Tuesday, May 31, 2011

xsabar nak study balik~

salam~hari ni dah masuk 31 Mei. bermakna hampir sebulan lebih dah aku bercuti dan tak buat apa pun kat rumah melainkan tolong mak buat kerja-kerja rumah (biasa la tu) dan online bila nak. tapi sekarang dah malas nak online lama-lama. boring. sebab tu sangat heran kepada orang yang nak sangat online. bukan best pun. tapi mungkin best untuk orang yang 'hot' la kot.hehe~sungguh kurang sopan kamu ya..

btw, nak lurus kepada titik. erk? sila google translate. haha~serius, dah cuti rasa nak belajar balik. penat memang penat, siapa yang kata tak penat. lagi2 masa kena pulun habis2, hafal segala macam benda, seolah-olah kepala kita ni kapasitinya ratus2 gigabait macam hard disc (teringat kata2 cikgu fizikku, "tapi nk buat macam mana kalau setakat 256 MB je".lagi penat masa deadline untuk hantar assignment dan banyak presentation yang kena buat. agaknya sebab tu la kerajaan bagi cuti sampai bulan 9. huh? tak nak la cuti lama2. makin gemuk saja aku nanti.

lagi, nak study sebab walaupun penat study itu, tapi kepenatan itu adalah kepenatan yang berbaloi. kepenatan yang datang dengan kepuasan. kepenatan yang hilang apabila dikongsi bersama teman2 seperjuangan. kepenatan yang hilang saat diadukan segala kesulitan pada Ilahi. kiranya, kepenatan itu jadi kenangan terindah. ingat lagi masa malam2 praktis drama BI kat kampus sampai lewat malam. lepas tu, naik bas yang paling last balik ke kolej kediaman. macam lawak jer bila naik bas lepas tu tak tau nak duduk mana sebab banyak pilihan. haha~last2 sorang conquer 2 kerusi dan akhirnya....zzzzzz....sampailah bila samar2 nampak lampu pakcik guard nilam. huhu~ceh, gaya tulis macam perjalanan balik asrama setengah jam padahal 10 minit jer.

nak study cepat supaya dapat habis degree cepat dan dapat kerja, seterusnya boleh ringankan beban mak ayah aku. nak balas budi dan jasa mereka yang setambun, eh..tak boleh..memang segunung dua tiga gunung banyaknya. hatta aku persembahkan cek sejuta dollar pun belum tentu dapat balas kesemuanya (kot la boleh dapat sejuta tu). lagi, bila dah start study nanti boleh jumpa benda baru!!hihi~seronok bila belajar sebab belajar pasal benda baru. syoknyerr!!yelah, aku ambil aliran sains dan sangat suka setiap kali belajar subjek2 seperti fizik, kimia dan bio, cikgu mesti ada kaitkan dengan Allah, pencipta sekalian alam.

contohnya, kita belajar bumi mengelilingi matahari. kenapa bumi boleh mengelilingi saja matahari tu tanpa sedikit pun tersasar atau bersiar-siar ke orbit lain? sebab ada centripetal force yang menyebabkan bumi akan tetap mengelilingi matahari. dalam al-Qur'an pun ada sebut pasal ni. pastu cikgu fizik cakap, "namun begitu, satu hari nanti force tu akan hilang dan terjadilah huru-hara (kiamat)"..err..camtu la lebih kurang beliau cakap. masa tu, memang satu kuliah terdiam, muhasabah balik. huhu~

hmm..panjang pulak membebel. sebenarnya pelik jugak apesal la kerajaan nak selaraskan dengan oversea punya universiti pasal masuk degree ni. mungkin jugak aku tak habis baca pasal benda ni. jap lagi nak search la. serius, cuti lama buat aku bosan!!gemuk dan sebagainya.hehe~

p/s: keputusan dikatakan keluar 6 Jun, isnin depan. mak..takut la pulak. doakan terbaik untuk aku dan kawan2,ye? =D

0 respons terhadap bicara saya: