Tuesday, June 21, 2011

nostalgia masa kecik2

salam~semua orang pernah melalui zaman kanak-kanak Ribena yang riang ria dan semestinya zaman tersebut meninggalkan seinfiniti kenangan manis,kan? oleh itu, aku nak share sikit pasal nostalgia aku kecik2 dulu. mana tau ada yang sama ngan korang =)

1) permainan
Dulu kecik2 main kat luar rumah. masak2 bawah pokok belimbing pakai mangkuk tingkat mak yang dah tak pakai. kumpul ranting2 pastu buat2 macam api hidup. pastu masak daun belimbing dengan air. konon la. pastu main dalam longkang besar. masa tu air dalam longkang pun boleh dikira bersih sebab aku tengok jernih je ;) main tangkap berudu, masuk dalam botol pastu lepaskan balik. lagi kalau balik kampung kutip biji getah untuk buat main congkak. oh ya!main lego. zaman sekarang aku dah tak nampak dah lego. kalau tanya adik aku pun confirm dia tak tau. mungkin dia akan tanya, "apa tu?penyakit ke?" dan jugak main game jaga telur dinosaur. bagi makan sampailah dia besar. selalu beli mainan ni kat pakcik jual roti. sambil beli Hiro dapat beli game tu sekali.
banyak sangat dulu.tapi sebab pindah randah jadi semua hilang =(


2) bahan bacaan
Sebulan sekali mesti simpan duit beli majalah Kawan. ataupun kadang2 beli komik Anak-Anak Sidek. biasa antara 2 ni jelah. dulu komik Kawan kecik je, macam Mastika tapi sekarang dah besar. aku tengok isi dia pun dah macam tak best (ke sebab aku dah lama tak baca?). lagi, dulu masa mula2 baru belajar membaca, mak tak kisah pun kalau baca surat khabar. sekarang kalau boleh aku tak nak bagi adikaku baca surat khabar. lebih banyak berita yang menggelikan berbanding berita  yang elok2.*geleng kepala*
ni yang baru punya. aku suka baca komik kak alin =)

3) makanan
Aku ingat lagi,masa zaman kemunculan Squiggles yang tatkala itu hanya berharga 70 sen tak silap aku, memiliki sebiji Squiggles adalah satu kebanggaan. dulu jugak Dora Datang lagi pun harganya mahal. tak tau la sekarang berapa. kalau pergi pasar dapatlah merasa makan Nini cokolat celup2. lepas tu kat sekolah donat harga 20 sen (masa darjah satu). waktu lepas balik sekolah kat kantin ada jual kentang ABC. tau tak kentang tu camner? aku ingat lagi rupa dia. dia kentang, ala macam french fries tu. tapi bentuk ABC. comel. sekarang mana ada dah. dulu aku bantai makan ni hari2 tak gemuk pun. 

4) rancangan TV
Hari Ahad pukul 9 ada sailormoon. lepastu pukul 9.30 ada Dragon Ball. perghh...memang minat habis masa tu. kalau balik kampung semua sepupu berkumpul sekali di pagi Ahad untuk menonton bersama. pastu petang2 sabtu ada Power Rangers. banyak siri oh. setiap orang dalam adik beradik aku ada pilih jadi power rangers yang mana. masa tu adik beradik aku 5 orang. aku selalu pilih warna pink. sekarang aku rasa geli bila mengingatkan yang aku pernah suka warna pink suatu ketika dulu. lepas dah habis power rangers sambung tengok shin chan dengan doraemon. oh,ya. dulu jugak rajin tengok cerita Beyblade dengan cardcaptor Sakura. ^^
goku comel ^^

5) handphone dan kamera
Keluarga aku bukan jenis yang suka pakai telefon rumah sebab kalau telefon rumah itu wujud di dalam rumah kami, nescaya kitorang akan guna tanpa henti. tau2 kena potong. jadi mak ayah aku pakai handphone je. yang besar gabak dengan antena sekali tu. berat pastu tak ada game yang boleh main. lepas tu dah maju sikit mak ayah pun pakai Nokia 3310 versi lama yang saiz lebih kurang macam sabun buku Fab tu. pastu kamera pulak pakai yang kena masukkan filem tu. sekarang dah tak nampak dah. yang tau sekarang ni melambak jual memory card. sekarang jugak kamera digital tak main sangat kot (kot la) sebab semua kalau boleh nak ada DSLR.
[via nokia 3310]

bila cuci gambar mesti ada negatif dia sekali|


sebenarnya banyak lagi nostalgia zaman kecik2 ni. tapi tak dapat nak luahkan sebab kepala 'jam' sikit. apa-apa pun, kenangan itu adalah yang terindah kerana ia dah jadi sebahagian daripada warna dalam hidup kita =)

p/s: dulu selalu berangan bilalah aku nak jadi budak besar. sekarang dah umur 19 rasa nak jadi budak kecik balik. main buaian pun tak ada orang marah =)

*credit gambar: google image*

4 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

zaman kanak-kanak kau 88.88 same dgn aku la! hehe
main masak2 pakai mainan punya, beli kat kedai. teruja nampak permainan masak-masak. dapat beli lego adalah 1 kebanggaan walaupun aku xreti pasang. tapi bila dapat buat robot dgn lego, 1 rumah aku tunjuk xbukak2.

aku tengok isi dia pun dah macam tak best (ke sebab aku dah lama tak baca?) *like!
aku pun suka kak alin dgn dr nina. tp dulu mmg best buku kawan sbb aku penah anta jadi sahabat kawan, muka masuk majalah cita2 pembaca berita. -_-"

rancangan tv pun same. eh pesal power rangers kau same dgn aku???=.="

kamera jarang guna sbb sume snap pakai hp je. zaman dah maju.

pendek kata orang tahun 1911 fikir bila da 2011 kita ade kereta terbang tapi beca pun still ade lagi.hahahaha

Solihin Zubir said... [balas komen ini~]

komik KAWAN.. dlu siap langgan lagi..
tp skang ni, komik tu dh jd besor..
dh x syok sgt mcm dlu..

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha!!biar betul ko.bulan brpe punye?tahun bile?kalo aku tau mesti aku dah kenal ngan ko dulu2 lg...hehe~

Fariza said... [balas komen ini~]

@nawwar_hanifah

xingat bulan berape. tp bulan puase la.hehe mase tu darjah6 kot, tp anta ny mase drjh5. kot la. lupe la....hehe