Sunday, August 26, 2012

cerita hari raya~

salam =)

ini cerita hari raya yang dah lepas seminggu baru nak update. almaklum, balik kampung bukannya dapat line internet. tambah lagi balik kampung bukannya rajin nak mengangkut segala laptop, usb dan sebagainya jadi blog pun terbengkalai begitu sahaja.

tapi tahun ni best sikit. alhamdulillah. sebab dapat jumpa semua sepupu sepapat baik yang dari belah mak dengan belah ayah. jugak tahun ni banyak melayan cerita kat tv sebab duduk kat rumah orang jadi takde sape boleh control ketengokan tv saya. haha~

so, ada beberapa cerita yang saya dapat tengok. nak tengok semua sehari suntuk memang tak ah. mahunya kena sound pasal tak jenguk dapur tercongok depan tv.

Raya Pertama:

siang tu tengok cerita Pondok Plastik tepi kubur. sedih oh cerita ni. tapi tu la orang kita kalau raya mesti suka buat cerita sedih2. chill la. kita raya nak raikan kemenangan sebab dah berpuasa tapi sedih2 lak pastu anak2 yang derhaka mesti masa raya ni je yang diorang baru datang insafnya. takde pulak insaf time birthday maknya ke, ulangtahun perkahwinan mak ayah dia ke. eh, melalut plak. ha, ceritanya pasal seorang anak ni dia jadi derhaka sebab terlalu ikutkan cakap isteri dia yang cun jugaklah tapi perangai teruk sebab tak hormat kat mentua dia n pastu duakan suami dia. kesian mak dia tau. cucu dia banyak jadi saksi kepada kekejaman maknya terhadap neneknya tapi sebab dia bisu, jadi dia takleh nak buat apa. sampailah makcik tu lari sebelum anak dia ambik cap jari nak tukar nama tanah lepastu dia bermastautin kat sebuah pondok plastik kat tepi kubur. kesian tau dia kena ejek gila la. nasib baik pastu anak kedua dia balik n jadi hero. pastu dia gaduh2 la dengan abang dia. pastu dia selamatkan mak dia. pastu kakak ipar dia tu kantoi dengan laki dia pastu kena cerai. haha~padan muka. pastu dia mati kena belit dengan ular manakala bekas suami dia macam kena seksa la sebelum meninggal. akhirnya mak dia maafkan n dia pun mati dengan tenang.

pengajaran: kita ni orang perempuan mehlah jadi menantu yang baik. mak mentua tu mak kita gak. suami pun jangan la cepat sangat terpengaruh dengan cakap isteri lagi2 kalau cerita yang buruk2 pasal mak sendiri. itu mak kau kot, kau lagi kenal, bukannya isteri kau. kenapa nak cepat percaya? saya harap sampai masa saya jadi menantu nanti, saya tak nak jadi menantu yang tak baik camtu. aamiin.

malam pulak tengok cerita My Name Is Khan dengan Vanilla Coklat Raya. saya tak pernah tengok cerita MNIK tu so first time tengok ni semangatlah sikit. tepat pukul 9 terus tukar tv3 tengok VCR. adoyai, diorang gaduh lagi la dalam cerita nih. malas betul tapi sebab minat kat encik AHR so tengok je la. haha~tapi bila dah tengok ni dapatlah jugak pengajaran. diorang tu kahwin muda pastu bila ada problem tak bincang sama2. semua main pendam je dalam hati padahal bila dah kahwin ni kena la bersifat terbuka. eceh, macam la aku dah kahwin. tapi tu la jugak yang saya dengar masa pergi kursus kahwin hari tu. kalau tak bincang, camne nak selesai? pastu nak cerai. padahal dalam hati masih sayang. confirm la sayang. kalau tak tak kahwinnya. jadi, itulah pentingnya untuk jadi matang dalam perkahwinan.

kemain lagi menghadap tv~dalam keriuhan berjaya gak tengok~
habis VCR, sambung tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak. tapi sebab dah tengok pastu bosan terus masuk bilik, sumbat telinga dengan earphone, dengar lagu sampai tertidur. bangun pagi tengok bateri dah merah. haha~~

