Wednesday, August 24, 2011

tak bertelekung tak boleh solat?

salam~

saya quote ini dari wall group batch saya.

"kalau Muslimah ingin tahu sama ada pakaian yang mereka pakai menutup aurat atau tidak, cuba lihat ia boleh dipakai semasa solat tanpa bertelekung atau tidak. then cuba tanya pada diri sendiri, kalau ketika menghadap Allah yakni semasa solat aku perlu menutup aurat dengan sebaiknya, kenapa semasa waktu lain aku seolah-olah tak kisah mengenai auratku, sedangkan Allah melihatku tak kira masa."

kita selalu lihat majoriti Muslimah dalam masyarakat kita akan bertelekung setiap kali ingin menunaikan solat. selalu juga kita lihat kalau yang tak bertelekung tetapi menutup aurat dengan sebaiknya ketika bersolat ialah Muslimah berbangsa Arab dan sebagainya. tetapi, tak mustahil juga kita lihat Muslimah kita bertelekung tetapi usai solat aurat mereka masih terpampang sesuka hati.

quote itu sangat sesuai untuk kita (Muslimah sekalian) muhasabah semula diri ini. di sinilah kita perlu buka mata dan sedar semula, betapa besarnya hikmah di sebalik hukum yang Allah tetapkan untuk kita. Allah perintahkan kita supaya menutup aurat keseluruhan anggota tubuh badan kecuali wajah dan tapak tangan. samalah juga dengan aurat kita masa bersolat. bila kita dah tutup aurat dengan baik, tentu mudah untuk bersolat,kan? tak payah susah2 nak cari telekunglah, tambah lagi bagi yang bertubuh tinggi seperti saya, sukar nak cari kain telekung yang betul2 panjang dan boleh menutup kaki. kalau pakai stokin je kan senang? ;)

oleh itu, kita kena fahamkan betul2, setiap yang Allah tetapkan untuk kita itu cantik dan sistematik sekali. tapi, bila dah tutup aurat dengan baik, jangan lupa untuk jaga kebersihan. pakaian yang hendak dibawa ke solat mesti bersih dari najis. contohnya macam kat bawah ni:

alamak, kain terseret ke tanahlah. habis berdebu.

terseret ke najis tak? kalau tak, boleh je dibawak pergi bersolat. sebab dia hanya kotor, bukan najis. kalau rasa tak selesa, pakai kain lain. bawak kain telekung sahaja spare siap2. 

isy, stokin ni dah pakai sepanjang hari. lepastu macam nipis je sebab dah makin longgar.

saya lihat kawan2 saya ada yang bawa stokin lain yang dikhaskan untuk bersolat semata-mata. tebal, tak jarang, selesa dipakai dan diyakini bersih. kalau nak pakai stokin 99 sen beli dekat Giant tu pun boleh.

hehe~dah jelaskan? tak perlu bertelekung pun kita masih boleh bersolat, yang penting kena tutup aurat dengan betul2 baik (sila baca ayat ini hingga habis untuk mengelakkan kecelaruan). tapi, point yang paling penting ialah, menutup aurat itu wajib. tak kiralah apa-apa alasan sekalipun. nak tunggu seru? al-Qur'an dan hadis Rasulullah s.a.w dah beribu tahun seru kita tutup aurat dengan baik. Allah perhatikan kita setiap saat, setiap detik, bukan ketika solat je. tutup aurat bukan perlu pakai telekung pun. kalau pakai tudung bawal, shawl, pashmina hatta tudung Ariani sekalipun, kalau ianya labuh menutup dada dan tak jarang, itu pun dah cukup. pilihan terletak di tangan masing2.

" saling ingat-mengingati. andai saya tersilap, tegurlah saya dengan berhikmah kerana saya manusia biasa juga. makanan ruji saya nasihat, teguran dan doakanlah saya dapat baiki diri ini kepada yang lebih baik =D"


1 respons terhadap bicara saya:

Solihin Zubir said... [balas komen ini~]

btol2.. kalau tgok kt negara Arab sana, diorg solat merata2.. tak pyh nk bertelekung dh sbb pakaian yg diorg pkai sntiasa menutup aurat dgn smpurna..