Saturday, November 27, 2010

saya nak jadi baik!!!

Salam...ok hari ni nak bercerita mengenai sesuatu untuk kita seorang perempuan. Actuallynye, baru lepas baca ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ karangan ustaz Pahrol Md. Juoi. Ada satu cerita yang dia tulis yang buat aku tersentak sendiri, dalam nak menyediakan diri sebagai seorang wanita sejati. Chewaahhhhhh.....

Dia cerita, dalam mendidik anak perempuan, parents mesti bayangkan anak perempuannya itu seorang ibu dan isteri. Wahhhh!!! Dahsyat itu. Oleh itu aku membayangkan yang betapa mak ayah aku selama ni dah didik kami adik beradik yang perempuan dengan segala benda sebab aku ingat ayah aku selalu cakap, “Nanti kalau dah ada suami nanti......Nanti dah ada anak nanti...” Oleh itu,sememangnya diorang telah memberikan semua yang patut, tinggal kitorang je nak kena apply setiap ilmu tu dengan baik.

Hahaha...mesti dah dapat baying sesuatu,kan? Sebenarnya entri kali ni nak cakap buat awak yang saya suka. Tapi matikan dulu hasrat tu sebab semester 2 dah nak mula dan aku punya pointer tidak mencapai target untuk semester lalu. Jadi,semester ni kena berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.Oleh itu, dah berhasrat untuk nak ajak yasmeen stay kat kampus sampai malamlah. -.-“

Ok,babai...

Sunday, November 21, 2010

kenapa if i let you go?

If I Let You Go-Westlife

Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows ... I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ...

CHORUS:
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go ...

Night after night
I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shuy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again
I´m thinking about
Taking the easy way out ...

salam..kikiki..lama dah tak post benda baru kat blog tercinta ini.sebenarnya tajuk hari ni tak adalah best mana pun.cuma tiba-tiba terlintas kat fikiran nak luahkan,jadi inilah hasilnya.

kenapa if i let you go?aku sebenarnya hairan dengan diri aku sendiri.selama ni aku hanya mengkategorikan lagu nasyid saje sebagai benda yang aku gemar nak dengar.sampai adik aku pun terkejut bila aku letak lagu ni kat blog.dia kata,ei,ipah pun dengar lagu ni?aiyoo...pesimis betul opinion kau.takper.ada cerita kenapa aku suka lagu ni dan kenapa aku letak kat blog.kenapa jugak aku menganaktirikan lagu2 nasyid yang menjadi kegemaran aku selama ni dan kenapa aku tak letak lagu menjemput bidadari ker sebagai background blog ini.

sebenarnya lagu ni dah lamakan.aku jer yang baru sekarang terhegeh2 cari lirik,cari lagu ni.tapi aku sangat tertarik dengan lirik nih..

"but if i let you go, i will never know,what my life would be,holding you close to me..will i ever see you smiling back at me,how will i know,if i let you go"

dulukan,aku bayangkan bila kita nyanyi part ni,mesti kita bayangkan orang yang kita sayang.orang yang kita suka dan orang kita letak harapan tinggi pada dia sepanjang hidup kita. tapi lepas tu aku tersedar.ada yang lebih penting dari tu.Dialah pemilik cinta,pemegang harapan kita,yang tunaikan impian kita dan lebih dari itu,Dia pemilik orang2 yang kita bagi cinta,sayang,harapan dan letak pergantungan.

betul tak?macam mana kalau kita biarkan Allah pergi jauh dari kita?meaning,kita jauhkan diri dari Dia?kita tak tau apa jadi dengan hidup kita nanti.kita tak tau sama ada pelarian kita boleh jadi mendatangkan kemurkaan Dia.kita tak boleh lari dari Dia. Allah sendiri ada berfirman,kalau orang2 kafir tu tak nak beriman kepada Dia,itu tak jadi masalah bagi Dia sebab Dia memiliki segalanya.kita pun,kalau tak letak pergantungan pada Allah,tak jadi masalah bagi Dia sebab Dia yang tentukan hidup kita.

hmm...agak2 korg faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni.minta maaf banyak2 kalau tak kena maksud tapi yang penting kat sini,kita kena sentiasa berpegang kepada Allah.pastu,tak kisahlah lagu apa pun,selagi maksud cinta dalam lagu tu dapat ditukarkan kepada cinta untuk Allah,tak ada salahnya.menjemput bidadari?best lagu tu untuk kita zaman bujang2 lagi ni.kekeke...supaya dapat siapkan diri kita untuk hari yang akan datang.kalau kita dah didik diri kita untuk cinta dan kasih pada Allah,maka tak mustahil kita akan jadi bidadari pada orang yang cintakan Dia juga...

hihihi...ni satu doa yang ayah aku ajar semalam.ayat terakhir surah At-Taubah.bagus kalau diamalkan tujuh kali setiap pagi dan petang.aku nak tulis dalam jawi takut pulak,tambah lagi laptop ini tiada huruf jawi.oleh itu,aku letak maksudnya saje supaya kita dapat fahami dan ambil maknanya.nanti yang jawi check kat al-Qur'an,ye!

"Cukuplah bagiku Allah,tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar"

sampai sini saje,wassalam =)




Friday, November 19, 2010

kenapa dgn blog ini????!!!

salam...hari ni tak tau apa masalah dengan blog ini sebab tak dapat nak post dengan lawa sekaligus menjatuhkan mood aku yang sedang berdebar antara tunggu result final sem nak keluar dan jugak sem baru yang lagi seminggu nak bukak.cuti tinggal seminggu jer n banyak benda x settle lagi.meh aku listkan satu persatu.

1)barang2 seperti buku,pen baru,highlighter baru,kalkulator baru(since my former calculator was missing after my chemistry paper three weeks ago).

2)baju2 sume tak kemas lagi dan sudah pasti aku akan kelam kabut yang teramat bermula hari khamis minggu depan sebab berkoyan2 jugak harta yang aku bawak balik lepas muet tempoh hari.

laa....xdela banyak mana rupanya.aku jer yang perasan lebih.ok,apapun aku dah tak nak tulis lagi sebab xde mood sgt2 ni.k,till we meet again.

Wednesday, November 17, 2010

salam aidiladha :D


salam aidiladha kepada semua!!alhamdulillah,tahun ni kita jumpa lagi dengan aidiladha,kan?dapat bertakbir,tengok orang sembelih binatang korban dan jugak merasa makan daging korban (kalau ada).tapi yang seronoknya dapat bertakbirlah,sebab bila bertakbir kita akan rasa seronok sebab kita dapat membesarkan Allah.alhamdulillah,apa-apa pun segalanya milikMu.

huhu..bercerita tentang hari ini.sebenarnya kan,aidiladha mula malam semalam lagi,kan?selalu orang hantar mesej lawak2 la sebab malam raya tapi tahun ni terasa sikit kelainan bila seorang sahabat hantar mesej pasal memghidupkan malam raya.jap eh,kopi dan tampal pada blog.

Dari Abu Umamah ,dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya: Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya takkan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibnu Majah)
Best,kan?Kita kena sedar bahawa kita cuma manusia biasa, macam-macam yang kita buat supaya hati kita sentiasa hidup dalam mengingati Allah. Kadang-kadang kita terlalai,kita sangka kita dah buat semua amalan yang termampu tapi sebenarnya kita cuma manusia biasa,kita tak tahu sama ada Allah terima amalan kita atau tak.kita tak tahu sama ada amalan kita tu lepas qualification atau tak untuk Allah terima. oleh itu, sewajarnyalah kita kena sentiasa beringat.
ok, bercerita pasal sambutan raya tahun ni,taklah semeriah mana tapi masih dalam keseronokan sebab dapat sambut sama2 satu famili.kitorang nyaris memecah masuk rumah nenekku di beranang sebab salah masuk kunci depan.beria2 la aku panjat meja kecik kat luar tu semata2 nak tolak tingkap supaya dapat masuk rumah tu.last2,baru dapat masukkan kunci dengan betul.semangat la kitorang menyerbu masuk rumah tu.
semalam jugak dapatlah merasa makan daging korban sebab makan ramai2 kat surau sebelah rumah. lepas tu,aku selaku anak dara yang rajin juga baik hati tolonglah jugak sikit2 buat keja2.selebihnya, kami adik beradik terlentang di ruang tamu rumah nenek kitorang..hehehe....
dahlah.rasa cukup sampai sini jer kot.sebenarnya nak upload gambar raya semalam tapi entah kenapa dah masukkan memory card kat tepi laptop nih tak keluar apa2 pulak.nanti cuba lagi.k,salam :D

Monday, November 15, 2010

dentist oh dentist

mari menjaga gigi kita!!
kesian gigi ni sakit
me at future!!insya Allah :D

Salam,huhu…tajuk hari ini berkisahkan pasal course yang aku ambil untuk tahun depan,insya Allah.Harapnya dapatlah sambung ke fakulti idaman itu kerana sangat berharap. Hmm..sepatutnya aku post entry camni sebelum masuk universiti lagi tapi apa2 pun,sangat berterima kasih kepada Atikah Rahman yang telah memberi idea (sebenarnya tak adalah sangat,just dia tulis pasal jadi doktor je ke?,tapi telah buat aku tergerak untuk tulis pasal pergigian ini.

Dulu,aku tak pernah pun terfikir nak ambil pergigian ni sebab semangat menjulang tinggi untuk ambik perundangan je dulu. Tapi sekarang,Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat masuk tamhidi pergigian and harap sangat satu hari nanti dapat jadi doktor gigi.Orang kata senang,tapi aku tak tahulah.Belum habis buat research lagi.Hehehe….Apa-apa pun,dipersilakanlah menambah ilmu pengetahuan kita tentang pergigian ini :D

Pergigian ialah "penilaian, diagnosis, pencegahan dan/atau rawatan (bukan pembedahan, pembedahan atau prosedur berkaitan) bagi penyakit dan/atau keadaan kaviti mulut kawasan rahang dan/atau struktur bersebelahan dan berkaitan serta kesannya terhadap tubuh manusia". Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang pergigian, mereka dikenali sebagai doktor gigi.

Haa…ini maksud pergigian kalau ikut Wikipedia la. Aku dah cuba search banyak tempat untuk cari lagi info pergigian ni tapi tak banyak sangat. Iyalah,dah tumpu pada satu bahagian tu aje,memang la tak mustahil tak banyak.Tapi tak tahulah sebab aku pun belum habis geledah lagi Google tu.

"Tahukah adik bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara.Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin.

Untuk menjadi doktor pergigian adik mesti rajin dan gigih belajar. Pelajaran sains amat penting untuk kita hayati. Matematik juga sama pentingnya.

Di Fakulti Pergigian adik akan dilatih dalam pelbagai disiplin yang amat menarik seperti mengenai rangka dan tulang manusia, pertumbuhan gigi dan rahang.

Adik juga akan mempelajari bagaimana membancuh ubat-ubatan, jenis rawatan yang boleh diberikan dan pelbagai macam jenis logam dan bahan tampalan yang digunakan.

Tugas doktor gigi sebenarnya bukan sekadar mencabut dan menampal gigi sahaja. Kerjaya itu menawarkan pelbagai bidang kepakaran yang boleh adik ceburi.

Setelah lulus dan menerima ijazah sebagai doktor pergigian am, adik boleh menyambung belajar selama dua atau tiga tahun dalam kepakaran tertentu seperti berikut:

a.

Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa bentuk dan fungsi
rahang dan gigi kita.

b.

Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami penyakit teruk
seperti kanser mulut dan seumpamanya.

c.

Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit pergigian
yang berleluasa.

d.

Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu memulihkan keadaan
kesihatan pergigian kanak-kanak.

e.

Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang mengidap penyakit
gusi dan periodontium.

f.

Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan
mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat.

g.

Pakar Pemeliharaan Gigi pula akan mengetahui semua jenis rawatan tampalan
yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. Jika datuk dan nenek
kita tiada gigi, maka pakar prostetik pula yang akan dicari.

h.

Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat mereka.

i.

Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya."

Hmm..yang ni yang aku rembat dari Malaysian Dental Association. Kenapa ada jadual pulak tu aku tak tahu.Tapi content dia seronok.Siapa kata jadi doktor gigi tak ada specialist?Ada tau. Bila tengok2 ni macam best la pulak kalau ambik pakar pergigian kanak-kanak tu.Hihi…..

Oklah, harap anda semua enjoy baca post ini.Ini saje yang termampu dari saya. Akhir kata,jangan lupe jaga gigi elok2,kalau tak nanti senyum orang gelakkan :D