allah...

betul..mana2 pun pasti ada kekurangan.tapi kekurangan itulah yang menjadikan hidu kita sentiasa dipenuhi dengan usaha untuk jd lebih baik. =)