Tuesday, June 14, 2011

gempa~

pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan di hari itu. ada yang bekerja. ada yang bergembira...



oik2..silap intro la.

sebenarnya nak cerita sesuatu. pagi tadi masa tengah memerhatikan adik kecilku Ainul bersiap-siap pergi sekolah sambil membaca 'Kasih Yang Suci', tiba-tiba aku terasa badan aku yang menyandar pada sofa macam terumbang-ambing ala-ala atas bot di permukaan air. aku perasan juga pintu bilik bergerak sendiri tapi tidaklah sampai tertutup, sikit je. tak lama lepas tu terdengar ayah aku panggil mak seraya berkata, "rasa macam ada gegar la." dalam hati aku dah dapat agak, ini mesti ada gegar kat mana-mana ni. sebab kita rasa sikit je. tempias la tu.

dan pagi tadi ketika sedang online facebook, Berita Harian online pun post ke wall pasal ada gempa kat Sumatera Utara. gempa itu berukuran 5.9 skala Richter dan melanda pada pukul 8.08 pagi. hmm..betullah tu.

sila klik jika tidak jelas
sebelum ni masa tahun 2005 pun tempat tinggal aku ni dah pernah kena jugak. masa tu lagilah, tengah2 malam waktu orang semua tengah tidur. aku kat asrama masa tu, alhamdulillah. mak yang cerita. tapi masa tu agak kecohlah sebab mak kata semua penghuni apartmen turun. yelah, tahun sebelum tu kan dah jadi tsunami kat Aceh. apa-apa pun, bersyukur sebab tak jadi apa-apa. alhamdulillah.

bersyukur jugak sebab hanya rasa tempias gegaran, bukan gempa betul2 tu. sebab setahu aku Malaysia terletak di luar lingkaran api Pasifik. tak tahulah betul ke tidak fakta aku ni sebab dah lama tak belajar Geografi.

humm~dunia dah tua pun. semoga kita semua dilindungi Allah.

2 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

penah rase mase f3 kat maahad. pastu marah botet "eh yang kau goyang2 kerusi aku pesal?" pastu kena 'pang kang' dengan dia.. -__-"

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

ha'ah..mase tu pun ada gak tapi aku xrase.
balik asrama baru tau sbb bdk2 klas hamzah citer kat bilik study~