Sunday, June 26, 2011

kenapa?salah ke?

salam~berikut ialah beberapa situasi yang dilalui oleh aku sekeluarga di mana watak utama setiap babak ini ialah adik kecil aku, 'Ainul Mardhiyyah yang makin besar tu.

Situasi 1: masa tengah breakfast

Ain: (garu rambut dengan tangan sambil mengunyah)
Kakak aku: Ain, jangan garu kepala masa tengah makanlah. (semua pandang ain)
Ain: kenapa? salah ke?
Semua: amboi!!(mengeluh dalam hati sambil buat muka terkejut sangat)

Situasi 2: di pagi hari ketika mak suruh mandi

Aku: ain, pegi mandilah. nanti mak marah.
Ain: (pandang aku banyak kali) Ipah tu?
Aku: (eh, budak ni! orang suruh dia dia suruh orang pulak)

itu sebahagian daripada situasi yang berlaku. err...korang faham x? ==" maaf kalau tak faham. cuma nak cerita kat sini yang adik kecil yang baru umur 5 tahun tu  SANGAT pandai menjawab. bila orang cakap sikit mesti dia nak menjawab balik. bila orang suruh dia buat itu ini, dia akan cakap balik, "ipi tu? amin tu?". dia nak apa yang dia kena buat orang lain pun wajib buat jugak. mengada-ngada,kan? 

tapi satu yang kitorang semua nampak ain ni jenis cepat belajar. comel saja bila dengar dia mengeja, mengaji. harap2 baik macam kakak dia ni (haha!!sila ketuk aku ye). pada usia 4 tahun pun dia dah pandai angkat telefon. berikut ialah situasi beliau menjawab panggilan dari ayah aku. masa tu mak dan kakak aku tengah solat Asar, baru lepas hantar aku balik nilam.

Ain: hello!!sapa nih?
Ayah aku: ain??
Ain: ha'ah..ni ain. ain tekan yang warna hijau tu. mak dengan kaktif tengah sembahyang.

bagus betul. kira kalau tinggal telefon kat dia pun masih boleh haraplah untuk dia angkat telefon tu. tapi sebaik-baiknya lock keypad awal2 sebab pernah terjadi kes aku kehilangan kredit sebanyak seringgit sebab dia suka hati tekan button yang bukan2 sehingga ter'hantar' mesej yang banyak tuh. ==" (sigh)

tapi satu je aku tak gemar tentang perangai dia sekarang ni. dia sangat malas nak buat kerja sekolah dia. bukanlah kerja apa sangat pun, setakat latihan menulis huruf2 besar kecil dengan nombor je. geram je aku tengok. last2 ayah aku kata, dia ni mungkin dah boring sekolah situ. ayah aku cadang nak tukarkan dia ke tadika Islam. at least dia akan belajar benda baru yang wajib dia tahu sejak kecil.

mata bulat =) same tak cam kakak die? ^^
apa-apa pun, ipah doakan semoga ain jadi anak yang solehah kepada mak ayah, adik yang baik kepada kakak-kakak dan abang-abang (amboi, banyaknya) dan orang yang bermanfaat kepada agama dan masyarakat.amin~

p/s: sejak ain tahu aku masuk u dan akan ambil pergigian, dia terus cakap kat semua orang yang dia nak jadi doktor ^_^ sayang adik saya!!

2 respons terhadap bicara saya:

_aliahwafa_ said... [balas komen ini~]

haha. betul ah adik ko cakap tu. org besar kne tunjuk cntoh dlu, bru dia ikut, :)

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@_aLiaHwaFa_

ha'ah..btul gak uh..hehe~
tp kdg2 org da bwt p0n die bwt dono lg... =="