Thursday, August 9, 2012

random rant #3

salam~

baju raya yang belum ada lubang untuk leher lagi~
masuk hari ni dah hampir seminggu saya cuti. result pun dah tengok di mana sangat mengejutkan bila pointer saya kurang 1.0 daripada pointer yang saya dapat masa tamhidi. haha~dapat lulus pun dah kira syukur sangat sebenarnya. alhamdulillah =D

rutin harian saya sekarang ni sama je dan dah mula rasa boring. huhu~pagi bangun sahur. pastu solat subuh dan sebagainya. pastu dengar radio supaya tak terlentok tidur. pastu jenguk kejap baju apa yang nak dijahit. pastu tertidur jugak sebab rumah sunyi sepi dan suasana di pagi hari kat rumah ni sangat indah kelihatannya. pastu bangun sambung menjahit sambil tengok Family Outing tak pun selang seli tengok Merlin. pastu tengahari Ain balik sekolah sakat dia sikit2 sampai dia meroyan pastu sambung kerja lain pulak. petang baru start tolong2 mak untuk siapkan hidangan berbuka sambil menonton Family Outing lagi (haha!! bayangkanlah. potong tempe, kupas kentang, buat hotdog gulung dengan roti celup telur dan goreng semuanya buat depan laptop). pastu dah siap lepak2 sambil tengok Family Outing lagi. pukul 7.15 camtu baru hidang makanan bagai dan bersiap untuk buka. malam, buat segala benda yang perlu dn akhirnya, tidur.

boring sangat, kan? maunya tak boring. tapi tahun ni saya kagum sikit dengan semangat saya yang rajin menjahit. tahun lepas banyak baju yang tak siap disebabkan kemalasan saya di saming semangat nak raya tak semangat mana sebab raya kat KL je. jugak mungkin sebab lanjutan daripada cuti yang lama tu. tapi tahun ni sangat semangat. sebab minggu ni dah berjaya siapkan baju dan minggu depan nak siapkan kain. insya Allah.

hari ni dah masuk 10 malam terakhir. cepatnya masa berlalu. sekarang bila dengar lagu raya, sepatutnya kita tak boleh rasa gembira nak sambut raya. tapi, kita sepatutnya rasa sedih sebab tak sangka Ramadhan dah nak habis. hmm..Allah je yang boleh menilai macam mana ibadah kita untuk Ramadhan tahun ni. sangat2 berharap saya tak sia2kan hari2 last Ramadhan yang makin mahal harganya ni. amin. jom, sama2 ea?

ini ada satu doa yang saya terlintas tadi. tak tahu kenapa. tiba2 terdetik dalam hati doa macam ni,

"ya Allah, kalau jodoh aku dengan dia, Kau mudahkanlah. tapi aku harap kalau betul ada jodoh aku dengan dia pun, kitorang kahwin lepas aku habis belajar dan lagi best kalau masa tu aku dah habis fydo. sebab aku pun tak reti banyak benda lagi. amin"

senget tak senget doa tu? mintak ada jodoh lepastu demand nak kahwin lepas grad. haha!! takpe, Allah Maha Memahami. hehe~kot2 termakbul doa tu. dahlah. baru habis tahun 1 dah mengada fikir kahwin. dahlah takut kat minyak panas memercik. reti buat dessert je. memasak bagai2 tu tak reti lagi. alamatnya kuruslah family nanti kalau dah hari2 hidang lauk simple2 macam sambal goreng dengan sayur bayam semata.

 =)

eh, saya pernah kata tak saya against orang yang kahwin muda? tak pernah,kan? 

2 respons terhadap bicara saya:

aa.fariza said... [balas komen ini~]

Saya suka random rant awak. :)
Semoga Allah beri yang terbaik. Amiin.

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

hehe~terima kasih. lame xborak dgn kau. rindunya!!!

amin~untuk awak juge =)