Sunday, October 30, 2011

umur berapa gigi kekal tumbuh?

salam~

mode: sedang mengulangkaji dental anatomy. salah satunya berkenaan umur berapa gigi kekal tumbuh menggantikan gigi susu.

sumber: uncle google



bahagian atas:

gigi depan: 7-8 tahun
gigi sebelah gigi depan: 8-9 tahun
gigi taring: 11-12 tahun
gigi pertama sebelum geraham (premolar): 10-11 tahun
gigi kedua sebelum geraham (premolar): 10-12 tahun
gigi geraham pertama: 6-7 tahun
gigi geraham kedua: 12-13 tahun
gigi bongsu: 17-21 tahun

bahagian bawah:

gigi depan: 6-7 tahun
gigi sebelah gigi depan: 7-8 tahun
gigi taring: 9-10 tahun
gigi pertama sebelum geraham (premolar): 10-12 tahun
gigi kedua sebelum geraham (premolar): 11-12 tahun
gigi geraham pertama: 6-7 tahun
gigi geraham kedua: 11-13 tahun
gigi bongsu: 17-21 tahun


sumber: illustrated dental embryology, histology and anatomy (3rd edition), published by Elsevier 


penting untuk tahu sebab zaman sekarang ni banyak budak kecik yang baru kat tadika, darjah 1 tapi dah kena cabut gigi. lepastu tunggu punya tunggu tak tumbuh2. semuanya sebab inilah. setiap gigi ada masanya untuk tumbuh. lepastu, kalau gigi tu dicabut awal, dibimbangi gigi yang kat belakang akan bergerak ke depan. bila bergerak ke depan, nanti gigi yang tumbuh lambat tu akan tumbuh kat belakang. nanti susunan gigi jadi tak teratur. last2? bila dah besar terpaksa pakai braces.

jadi, lepas ni bolehlah check gigi tertentu tu dah tumbuh ke belum. oh, ya. gigi bongsu tak semua orang ada tau terutamanya kita ni orang Asia sebab mulut kita kecik, tak muat gigi tu nak tumbuh pun. kalau tak tumbuh takde apa2 pun sebenarnya tapi kalau rasa sakit, lebih baik pergi rujuk ke doktor gigi yang terdekat.

sekian, terima kasih =)

"take care of your teeth before others"

sumber: aunty google

13 respons terhadap bicara saya:

qaseh zara said... [balas komen ini~]

as salam...
dik...boleh tolomg akak tak...akak nak tanya...gigi depan anak akak yang berumur 5 tahun dah cabut masa umur 4 tahun dan gigi baru juga dah tumbuh. tetapi malam tadi dia ada terlanggarpintu, so gigi tu juga dh goyang...adakah kalo akak cabut lagi gigi tu, anak akak dh cde gigi?
akak risau sampai x boleh tido mlm tadi...nak pergi dentist pun esok baru dpt pergi.

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@qaseh zara

waalaikumsalam~
klau ikutkn,lps gigi susu dh patah akn ganti dgn gigi kekal. tp sy xdpt nk pastikn.mintk maaf sgt2. ape2 pun cuba bwk ke dentist n insha Allah ada penyelesaian utk pastikn gigi kekal tu xdicabut sbb seboleh mgkn dentist akn cuba preserve gigi especially gigi depan. =)

Najiha said... [balas komen ini~]

Kakak, umur saya 16 tahun , gigi bongsu bawah saya dah tumbuh..normal ke awal2 ?

dynamite kid said... [balas komen ini~]

Anak saya umur 8 tahun gigi depan dia sompek. Itu gigi kekal ke gigi susu?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@dynamite kid

maaf lambat balas. anak pn pernah alami terjatuh atau apa2 keadaan (kena bola ke, terhantuk ke) yang melibatkan bahagian gigi depan?saya sarankan pn bawa anak berjumpa dr gigi untuk pemeriksaan lanjut sbb kalau boleh kita akan cuba selamatkan gigi tu.

siti siti said... [balas komen ini~]

saya kehilangan gigi hadapan saya ketika umur 13tahun, disebabkan kemalangan. adakah gigi itu akan tumbuh/takkan tumbuh lagi? apa rawatan yg saya boleh ambil ya untuk memastikan gigi saya cukup.

siti siti said... [balas komen ini~]

gigi hadapan mmg takkan tumbuh dahke? apa rawatannya untuk mndapatkan gigi yg cantik

Unknown said... [balas komen ini~]

Anak saya skrg ni berumur 6thn. Gigi depannya dua2 telah goyang dh tercabut pd awal thn 2016. Sehgga kini gigi depannya hanya tumbuh sebelah kiri saje. Seblh kanan masih tidak tumbuh lg. Anak saya pernah jatuh didlm bilik air dn gusi di gigi depannye berdarah. Tapi gigi yg tumbuh ok. Cuma apa yg saya risaukn yg seblh lg yg masih x tumbuh. Warna gusi kiri dn kanan gigi depan pn berbeza. Bhgn yg ada gigi lebih pink dr yg tiada gigi. Adakah gusi anak saya bermasalah?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Unknown kena bawa anak ke klinik gigi secepat mungkin.

areq wan said... [balas komen ini~]

Akak saye umur 12thun gigi kekal saye goyang..nak buat macam mne

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@areq wan

gi klinik cepaattt biar dentist tentukan rawatan yg sesuai.

Kasih Farhana said... [balas komen ini~]

Akak,please help me!! Hehe haritu ada cabut gigi geraham pertama sebab dah tak boleh diselamatkan lagi.Gigi tu akan tumbuh balik tak? Sbb ikutkan gigi tu tak pernah cabut lagi . Boleh ke tumbuh balik ?

Farhana MOHD NORDIN said... [balas komen ini~]

Umur sya 27 thn n dentist inform yg sya msh ada gigi susu n 2 gigi taring kekal yg blum tmbuh.. dentist suggestkan untk buat full face xray.. normal ke perkara mcm ni atau akan ada kesan untk jngka msa pnjng