salam  aidiladha  kepada  semua!!alhamdulillah,tahun  ni  kita  jumpa  lagi  dengan  aidiladha,kan?dapat  bertakbir,tengok  orang  sembelih  binatang  korban  dan  jugak  merasa  makan  daging  korban (kalau  ada).tapi  yang  seronoknya  dapat  bertakbirlah,sebab  bila  bertakbir  kita  akan  rasa  seronok  sebab  kita  dapat  membesarkan  Allah.alhamdulillah,apa-apa  pun  segalanya  milikMu.
huhu..bercerita  tentang  hari  ini.sebenarnya  kan,aidiladha  mula  malam  semalam  lagi,kan?selalu  orang  hantar mesej  lawak2  la  sebab  malam  raya  tapi  tahun  ni  terasa  sikit  kelainan  bila  seorang  sahabat  hantar mesej  pasal  memghidupkan  malam  raya.jap  eh,kopi dan  tampal  pada  blog.
Dari  Abu  Umamah  ,dari  Nabi  Muhammad  s.a.w,  sabdanya: Barangsiapa  mengerjakan  amal  ibadat  pada  malam  raya (Aidilfitri  dan Aidiladha)  dengan  mengharapkan  keredhaan  Allah  semata-mata, hatinya  takkan  mati (pada  hari  kiamat)  sebagaimana  matinya  hati  (orang  yang  kufur  ingkar)  pada  hari  itu. (Riwayat  Ibnu  Majah) 
Best,kan?Kita  kena  sedar  bahawa  kita  cuma  manusia  biasa, macam-macam  yang  kita  buat  supaya  hati  kita  sentiasa  hidup  dalam  mengingati  Allah. Kadang-kadang  kita  terlalai,kita  sangka  kita  dah  buat  semua  amalan  yang  termampu  tapi  sebenarnya  kita  cuma  manusia  biasa,kita  tak  tahu  sama  ada  Allah  terima  amalan  kita  atau  tak.kita  tak  tahu  sama ada  amalan  kita  tu  lepas  qualification  atau  tak  untuk  Allah terima. oleh  itu, sewajarnyalah  kita  kena  sentiasa  beringat.
ok, bercerita  pasal  sambutan  raya  tahun  ni,taklah  semeriah  mana  tapi  masih  dalam  keseronokan  sebab dapat  sambut  sama2  satu  famili.kitorang nyaris  memecah  masuk  rumah  nenekku  di beranang  sebab  salah  masuk  kunci  depan.beria2  la  aku  panjat  meja  kecik  kat  luar  tu  semata2  nak  tolak  tingkap  supaya  dapat  masuk  rumah  tu.last2,baru  dapat  masukkan  kunci  dengan  betul.semangat  la kitorang  menyerbu  masuk  rumah  tu.
 semalam  jugak  dapatlah  merasa  makan  daging  korban  sebab  makan  ramai2  kat  surau  sebelah  rumah. lepas tu,aku  selaku  anak dara yang  rajin  juga  baik  hati  tolonglah  jugak  sikit2  buat  keja2.selebihnya, kami  adik  beradik  terlentang  di  ruang  tamu  rumah  nenek  kitorang..hehehe....
dahlah.rasa  cukup  sampai  sini  jer  kot.sebenarnya nak  upload  gambar  raya  semalam  tapi  entah kenapa  dah  masukkan  memory card  kat  tepi  laptop  nih  tak  keluar  apa2  pulak.nanti  cuba  lagi.k,salam :D
 

 
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment