Tuesday, June 7, 2011

perihal anak kedua~

salam~ 'second child syndrome', 'middle child syndrome' and whatsoever..hari tu telah terjadi sesuatu yang mana aku dengan keras hatinya telah mengikut kemahuan sendiri sehingga kena marah. biasalah, anak kedua. anak kedua? yep, aku anak kedua. sebenarnya anak ketiga tapi disebabkan arwah abang aku dilahirkan sebagai 'premie' dan hayatnya tidak panjang, maka aku secara gear automatiknya naik pangkat jadi anak kedua.

kebanyakan kawan aku merupakan anak kedua dan mereka berkongsi rasa yang sama seperti aku. dan orang kalau nampak aku berkelakuan tidak senonoh pelik diorang akan cepat dapat tangkap yang aku anak kedua (ye ke? aku tak rasa pun). disebabkan aku teringin nak tahu pasal anak kedua ni, maka aku telah menggodek Google dan banyak gak yang aku dapat. tapi, ringkas2 je la ye =)

Fakta tentang Anak Kedua =)

1) Anak manja emak

Fakta aku: oh yeah? aku tak manja dengan mak pun. sekarang mungkin ya, sebab tengah cuti dan takde sape kat rumah jadi aku dengan senangnya boleh dapat attention mak. kalau tak selalu tu mesti aku nak cakap pun susah mak nak dengar. sekarang bila jalan2 dengan mak rasa kekok sikit pun ada sebab entahlah. sebab aku bukan jenis yang mencurah segala isi hati kat mak. aku bukan orang yang senang2 nak share feeling kat orang. kapasiti hati aku untuk menelan segala yang aku rasa adalah luas, mungkin 320 GB. hehe~kesimpulan: aku bukan anak manja emak. anda?

2)Anak degil

Fakta aku: hahaha!!tepat sekali (thumbs up). aku jenis yang keras kepala, tak nak dengar cakap orang (tapi kalau orang bagi nasihat aku terima sebenarnya tau, muka tunjuk lain hati kata lain). dalam banyak2 adik beradik, aku paling degil dan selalu kena marah dengan ayah aku. hehe~sampai mak pernah cakap, dengan suami nanti jangan buat perangai camni. baiklah mak.

3)Tak pandai pujuk

Fakta aku: sememangnya!!amboi....nak orang pujuk2 pulak. hehe..takdela. bukan apa, aku selalu kalau orang merajuk aku tanamkan dalam hati, "biar je dulu. dia tengah panas tu. kang dia dah sejuk aku pujuk la." senget sungguh prinsip ko,pah. ala, kalaulah ditakdirkan memang semua anak kedua tak pandai pujuk, apa susah? anak pertama, ketiga, keempat, bongsu masih ada untuk pujuk.dah, jangan nak merajuk. buruk benor rupanya. tapi kalau dari konsep memujuk untuk dapatkan sesuatu, aku berpegang pada prinsip, "kalau tak dapat nak buat camner"..ahaha~

4)Pencinta yang setia

Fakta aku: err...aku tak pernah bercinta. kalau suka tu mungkin boleh kaitkan. aku ada suka orang dan sampai sekarang aku masih suka orang itu, walaupun dulu aku pernah dengan NEKADNYA ingin mebuang orang itu jauh2 dari hidup dan fikiran. tapi sampai sekarang, teringat kat dia pun boleh buat aku senyum2 lagi =) [cheese]

5)Hitam/Putih (tetap pendirian)

Fakta aku: ye kot. once i made decision, there will be no turning back. untolerated. haha!!ayat kejam sehingga orang mungkin tak nak bincang dengan aku lagi dah. tapi takde sape tau. sebenarnya aku boleh lembut hati tau kalau kena cara. hikhik...

6) Tak boleh ditegur, nanti tarik muka.

Fakta aku: ini menjadi jawapan kepada soalan yang selalu berlegar kat fikiran aku "kenapa tak nak tegur aku?". tapi serius, aku tarik muka kalau kena tegur tak bermakna aku tarik telinga dari ambil teguran tu sebagai pengajaran. kena cara, insya Allah aku terima dengan baik. 

