Wednesday, November 16, 2011

belajar dari adik dan angry bird

salam~

hari tu balik cuti berkesempatanlah jugak melayan Angry Bird dengan adik2. masalahnya bila main tu bukan kakaknya yang ajarkan adik, adik yang ajar kakak. adiknya yang darjah 2 pulak tu. haha~

lepastu macam2 la yang adik ajar. macam mana nak bagi 'biba' tu mati cepat, nak bagi dia laju, nak bagi dia kena sasaran dengan betul. dia jugak yang bagitau saya yang setiap burung tu ada special function sendiri.

yang hitam boleh letupkan diri sendiri, yang biru boleh jadi 3, yang putih boleh keluarkan telur yang boleh jadi bom, yang kuning jadi laju, yang merah je tak ada apa2. haha~


tapi sangat best bila main dengan adik. kita, kakak2 dan abang2 sekalian, jangan pandang rendah kat adik2 tau. diorang ni walaupun tak sama level belajar macam kita yang tengah degree, speaking English bukan main kalah mat saleh, semua2 tu, diorang pulak membaca masih merangkak, tulisan macam ayam mencakar tanah dan sebagainya, tak bermakna kita boleh perlekehkan diorang tau. adik2 ni jugaklah yang jadi cerminan abang kakak tau sebab diorang kecil dan jujur. bukan macam kita yang dewasa, nak jaga hati orang je kan sampai sanggup cakap benda yang tak betul.

kembali pada angry bird dan adik. saya memang syok main angry bird sampai dalam fikiran masa tu cuma nak markah banyak je sebab bila markah banyak dapat penuh 3 bintang. camtulah saya. sampailah terjadi babak ini:

saya: alamak, tak kenalah. 
amin (adik): meh sini min buatkan. min ada cagha dia (dia pelat R. haha..sangat comel)

amin pun mainkan. satu 'biba' tumbang.

saya: hah, tengok. satu je yang mati. orang nak biar dia mati banyak2 sekaligus, barulah boleh dapat markah     banyak.
amin: ipah, bukan markah banyak yang kita nak. kita nak semua tu mati je.

ok, terdiam sekejap masa tu. 

terdiam sebab adik bercakap dengan ikhlas. sangat related dengan life saya sebagai student.

hari tu result midsem Oral Biology dah keluar. alhamdulillah dapat markah baik. tapi lepastu berfikir balik.

"apa niat aku belajar sebenarnya? nak markah banyak ke nak ilmu?"

kan? adik tak kisah pun markah angry bird tak banyak asalkan goal dia: semua 'biba' mati tercapai.

saya? kisahkan markah sebab takut kena repeat paper dan sebagainya tapi saya tak perasan pun goal saya: dapat ilmu tercapai atau tidak.

lebih2 lagi mardhatillah. saya dapat markah banyak tapi Allah redha tak?

*refleksi diri. harap2 Allah redha.

subhanallah. alhamdulillah. banyak ibrah rupanya dari seorang kanak2 kecil dan game yang kalau tengok luaran macam tak ada apa2. alhamdulillah. 

sekeliling kita ada banyak sangat pengajaran. dunia ini kelas. kita pelajarnya dan akan belajar sampai bila2 selagi nafas belum berhenti. selagi ada masa, jom cari ilmu dan perbanyakkan amal semoga dapat keredhaanNya.

bak kata ustaz Pahrol: jom jadi Muslim banyak fikir dan banyak zikir =)

lastbutnotleast: sedikit perkongsian. share dari facebook.

link

2 respons terhadap bicara saya:

pena rozie said... [balas komen ini~]

x teringin lg nak main AB ni. Takut ketagih....

ana izzat said... [balas komen ini~]

geram bila tgok biba 2,,,kena attack bg kena jgak....