Sunday, August 21, 2011

blog2 yang saya tak suka

salam~

tanpa disedari hari ini sudah post 2 entri. saya tahu, dah ada blogger lain pun yang buat post ini. tapi saya nak jugak cakap sebab saya dah tak tahan!! update status kat facebook berkenaan perkara ini pun still ada jugak yang tak perasan, ea?

1) saya tak suka blog yang ada banyak sangat iklan/widget/ apa2 je lah. kartun ke, gambar artis Korea yang siap ada dialog box dengan kata2 " followlah saya =)". kalau setakat keluar, lepastu ada sign pangkah ke bolehlah terima lagi sebab lepastu memang takkan rimaslah blog itu. tapi menjadi sangat tertekanlahkan bila kita nak klik tempat lain terklik pulak kat kartun tu dan dia bawak kita ke link lain. lebih bermasalah kalau tempekan2 itu menghalang entri daripada boleh dibaca dengan selesa. oh ya!! sangat benci bila ada burung warna biru terbang2 sekitar entri tu. bila kita scroll dia ikut sekali. urghh..kalau saya boleh tembak mati burung tu, dah lama saya tembak,ok? samalah jugak dengan iklan yang serabut sampaikan kita nak tengok 'archive' blog tu pun susah.argghh!!! menyampah sangat dengan blog macam tu. ada blogger boleh je letak iklan kemas2, apasal awak tak boleh pulak? semangat sangat cari duit sampaikan terpaksa guna cara 'pembaca-terklik-link-itu-dan-saya-pun-dapat-duit'. di sini saya ingin berterus terang bahawa setakat ini saya tak pernah terfikir untuk jadikan blog ini sebagai sumber pendapatan saya. unless kalau masa tu saya dah kahwin, jadi suri rumah dan masa lapang digunakan sebagai blogging, barulah saya akan gunakan blog sebagai sumber pendapatan saya.

2) tak suka bila blog itu lambat loading atau dalam erti kata lain, blog itu sudah mencapai tahap obesiti. tahu blog obesiti macam mana? ada yang kata kalau lebih 200 KB tu, haa...blog itu sudah wajib diet. diharapkan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dapatlah 'kurus' sikit. bukan apa, kalau kita buat baik kepada orang, mesti dapat ganjarannya, kan? antara cara nak buat baik itu ialah dengan meringankan blog anda itu supaya ringan sikit kepala saya bila nak blogwalking. ada satu kisah, blog itu sangat femes. haruslah lebih femes dari saya sebab follower dia ramai dan entri pun best. malang sungguh, saya bukanlah penyabar sangat orangnya. disebabkan loading blog itu mengambil masa yang lama, dengan sekali klik sahaja ia sudah hilang dari pandangan. lepastu, dah tak jenguk dah blog tu lagi. biarlah best macam mana pun. mahu check berat blog? KLIK SINI. berat blog saya 126.5 KB je. hehe~maintain je slim macam tuan blog ni =)

3) blog yang ada lagu lepastu tak ada button pause atau stop. dulu2 saya letak jugak lagu kat blog ni sebab rasa macam ceria di Aidilfitri je kalau ada lagu2 ni. mula2 letak lagu Lenka, lepastu berevolusi letak lagu Westlife, lepastu letak lagu Mestica pulak. sekarang letak lagu Senyap, Sunyi, Bisu. itupun selepas saya mendapat kesedaran dengan membaca satu entri di blog berkenaan lagu di blog yang kadangkala menyebabkan pembacanya terganggu. bukan tak boleh letak lagu. tapi lebih baik pastikan ada button  play/pause. tak tahanlah kalau asyik nak kena mute jer laptop nih. lebih menyampah bila tengah blogwalking, bukak blog banyak2 kat tab2 baru, semuanya ada lagu dan mula bercampur aduk. tak ke sumbang bunyinya bila tengah dengar lagu Maher Zain tiba2 boleh pulak ada keluar lagu Bruno Mars la, Backstreet Boys la, Pitbull la. memang rasa nak tinju je la laptop ni kan. lebih membengangkan ialah bila tengah online di malam hari, di mana mak ayah adik2 sekalian dah tidur sebab esok nak kerja dan sekolah, blogwalking pastu keluar lagu secara automatik dari blog tu. memang kelam kabut macam ayamlah cari button mute kat laptop dalam gelap camtu. 

4) blog yang ada keluar pop-up lagi2 yang kerap keluar pop-upnya. keluar sekali tahan lagi. masalahnya bila dah asyik keluar dengan ayat "join kami di pesbuk" atau " timer kaseh jenguk blog ni. jgn lupe follow, ok?" memang buat sakit hatilah kan. pulak tu selalu keluar setiap kali kita beralih ke entri di muka baru atau entri yang dibuka kat tab baru. eiii......geram kau tau tak, geram? geram+sakit hati+annoying=pangkah jer la blog tu. tengok, anda jugak yang rugi. saya datang dengan hati yang terbuka nak tambah info dengan membaca blog anda, anda wujudkan perkara annoying seperti ini yang membuatkan saya tak fikir panjang untuk takkan jenguk blog anda lagi. 

err..rasanya itu sahaja. saya sampaikan kat sini bukanlah sebab blog saya adalah yang terbaik, terbest dan sebagainya. entri pun tak seberapa. tapi kalau kita tak dapat buat orang suka sangat dengan blog kita, at least buat mereka rasa selesa sudahlah,kan? perihal entri, saya pohon maaf banyak2 sebab saya sendiri masih belajar untuk menjadikan blog saya ini bermakna pada isi, bukan pada penampilan semata-mata =)

0 respons terhadap bicara saya: