Tuesday, May 10, 2011

erti belajar bersungguh-sungguh

Salam~current mood: tengah cuak sangat sebab result final sem hari tu masih belum appear dekat laman ewadi. selain itu, dalam kepala asyik terbayang je paper chemistry hari tu yang entah apa jenis compound dilukis. termasuk juga pelbagai resipi menghasilkan alkane,alkene dan sebagainya yang entah dari mana dirembat. belum masuk lagi cerita pasal esei biologi yang berjela-jela tapi tak tau kat mana point sebenar yang mengikut kehendak soalan. dush3!!takut sungguh~

sebenarnya, nak berbicara hari ini sebab teringat satu risalah yang dapat masa tamhidi dulu (dulu?isk3). artikel dalam mikroskop hati yang bercerita tentang tiga step dalam mengambil peperiksaan. sebelum, semasa dan selepas. tapi, awal-awal lagi nak minta maaf kerana dari tadi selongkar semula kotak berisi harta-harta di zaman tamhidi untuk mencari lembaran2 mikroskop hati tapi lepas tu baru teringat yang satu masa dulu pernah kumpul banyak-banyak lepas tu letak atas meja jepun kat rumah, bagi housmates baca. kesimpulan: sekarang dah tak ada =(

tapi tak apa, saya masih ingat apa yang tertulis di situ. sangat bermakna sebab masa tu nak exam untuk mid sem jadi isunya lebih kurang begini: belaja kerana Allah. bersungguh-sungguh kerana Allah. usaha penting, ikhtiar penting dan penting sekali doa dan tawakal. (serius sedih xde mikroskop hati sebab tak dapat buat rujukan). terkesan juga dengan nasihat yang mengatakan kita mesti menjauhi perbuatan meniru. yep, kita MESTI jauhi perbuatan tu. sepanjang saya berada di zaman pembelajaran, memang tak nafikanlah saya pernah terjebak dalam perbuatan 'kurang baik' ini. bukan tak pernah dengar orang cakap macam ni,
"jangan meniru dalam periksa,nanti kalau dengan meniru tu kita dapat result bagus, kerja bagus, gaji banyak, besarkan anak-anak dengan gaji banyak tu, haram jadinya. bila haram, macam mana nak bentuk anak-anak yang baik sebab hati mereka sendiri dah tercemar dengan punca yang asalnya dari kealpaan kita sendiri?"
 kadang-kadang jugak syaitan jahat dengan menjadikan kita dalam 'grey area'. macam mana grey area tu, kita semua pasti faham. dia buat kita ragu-ragu, sebenarnya kita tau dah meniru tu salah tapi kita meniru dengan cara lain. tak perlu sebut di sini rasanya. senang kata, kita WAJIB merasa tidak selesa seandainya kita ter'buat' perkara tiru-meniru ni.

last but not least, lepas kita dah usaha sekuat yang kita mampu, berjaga malam sambil menelaah buku-buku dan nota dan sebagainya, kita mesti berdoa dan serahkan sepenuh tawakal kita kepada Allah. sebab kita cuma orang biasa, segala-galanya Allah juga yang tentukan. hakikatnya, Allah tengok pada usaha kita, natijahnya Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. macam yang disebut dalam surah Al-Insyirah ayat 7.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
oh,ya!!nak kongsikan ayat terakhir dari Surah At-Taubah. boleh diamalkan sebagai doa tawakal =D
حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ.. 
kot iye p0n semangat study jangan sampai jadi camni ea?

0 respons terhadap bicara saya: