Monday, November 7, 2011

kisah handphone baru~

salam~

umum mengetahui bahawasanya biasiswa kami tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam@JPA (bukan jabatan poket ayah mahupun abang sayang) telah pun selamat dimasukkan ke akaun kami.

makanya, sesi kokurikulum minggu lalu, bertempat di Endah Parade, Sri Petaling (beberapa kali pusingan tayar dari rumah tercinta),majoriti budak dah mula terjenguk-jenguk ke kotak kaca setiap kali melalui kedai handphone. maklumlah, duit berkepuk. tapi, (amaran keras: TAPI) kitorang bukannya mencari henfun kerana nak kelihatan haptudet ke hape sebab kami tertarik dengan kemudahan yang ada di beberapa smart phone yang memudahkan pembelajaran, contohnya: ebook, dictionary dan ada certain yang boleh masukkan slide lecture. oh, ya. tak dilupakan al-Qur'an. gitulah ceritanya.

tapi saya cerewet kisah nak beli handphone ni. sebab kita pun nak pakai telefon tu kalau boleh biarlah lama sikit,kan.at least boleh bertahan sampai kahwin la sebab nanti kahwin ingat nak mintak hantaran handphone (HAHA!!). jadi, saya sangat2 harap yang handphone yang saya nak beli tu nanti tak manja, sikit2 nak rosak. kalau dah asyik nak rosak pasnih baik saya pakai telefon awam je. 

antara ciri2 handphone yang saya nak:

1) taknak yang touch screen. yang sikit2 touch screen akan dipertimbangkan (contohnya nokia C3 touch and type n nokia X3 touch n type). bukan apa,pernah tengok kawan punya iphone hang. jadi, sangat takut kalau perkara yang sama terjadi.

2) taknak keypad yang jenis QWERTY tu. ala, yang macam blackberry tu la.saya tak tahu kenapa tapi sejak awal2 blackberry keluar lagi, saya dah macam ada "bzz..bzz..bzz" rasa takde chemistry dengan phone jenis tu. tapi tak tipulah kalau cakap yang saya pernah berangan nak beli nokia C3 dulu *ahaks*. sebab tiba2 rasa handphone macam tu, dahlah keypad kecik, dibuat ea tertekan ke huruf lain, tak ke dah membuang masa. lepastu rasa macam gemuk sangat je la handphone jenis camtu. tak tau nak simpan camner.

3) nak yang memang sesuai untuk peminat muzik cam saya. kawan cakap nokia X series memang sesuai untuk muzik. dulu berangan nak beli ExpressMusic tapi nak buat camner en. bukan ada duit pun. jadi, sangat berharap dapat handphone jenis camni. saya suka dengar lagu bila study sebab tak mengantuk. masalahnya sekarang ni tiap kali nak study terpaksa bukak laptop,dengar dari situ ataupun nyanyi sendiri. kalau suara tu sedap tak apalah jugak tapi... =,="

4) nak yang boleh connect to Internet. haha~kalau boleh hapdet blog pun lagi bagus *err..ada ke?* tak kisahlah. dapat online facebook dari situ pun boleh. tak kisah sesangat. tapi ciri2 ni macam terpaksa dibuang je sebab bila dah asyik online tu karang mesti tak study punya *double =,="

5) harga kalau boleh biar yang berpada la. tetiba je nak yang murah padahal nak yang specification bagus2. takde, saya kan tengah belajar lagi. takde keja ke apa nak pergi sambar handphone mahal2 sedangkan parent pun pakai yang biasa2 je.

6) last but not least, kalau ada ciri2 pembelajaran yang macam saya mention kat atas tu lagi best. (dictionary, slide, ebook n al-Qur'an)

so, ada sesiapa yang tahu tak handphone jenis apa yang sesuai kat saya? hari tu survey dengan kawan, dia cakap nokia C3 touch n type tu bagus. comel gak bila dah tengok hari tu. pastu bila review kat youtube, terasa macam "ala...cam tak best je" haha~ingat nak beli X2 touch n type tu. agak2 ok tak? siapa2 yang pakai telefon jenis ni tolong bagitau saya pro n cons dia. kalau nak recommend yang lagi ok pun boleh. hehe~asalkan menepati ciri2 di atas.

p/s: tetiba tersedar. di saat orang lain begitu semangat menggunakan handphone touch screen atau keypad QWERTY, saya masih lagi nak stick dengan handphone yang keypadnya err..apa eh...ala..yang nombor sekali dengan huruf tu la. haha~kuno pulak rasa =P

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

Eh. biasiswa da kuar ke? igtkan mitos je. brape jumlah kosong dia masukkan?

woot..woot..nk beli hp!!! xau nk suggestkan sbb aku sndiri pkai hp yg org hdiahkn je. serius rambang maa. nti jd xqana'ah, asyik rs xcukup je. hehehehe kalau nk the best, g tny gadget maniacs kat lecture aku. oh. kalau bli ipad pun berbaloi jgk kot. galaxy tab ke. sbb galaxy tab pun bole call org. bole menaip dgn bhgia lg.cume touch screen la. hehe istikharah istikharah... ^_^

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

haha~jumlah 0 yg die msukkn 2 je sbb total sume 6300..

bt0l 2..xnk jd xqanaah...sbb aku rse ok je bile dah ade phone yg ade music player, ade camera..kire cun la 2..

hehe..tab ngan ipad 2 aku tgh pk bnyk kali..oh!!!tibe2 je..tq fariza,ko tlh bg aku idea utk mintak apa masa kahwin nnt..haha~