7) Berdikari

Fakta aku: boleh jadi betul. tapi setakat ni aku nampak kakak aku lebih berdikari berbanding aku. agaknya kot. mungkin sebab banyak benda aku prefer buat sendiri. contoh: jahit baju sekolah dan baju raya sendiri. semua benda kalau boleh buat sendiri. ambil barang pun sendiri ambil. tak suka suruh orang ambil sebab nanti ambilan orang tu tak kena citarasa dan akhirnya kalau suruh pun mesti orang tu dapat bebelan sedas dua.

8) Suka buat kerja sendiri

Fakta aku: aku pernah je join organisasi dan jadi salah seorang daripada orang penting *perasan* dalam organisasi tu. serius, aku kalau boleh semua benda nak buat sendiri. nanti akan dapat kepuasan yang nyata. haha~study pun aku tak prefer study group. bukan apa, aku suka bercakap. aku tak belajar takpe jangan anak orang yang tak belajar pasal aku banyak cakap sudah. banyak kes sebenarnya yang menyebabkan aku rasa bersalah pula.

9) Pemaaf dan caring

Fakta aku: terima kasih *bow*. orang boleh faham maksud 'pemaaf' ni dengan satu kata yang selalu aku cakap. "xpe". itu je pun dah cukup sebenarnya (bagi aku la). tapi once ada orang dah buat tahap kemarahan aku maksimum, sekian, sila undur diri. tiada maaf bagimu. pujukla aku dengan kinder joy ke, roti Gardenia vanilla ke, Mcflurry dengan oreo ke atau bagi aku hadiah berupa buku2 ust Pahrol atau ust Hasrizal baru aku maafkan. haha~

10) Pakaian mesti kemas


Fakta aku: ingat lagi ada sekali tu pergi pasar malam. semangat betul pakai tudung bawal dengan pin ke bahu segala bagai. pernah sekali pergi Giant, kemain lagi dengan pakai blousenya padahal pakai t-shirt biasa dengan jeans je pun da cukup. mengada~agaknya sebab tu la aku suka jahit baju sendiri. 

itulah serba sedikit perihal anak kedua. ada yang aku baca penyelidik kata anak kedua ni kelahirannya tak dinantikan, sebab tu dia terdidik dengan sikap berdikari (bangga) dan keras kepala (ish3). apa-apa pun, aku tetap manusia biasa dan banyak kesilapan. anak kedua bukanlah alasan untuk aku keraskan lagi kepala aku ni, tunjuk degil depan orang lain, nak ikut kepala sendiri semata-mata. betul tak?

sekian sahaja. terima kasih membaca coretan ini *pertama kali!* yang baik kita ambil dan yang buruk kita kikis perlahan-lahan supaya dapat dibaiki kepada yang lebih baik lagi =)

p/s: ada jugak yang kata anak kedua selalunya pandai lagi dari adik-beradiknya. hihi....aku tak rasa macam tu. mungkin ya. bagi aku aku sebab aku telah di'psiko' sejak kecik. kesannya bila besar camni, akan rasa tertekan kalau tak dapat result yang gempak. hurm...

p/s (part 2): segala fakta diambil dari sini. jangan gelak pulak bila dah tekan nanti. =)

4 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

saya pun anak kedua!!......terakhir.hehe faktanya? ---saya nak kawen da tak lame lagi hahahha (xde kaitan)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

haha~yg tu ko kne bwt kajian sndiri...hehe
oh?nk kawen dah?
nnt kalo nk rewang jgn lupa ajak aku, bole tolong mane yg patut~
=D

Fariza said... [balas komen ini~]

@nawwar_hanifah

bukanlah. faktanya ialah saya nak kawen nanti tak lama lagi. haha undenied fact. kau mane bole join rewang. katering kan ade, cukupla tu. hahha -___-"

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Farizaala~xleh join rewang ker...haha~xpe2..oh,faktanya yg ko nk kawen tu?huhu~kalo xleh join rewang, join nikah hari same pun bole ;D *blushing*