Monday, August 29, 2011

maaf zahir batin~

salam~

(kat sini nak pakai 'aku'...hehe~)

selalunya orang minta maaf masa hari raya. bagi aku, walaupun orang ramai mungkin menganggap ini satu tradisi, tapi aku lebih suka kalau kita selitkan niat betul2 minta maaf dengan orang itu supaya terhapus kesalahan kita sesama manusia.

err...nak mula dengan siapa eh? dengan famili kena private sebab nanti ada sesi menangis sekali. selalunya aku tahan air mata tu tapi sebak sangat kot. lagi2 masa salam dengan mak ayah. sob3. sebak bila mak ayah menuturkan ayat "mak minta maaf.." huk3..

oklah, aku nak mula dengan kaum kerabat Dentistry 2 dulu. kepada semua budak perempuan Dentistry 2 yang comel dan lawa dan cun serta lemah lembut dan penuh keayuannya, aku nak minta maaf banyak2 sebab aku sedar, aku selalu terlebih2 bila bergurau dengan korang, bila bercakap pun ada masa pakai melaser je dan ada jugak perbuatan aku yang buatkan korang terasa hati dengan aku. aku minta maaf sangat2. aku menyesal dengan apa yang aku buat dan aku harap sangat kesilapan dulu tak berulang lagi. sebab aku sayang persahabatan kita semua dan aku harap kekal sampai bila2.

dengan budak lelaki nak kena mintak maaf tak? *keluar tanduk* rasa macam tak payah tapi mintak je la maaf. haha~aku minta maaf kut2 la ada kata2 aku, perbuatan aku dan sebagainya buat korang kecik hati jugak, buat korang terasa dan wujud perasaan " kau kena minta maaf kat aku!!" jadi, aku minta maaf banyak2. specially dedicated kepada encik ketua, dulu aku minta maaf sebelum exam kau gelak, kan? tapi aku nak minta maaf jugak sekali lagi sebab aku tahu sepanjang aku jadi penolong kau, aku kelam kabut sikit. kau tanya aku benda, aku tanya kau balik. haha~aku tahu kau tension. lagi, aku ni suka hati je kadang tu bercakap, tak kira pun kut kau ada terasa hati ke, marah ke. so, guys, minta maaf banyak2. 0-0 ok?

lepastu, kepada housemate Intan, Ata'ain, Fayras dan Syuhada. minta maaf banyak2 sebab aku selalu terkasar dalam berbahasa dan perbuatan. thanks sebab sangat sabar dengan karenah aku yang pelbagai. aku tension, aku happy, aku rasa macam2 korang tak pernah tinggalkan aku. halalkan makan minum, syampu, sabun mandi, sabun basuh baju, ubat gigi dan sebagainya sepanjang kita serumah bersama. may Allah bless our friendship. friends forever, ok? walaupun kita dah terpisah, aku harap kita tak lost contact.

kepada semua kawan2 yang aku sayangi, aku minta maaf banyak2. terima kasih sebab berkawan dengan aku dan terima kasih sebab mencorakkan kehidupan aku dengan corak yang pelbagai. aku sangat rindu dengan setiap saat yang kita nikmati bersama. halalkan makan minum aku. halalkan setiap yang aku ambik dari korang. tapi kalau aku ada hutang dengan korang, cakap tau. insya Allah aku bayar. no worries~

kepada cikgu2, jutaan kemaafan saya pohon sebab saya sedar, sepanjang saya bergelar pelajar, ada tutur kata dan perbuatan saya menimbulkan rasa kurang senang dalam hati cikgu2. saya harap cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajarkan kepada saya sebab keberkatan ilmu itu sangatlah saya harapkan supaya saya dapat ilmu yang bermanfaat dan dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

kepada semua yang kenal saya, saya minta maaf banyak2. kemaafan dari anda semua sangat saya hargai =)


selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin =)



p/s: tahun ni tak balik kampung. raya dekat kl je =(

0 respons terhadap bicara saya: