Saturday, January 7, 2012

wish saya masa 2011 tapi tak semuanya tertunai masa 2011 jugak

salam~

mak aihh..panjang ea tajuk. haha~tak kira. malas nak edit balik.

sebelum ni wishes ni hanya terperuk dalam diari hitam kesayangan je. tapi hari ni boleh la revealkan sikit demi sikit. bukan apa, kalau baca diari tu takut korang terkejut lalu pengsan pulak.

berikut merupakan antara 5 wish saya. sebenarnya target yang mesti dicapai. sebab tu tahunnya berbeza-beza.

1) nak memiliki sebijik Nokia C3 dan sebijik laptop (sekali dapat Nokia C2 je dan sebijik netbook HP mini)<----takpe, ni kita kira settle.
2) nak menamatkan peringkat Tamhidi dengan jayanya dengan pointer 3.50 ke atas dan masuk ke Fakulti Pergigian (alhamdulillah, dua-dua ni dapat tahun 2011 jugak)
3) dalam masa 5 tahun, nak dapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan seterusnya bergelar Dr. Nur 'Afifah (insya Allah..pray the best for me =)
4) menjelang usia 25 tahun, nak jadi isteri kepada encik (takbolehbagitau) dan menjadi menantu kesayangan Puan (puntakbolebagitaugak) *haha~yang ni kalau tak dapat nanti mesti menangis =D
5) yang ni cam pelik sikit jadi tak boleh bagitau kat sini. haha~

sekian, apa yang saya wishkan masa tahun lepas. insya Allah, kalau tak semua, dapat sebahagian pun boleh. tak kisah yang wish ke 4 tu je. yelah, kalau dah takde jodoh, nak buat cemana. kan?

apa-apa pun, untuk masa terdekat ni saya harapkan supaya saya diberi kesihatan yang baik, semangat yang kuat, kesabaran yang tinggi dan yang paling penting, iman yang mantap. amin. 

kawan2 yang tengah final exam dan akan final, bittaufiq wannajah =) buat elok2 ok. jangan asyik ingat aku je. haha~kitorang exam 31 Januari nanti (kot). lambat, kan? takpe, sebab ada je lecture yang tak habis lagi.

semoga dipermudahkan. amin.

untuk awak jugak =)

1 respons terhadap bicara saya:

aa.fariza said... [balas komen ini~]

1) tahniah
2) tahniah
3) inshaAllah aamiinn
4) kalau xnk gtau, can i fill in the blank with the absolute correct answer?huhuhuhuhuhuhu
5) err...cecite cecite

bittaufiq wannajah juga utk exam...

#exam sgt penat sbb otak penat