Tuesday, November 8, 2011

projek mencari gigi

salam~

penting untuk anda semua baca. cepat!! ingat senang ke nak dapat info tentang kesihatan pergigian ni? fakta mengatakan ramai orang takut nak jumpa dentist. jadi, sila baca perlahan2.






ok, tadi dah pergi klinik pergigian Bandar Tun Razak. saja je tanya kat akak kat kaunter tu.


saya: assalamu'alaikum. saya dental student dari USIM. nak tanya, boleh tak saya nak mintak gigi2 yang dah
        dicabut kat sini, simpankan untuk saya?
akak kaunter (AK): waalaikumsalam. oh..boleh tu boleh tapi sekarang ni patient tak ramai dan banyak jugak
              student yang dah letak botol2 diorang kat sini. diorang pun nak kumpul gigi2 yang extracted jugak.
saya: oh, tapi saya boleh letak jugak kat sini, kan? saya nak letak kat sini untuk setahun
AK: boleh2..
saya: ada prosedur apa2 ke kalau nak mintak gigi kat sini? kena bayar ke, buat surat ke...
AK: takde. just masa awak bagi botol tu, tulis nama, contact number n apa2 yg penting je la.
saya: oh,kalau camtu terima kasih bebanyak ea.
AK: sama2.

ok, satu klinik dah settle. masalahnya sekarang ni, kemungkinan untuk aku dapat gigi banyak tu adalah mustahil. so,kena ada back-up. kena ada back-up..kena ada back-up...

sekarang dah listkan semua klinik gigi yang terdekat dengan rumah. meaning, klinik area Sg. Besi, Sri Petaling, Bandar Sri Permaisuri, Serdang mungkin boleh masuk tapi kena bayar tol jadi KIV dulu dan yang seumpama dengannya saya dah cop awal2. tak boleh pergi area Ampang sebab situ mesti Farah Husna dengan Zharif dah cop. pastu tak boleh gak pergi klinik area Kajang pasal situ mesti area2 Khaliesah dengan Nazrin. walaupun dua tempat tu boleh diconsider untuk masuk list. oh ya! mungkin area Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana boleh masuk jugak.

antara yang dah dilistkan:


  1. Klinik Pergigian Bandar Tun Razak
  2. Klinik Pergigian Noris, Bandar Tasik Selatan
  3. Klinik Pergigian Sungai Besi
  4. Klinik Pergigian Rosni Adam
  5. Klinik Pergigian U Smile
  6. Klinik Pergigian Lau

cukuplah dulu kot. sebab ada certain klinik dia pesen (gaya cakap macam orang pahang pulak) lepas dah cabut gigi pesakit, gigi tu dipulangkan kepada pesakit tu balik. tak tahulah kot kalau disimpan boleh bertukar jadi seringgit ke apa (haish, khurafat la percaya benda macam tu). tapi, harap2 boleh berbincang dengan klinik tu sebab daripada buang gigi tu baiklah bagi kat saya dan semua dental student seluruh Malaysia yang nak belajar ni. hihi~


esok nak sambung mencari lagi. yang penting dapat letak kat beberapa klinik dulu. tak kisahlah dapat banyak mana. mungkin dari masa ke semasa akan ditambah jumlah botol tu.

nama je cuti tapi banyak benda kena buat. huhu~ini baru starting. takpelah. Allah tahu saya mampu sebab tu Dia bagi task ni. hehe~

permintaan kepada yang membaca: kalau tahu mana2 klinik gigi yang buat braces bagitahu saya sebab gigi yang dicabut kat situ lawa2 sikit. hehe~tolong2!!

p/s: haha!! sebenarnya saya yang nak info pasal klinik gigi terdekat tu. nak search dah tak larat dah.

6 respons terhadap bicara saya:

fAraH_K said... [balas komen ini~]

eh awak,
rasenye area putrajaya ni xde orang sangat kot.. al-maklumlah, da reserve utk saya sbnrnye HAHA

aa.fariza said... [balas komen ini~]

Doktor gigi kena simpan gigi orang dari klinik, syukurla doktor badan xperlu simpan pape. hehe

dekat serdang ade 2 klinik gigi. raseny sini xde jgk students dental. meh la dtg. tp xtau la diorg buat braces ke x. rs mcm ye kalau kat satu klinik ni. kat tmn equine pun rs mcm ade. lagi2 kwsn baru bukak, mst ade ny n since ramai bdk sek ren n tadika, lg byk kot sbb bdk2 kecik kan sng cabut giginy. hehe

mksdny gigi aku dulu2 ada kat students dental la eh kalau cabut kat klinik swasta? tiba2 rs nak saman doktor gigi tu. hehe

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

haha!!that's why la korg ade bilik mayat tp kitorg xde bilik gigi..haha~kitorg igt klau dah terdesak sgt kitorg nk cabut je gigi2 dari kadaver kt bilik mayat 2..oh ya..selasa lepas (smlm) ada 2 mayat baru sampai..

eh? haha!! sape suruh ko xmintak kt doktor 2..haha~ntah2 doktor 2 habis belajar terus dia buang gigi kau..haha

btw, thanks sbb bg suggestion =)


@fAraH_K

alemak,kak..putrajaya jauh la plak..haha~xde la jauh mana pun snanye ;) insya Allah klau terdesak,aku akn jejak juge smpai ke putrajaya =D

dr.mya said... [balas komen ini~]

klu klinik yg buat ortho(braces), banyak gigi premolar.

anterior teeth mmg susah nk dpt especially canine.sebab root canine panjang, doc prefers tak cabut sbb effect bentuk muka.

bgus collect awal2 ni.nnt boleh trade dgn kwn2 n senior.gigi yang sound guna time 2nd year, 3rd year guna gigi yang rosak.

banyak mana nk collect?
a complete set of sound permanent teeth of both arches.

happy collecting!

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@dr.mya

tq kak mira =)
oh, kire plg kurg pun kne ade 2 set la ye? yg sound 1, yg rosak 1? huhu~xtau..

btw, jazakillahukhairan kathira =D

fatma ayuni said... [balas komen ini~]

xtahan kot nak tergelak bce yg bab zharif,farah husna, nazrin,khalis(roommate kot!) haha.. btw,happy collecting to us! ^^