Monday, August 22, 2011

saya 'suka' blog ini~

salam~


semalam saya ada buat entri pasal blog2 yang saya tak suka. 


dan hari ini saya jumpa blog ini.



haha~saya suka sangat dengan blog ini sebab boleh dijadikan panduan kepada mana2 blogger yang ingin menjadikan blog mereka lebih cantik, menarik, tertarik, da booommbbb!!!


*ini versi edit*


antara beberapa ciri yang boleh dijadikan pengajaran ialah:


1) ada pop-up yang mengalu-alukan ketibaan anda.
2) ada halwa telinga yang autoplay. peminat k-pop pasti suka kerana lagu itu dari genre k-pop.
3) pilihan font yang kreatif dan unik.
4) pilihan warna yang menawan.
5) ada burung biru terbang2 sekitar blog. mungkin disediakan untuk kemudahan pembaca yang memiliki twitter.
6) suasana sepanjang melayari blog ini umpama berada di musim luruh. sejuk dan syahdu je.
7) cursor comel. siap ada tulisan pusing2 lagi.
8) widget kat bahagian kiri (apa entah namanya. saya xlayan so malas nak ambik tahu). lebih besar lagi bagus. biar pembaca tak dapat baca entri. asalkan mereka view blog kita =)
9) ejaan yang comel gitu, seiring dengan trend orang zaman sekarang yang rasa hot dengan ejaan gituw. (err...yang ni pun saya tak reti)


ada lagi ke eh? rasanya yang ni je kot. jap, iklan yang tergantung kat sebelah kanan blog tu boleh masuk sekali tak? bzzz....ada satu blog tu letak macam tu jugak. memang tertekan la bila masuk blog tu. entri best, follower pun ramai tapi serius, saya tak tahan kalau macam tu sebab saya tak dapat tengok post2 lama beliau.

p/s: sapew rasew diew nark blognyewr chomeyl gituew, boleyh klirk kart link atas tuew~ *uweekk...muntah balik almon london yang makan tadi*

p/s *2*: huhu~blog saya macam mana? =)

2 respons terhadap bicara saya:

Tengku Nizam said... [balas komen ini~]

gelapnye blog ni, huhu, tapi theme blog kite same lah, hitam putih. huhu

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Tengku Nizam

alamak, gelap sangat ke? hihi...suka hitam putih tapi kalau gelap sangat saya cuba tukar.

thanks =)