

Salam,huhu…tajuk hari ini berkisahkan pasal course yang aku ambil untuk tahun depan,insya Allah.Harapnya dapatlah sambung ke fakulti idaman itu kerana sangat berharap. Hmm..sepatutnya aku post entry camni sebelum masuk universiti lagi tapi apa2 pun,sangat berterima kasih kepada Atikah Rahman yang telah memberi idea (sebenarnya tak adalah sangat,just dia tulis pasal jadi doktor je ke?,tapi telah buat aku tergerak untuk tulis pasal pergigian ini.
| "Tahukah adik bahawa negara kita amat ketandusan doktor gigi? Setakat ini kita hanya mempunyai sekitar 1 800 doktor gigi di seluruh negara.Ini bermakna seorang doktor gigi terpaksa merawat sekitar 13 000 orang pesakit. Ramai daripada doktor gigi bekerja di klinik kerajaan tetapi ada juga sebahagian yang membuka perniagaan mereka sendiri. Tetapi tidak kira di mana mereka berada, kewajipan mereka ialah untuk membantu meredakan keluhan pesakit sebaik mungkin. Untuk menjadi doktor pergigian adik mesti rajin dan gigih belajar. Pelajaran   sains amat penting untuk kita hayati. Matematik juga sama pentingnya. Di Fakulti Pergigian adik akan dilatih dalam pelbagai disiplin yang amat   menarik seperti mengenai rangka dan tulang manusia, pertumbuhan gigi dan   rahang. Adik juga akan mempelajari bagaimana membancuh ubat-ubatan, jenis rawatan   yang boleh diberikan dan pelbagai macam jenis logam dan bahan tampalan yang   digunakan.  Tugas doktor gigi sebenarnya bukan sekadar mencabut dan menampal gigi sahaja.   Kerjaya itu menawarkan pelbagai bidang kepakaran yang boleh adik ceburi. Setelah lulus dan menerima ijazah sebagai doktor pergigian am, adik boleh   menyambung belajar selama dua atau tiga tahun dalam kepakaran tertentu   seperti berikut: | |
| a. | Pakar Ortodonti yang banyak membantu memperbaiki rupa   bentuk dan fungsi  rahang dan gigi kita. | 
| b. | Pakar Bedah Pergigian untuk merawat mereka yang mengalami   penyakit teruk  seperti kanser mulut dan seumpamanya. | 
| c. | Pakar Kesihatan Pergigian Awam membantu mengawal penyakit   pergigian  yang berleluasa. | 
| d. | Pakar Pergigian Kanak-kanak yang banyak membantu   memulihkan keadaan  kesihatan pergigian kanak-kanak. | 
| e. | Pakar Periodontologi membantu memulihkan mereka yang   mengidap penyakit  gusi dan periodontium. | 
| f. | Pakar Patologi Mulut pula banyak bertugas dalam makmal   untuk memeriksa dan  mengenal pasti jenis penyakit merbahaya dengan tepat. | 
| g. | Pakar Pemeliharaan Gigi pula akan mengetahui semua jenis   rawatan tampalan  yang mutakhir yang boleh diberikan kepada pesakitnya. Jika datuk dan nenek  kita tiada gigi, maka pakar  prostetik  pula  yang  akan  dicari. | 
| h. | Pakar Prostetik pula akan diminta untuk merawat mereka. | 
| i. | Pakar Pergigian Forensik yang banyak membantu mengenalpasti identiti mayat yang sudah rentung oleh kebakaran atau pun reput dan seumpamanya." | 
 

 
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment