Friday, December 25, 2015

terfikir

Hai =)  *haha mana salam kau pah*

aku suka fikir benda luar alam tau. kadang-kadang bila aku cerita apa yang aku fikirkan kat orang mesti aku kena gelak balik. contohnya bila aku cakap aku nak ajak suami aku dating kat library kat kakak aku. pastu dia gelak sebab dia kata 'apa benda laa dating kat library. tak best langsung,' hoii best bagi aku la tapi. tak taulah shuben kita camne haha.

pastu bila dah masuk final year ni (insha Allah) makin banyak pulak aku fikir. antaranya kalau aku tak ambik dental ni agak-agak aku ambik course apa, kalau aku tak masuk FPg ni agak-agak aku dapat pakai braces ke sebab dulu aku ingat aku tak indicated padahal DHC punya skor 4a ke 5a tah dah tahap need urgent treatment. terima kasih pada ortho sebab mendidik saya dalam hal ni. lagi aku siap fikir tah-tah kalau aku ambik course lain aku dah jumpa jodoh aku ke atau tah-tah dah kahwin pun sekarang.

tapi kalau semua tu berlaku, tak jumpalah aku dengan theonlybatch *sila terharu haha*

dulu masa form 4  aku dapat tawaran ke SBPI Temerloh tapi aku tak pergi sebab sayangkan Maahad *sila terharu juga* ni pun aku dok fikir jugak kalau aku pergi tah-tah takdelah segala pengalaman best yang aku dapat sampai hari ni.

walaupun dah dekat penghujung ni makin sesak nafas aku dibuatnya.

huhu...

lalu aku terfikir masa depan aku. adakah aku nak sambung jadi specialist? macam tak sebab aku malas baca haha. pastu option seterusnya adakah nak jadi DO sampai bila-bila? aku consider option ni tapi aku kena rajin membaca jugaklah sebab continuing professional development tu sebahagian dari quality assurance (mentang2 present CD tajuk ni) dalam dental practice. tapi aku terfikir jugak, tak boring ke aku buat benda yang sama je hari-hari?

we'll figure it out later.

benda yang kau kena buat sekarang ialah kuatkan semangat dan belajar betul-betul bagi lulus dan grad dengan competent. kadang sebab aku dok fikir ni lah yang buat kerja aku tak jalan.

oklah bye.

heran jugak aku madu takde effect kat Candida *garu kepala* (gambar takde kaitan LOL)

1 respons terhadap bicara saya:

fatma ayuni said... [balas komen ini~]

lama giler tak datang sini.. bertahun dah pah oi.. dah besar panjang dah kawan aku.hahahaha