Tuesday, August 14, 2012

apakah benar perempuan dicipta dari tulang rusuk lelaki??

salam~

malam2 cenggini teringat pulak dekat talk yang pernah saya pergi kat Nilai dulu. talk ni disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah aka Dr Har. talk ni cerita pasal perempuan sebab masa tu sempena dengan program apa ntah namanya aku tak ingat tapi yang surenya program untuk kita-kita aje (Muslimah only).

kita selalu dengar kan, perempuan itu tercipta daripada tulang rusuk lelaki. bukan dari kaki untuk dialasi. bukan dari kepala untuk dijunjung dan ntah kenapa tetiba keluar lagu Wanita nyanyian Dehearty pulak nih.  tapi selalu acam tulahkan?

so, masa talk tu baru saya tahu dan berfikir betul2. yelah, takkanlah betul2 perempuan tu diambik dari rusuk lelaki, kan?

satu, kerana semua manusia baik lelaki mahupun perempuan Allah ciptakan tulang rusuk untuk membentuk mediastinum supaya dapat lindungi organ seperti paru2 dan jantung serta salur darah yang besar gabak seperti vena cava dan aorta. oleh itu, kiranya tulang rusuk lelaki diambil satu daripadanya, tak kiralah thoracic yang keberapa pun, macam mana fungsi melindungi tu dapat dijalankan dengan baik? kalau betullah perempuan ni dari tulang rusuk lelaki (jodohnya), alamat semua lelaki kat dunia ni nak kahwin cepat sebab selagi tak kahwin selagi tu takleh nak hidup dengan betul, contohnya gangguan pada pernafasan.

dua, kita jugak pernah dengar orang kata wanita ni umpama tulang rusuk yang bengkok jadi kalau nak luruskan kena hati2. kalau kasar kang patah pulak. tapi, sekali lagi Dr Har cakap. tulang rusuk tu memang Allah jadikan bengkok sebab nak lindung paru2 bagai tu tadi. kalau dia lurus, macam mana nak isi paru2 antara thoracic cage tu? sebab tulah kena bengkok. ko nak sangat luruskan? luruskanlah. karang udara takleh nak masuk paru2 sebab tekanan tinggi baru tahu. 

jadi, ini boleh dikatakan perumpamaan yang tak diyakini kesahihannya. boleh dipertikaikan jika difikirkan dari sudut anatomi. pergilah cari benda lain nak diumpamakan dengan wanita. huhu~

sekian, perkongsian serba sedikit dari saya. hehe~

salam pecutan terakhir =)

2 respons terhadap bicara saya:

neho said... [balas komen ini~]

love anat

Muhamad Aidil said... [balas komen ini~]

itu adalah sabda Nabi Muhammad..lain kali cek dulu ye sebelum tulis perenggan akhir tu...kena fahamkan jugak.. bukan dari sudut anatomi.. tapi sudut kefahaman..perumpamaan..

Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata; bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Ajarilah wanita itu dengan cara yang sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan dari (serupa) tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika engkau memaksa untuk meluruskannya, nescaya (patah), dan jika engkau membiarkan saja, senantiasa ia bengkok. Sebab itu nasihatilah wanita itu dengan cara yang sebaik-baiknya.”