Sunday, May 22, 2011

patah tumbuh hilang berganti :'(

hurmmm...salam~mood=sedih sangat sebenarnya. seperti yang sedia maklum, selama ini saya menggunakan telefon bimbit Nokia 6610 yang xberapa lawa dan xde kamera pun.boleh la dikatakan telefon biasa je. tapi semalam, saya terpaksa berpisah dengannya sebab dia pun dah asyik sakit-sakit, kadang-kadang xlarat berjaga malam bila dia terjaga sambil batuk-batuk waktu malam.err....'afifah, itu telefon la.mana boleh batuk.oh, ok.x,cuma nak bagi perumpamaan, betapa telefon tu dah tua. iyelah masa ayah belikan dulu pun sebenarnya telefon tu second-hand. pakai sejak form 4.huhu~bak kata kwnku kakbie, "even fon tu cikai pun tp kalau sentimental value dia tinggi, tetap aku sayang."

memanglah sayang. sayang yang sangat-sangat. masa tukar telefon baru, rasa nak menangis je tapi malu la nangis depan adik yang dah berharap dia akan dapat telefon tu. entahlah, sebab dia selalu mati tiba-tiba. sebab tu nak tak nak kena tukar jugak kepada telefon lain. ayah kata "ipah tukar je la henfon tu. kalau dah asyik mati nanti boyfriend nak telefon pun xdapat"...haha~sejak bila la pulak ni..lagi, telefon ni bagi banyak kenangan manis sebab telah digunakan sepanjang tamhidi. hmm..serius sedih tau.sebab tu sekarang kalau nampak nokia c3 pun pandang sebelah mata je. =(

nak tahu tukar dengan telefon apa? beli samsung gt-e1080f. sama je dengan nokia 6610 tu tapi xboleh nak buat lagu best-best. biasa-biasa je. waaaa!!!!sayang telefon lama. err...kenal ke samsung yang mana ni? yang macam kat bawah ni.


mak kata oklah.ala~setakat lepas dapat mesej dan call cukuplah. nanti dah kaya esok nak beli telefon besar-besar belilah. saya pun tak kisah.


serius, telefon ni beri banyak kenangan manis pada saya. telefon ni yang hubungkan saya dengan kawan2, berkongsi cerita dan bertanya khabar. telefon ni yang hubungkan saya dengan cikgu2, tanya kelas bila, kalau xde telefon ni mesti kelas sepanjang tamhidi semester 2 serabut (er..ko nak kata yang ko jadi penolong ke?haha). telefon ni jugak yang menghubungkan saya dengan famili bila berjauhan. hmm..lagi, telefon ni memberi signifikan kerana... biarlah rahsia. biar saya je yang tau =D bolehkan?

dah, xnak cerita lagi. kalau boleh nak berkabung juge la (haha~fariza pasti tersenyum baca statement ni). tapi saya tak nak sedih lama-lama sebab saya tau saya kena build chemistry jugak dengan telefon baru tu. =)

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

xbole tahan gelak - tapi semalam, saya terpaksa berpisah dengannya sebab dia pun dah asyik sakit-sakit, kadang-kadang xlarat berjaga malam bila dia terjaga sambil batuk-batuk waktu malam.

"ipah tukar je la henfon tu. kalau dah asyik mati nanti boyfriend nak telefon pun xdapat" (sejak bila ayh kau pndai gurau cenggini? hehehhe

nokia c3 pndg sblh mata? dlm novel kolaborasi ade watak kau dan nokia c3 tau.hehe

sedih. telefon tu yg aku rebut2 dgn kau nk baca mesej dari *biarlah rahsia*...pastu dia tumpg rumah aku (cm babysitter plak) sbb nk charge bateri. -_-"

berkabung?ape salahnya. aku da cukup seminggu. kau, bawak bersabar ye. *tepuk belakang bahu* hehe

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

haha~ko jgn xtau,ayah aku mmg cmtu.haha
ha'ah,stkt ni aku pndg c3 tu sblh mata je.tgk la kalo ade duit bru aku pndg dgn sepenuh hati nnt.hehe

btul tu...rndu la telefon tu.pastu bnyk simpn msj2 tazkirah,msj2 best.haha~aku igt lg yg caj fon pkai charger ko,pastu bile dy bg msj ko smgt nk bc dulu.

ha'ah.aku nk berkabung tp hri ni je kot.hehe~