Raya Kedua

pergi beraya rumah kawan ayah. kat sebelah depan tu je. kenyang dapat makan kerepek pisang banyak2. haha~petang tengok cerita Kalut Raya. tengok cerita ni macam best sebab ada Beto Kusyairi. pastu Almy Nadia nampak comel pulak jadi mak yang tengah mengandung dalam cerita tu. cerita ni pasal diorang dua ni suami isteri. ada 6 orang anak dan bakal masuk 7. so, dalam nak buat persiapan raya, Beto sebagai ayah yang saya tak ingat namanya apa kenalah beli baju dan sebagainya. sebabkan nak mudah, dia suruh anak dia 6 orang tu beratur, pastu dia ambik ukuran baju dengan saiz kaki pastu dia sendiri yang pergi belikan baju2 dengan kasut2 tu. masalahnya taste dia lain dengan taste anak dia yang 3 orang atas tu. habislah kena komen pastu dia pergi beli yang baru. sabar je la budak2 tu.

pastu nak balik kampung pulak. dia hantar pergi service kereta tapi orang tu kata dah banyak kereta hantar kat dia. so, dia pun tawakkal je la. on the way nak balik kampung, lepas buka puasa kat RnR, tetiba kereta dia takleh start. anak2 dia meragam la. habis gegar2 kereta tu jadinya. bayangkanlah dia bawak Alza, budak2 tu bising2 dalam tu. memang dahsyat la. tengah tunggu2 tu, tetiba isteri dia sakit perut pulak nak bersalin. nasib baik ada sorang pekerja dia kebetulan lalu (ofismate dia kot) n tolong. sebabkan dah sakit, terpaksalah tinggalkan kereta kat situ naik himpit2 dalam kereta wira sambung perjalanan balik kampung. sampai je kampung, mak dia dah ready tunggu dengan mak bidan. tapi, masalah lain pulak jadi. baju2 raya diorang semua tinggal kat dalam kereta yang rosak tu. makanya, tak berbaju rayalah diorang. nasib baik nenek diorang ada jumpa baju2 cantik tapi tak berpakai kat rumah nenek diorang tu. dapatlah beraya jugak dengan baju baru di samping dapat adik baru =)

comel seyh cerita ni. sebab bapak dia kalut2 tolong siapkan untuk raya pastu budak2 yang jadi pelakonnya pun comel2. ada mia sara, balkish tapi yang lain tu saya tak kenal. hehe~pastu rasa sweet sangat bila tengok ayah dia penat2 beli barang bagai dan terserlah sikap bertanggungjawabnya kat situ. bukan letak 100% kat isteri siapkan semua benda. oh, indahnya hidup berumahtangga dengan lelaki sebegitu. haha~~mode berangan.

pastu tak tengok tv sangat. balik temerloh baru sempat tengok lagi. tapi dapat tengok 1 je. cerita Sabar Tak Sabar. dalam cerita ni Remy Ishak, Tiz, Aqasha ada berlakom. dengan sorang lagi yang berlakon jadi kawan Tiz dalam cerita Dejavu di Kinabalu tu tapi tak tau nama. hehe~bila tengok pelakon DDK, takde Nazim Othman pulak. hehe~dalam cerita ni Remy jadi Salman Husin Ali, seorang Bangla yang kerja jadi tukang jahit. dia ada makwe ko tau? mak we dia Mona. pastu kawan rumah satu dia Sharukh. haha~suka tengok sebab Remy memang jadi Bangla habis dalam cerita ni. lawak betul. Tiz pulak seorang yang jual baju kurung bagai kat sebelah gerai Salman jual karpet dengan kawan dia. Tiz (Farhana) ni jenis yang tak minat lelaki Melayu. sebab tu Aqasha mengorat dia buat derk je. tapi dia minat dekat Salman ni. kawan dia kata dulu dia ada pakwe Myanmar la, Pakistan la. macam2. lawak la tengok cerita ni. yang tak tahannya masa Salman ni nyaris kena tangkap, dia boleh cakap Kelantan tau?memang best la. tapi suka2 dia dengan Farhana tu, akhirnya tak bersama pun sebab kantoi yang dia ada makwe (mona) tu.

dah. panjang gaban. malas nak cerita pasal beraya ke mana, makan apa. hehe~nanti upload gambar ea. saje je nak share sebab rasanya tahun ni paling banyak tengok cerita sempena Raya. haha~

ok =)

0 respons terhadap bicara saya: