Thursday, January 19, 2012

hari menangis sedunia

salam~

patutnya post semalam tapi sebab takde internet. sekarang ada kat kampus, so boleh ambil kesempatan kejap. hehe~

semalam ialah hari menangis sedunia untuk saya. sob..sob...dahlah tengah nak exam, tiba-tiba je hati dikecewakan sebegini rupa *tergamak awak buat saya camni..

poyo je..haha~sebenarnya sebab semalam ada tiga perkara berturut-turut yang buatkan saya rasa nak nangis tapi saya tahankan je sampailah ke perkara yang ketiga, saya dah tak tahan lagi. kena menangis jugak.

first, saya ada lecture tambahan dengan prof anatomy semalam. masa awal2 kelas tiba2 satu handphone kawan saya berbunyi. kelam kabut la dia pergi kejar handphone yang tengah caj kat depan kelas time tu. saya time tu memang buat tak kisah je dengan handphone saya sebab saya fikir time tu, walaupun saya tak silent kan telefon, takkan ada orang nak call saya tengah lecture pulak, kan. so, saya biar je handphone dalam beg dengan tak bersilent.

tiba2 intro lagu Kekasih Halal dari Waliband memecah keheningan lecture hall yang tengah sunyi kecuali dengan suara lecturer. tau tak siapa punya telefon tu? saya punya la! kelam kabut cari handphone nak matikan. cuak sangat time tu sebab lecturer mamang dah bengang sebab dahlah tadi satu telefon berbunyi ni satu lagi berbunyi pulak. sangat cuak masa tu sampai menggeletar badan sebab takut sangat2. kesannya, sepanjang lecture saya tak ngantuk sebab takut sangat.

kedua, masa lab biochem semalam. yang ni la yang paling sedih. semalam punya lab agak lama tau sebenarnyasebab ada tiga part. jadi, saya decide untuk tolong buatkan part B supaya boleh cepat siap. pastu, saya tak perasan langsung ada prosedur lain yang saya kena buat sebelum saya buat langkah kedua. saya terus tanya lab assistant tu macam mana nak buat prosedur kedua. serius tak perasan yang first. lepastu lab assistant tu macam marah. dia kata, ada dia suruh buat camtu? saya terkejut. kata dalam lab manual ada suruh buat camtu. pastu dia tunjuk prosedur first yang saya tak perasan tu dengan perasaan yang..saya pun tak tahu nak cakap camne sebab saya sangat terasa dimarahi masa tu dan rasa nak menangis. malu pun ada. walaupun tak ada orang yang perasan (mungkin) tapi saya tetap rasa malu sangat. sedih..sob3

yang ketiga sebab ada masalah lain. yang ni je tak boleh cerita. bila dah sampai tahap ni, memang tak tahan sangat dah. sampai je bilik terus ambik bantal, nangis kat bawah tu. lepastu nangis dalam bilik air bagai. habis mata bila bangun pagi tadi pun rasa sembap je. camtu la...

tapi saya bersyukur sebab saya tak nangis depan orang. saya tak lepaskan tension saya dengan marah orang. saya tahu saya boleh jadi kuat. tak nak sikit2 nangis tapi bila dah jadi camni, kena la menangis jugak kan.

jap lagi exam ICT. nak gi baca notes. sekian.

p/s: saya suka buat orang ketawa, saya suka jadi ceria tapi di sebalik tu saya terlalu mudah mengalirkan air mata.

2 respons terhadap bicara saya:

fAraH_K said... [balas komen ini~]

heyya there.
me too babe, today's last paper and the very hard and 'awesome' paper. mse tgh jawap ada air mata keluar
:((((((

aa.fariza said... [balas komen ini~]

takut...xpela 'afifah..asam garam kehidupan...tabah!err..hehe