Friday, September 14, 2012

kecelaruan identiti

salam~

semua orang mesti sedia maklum, bila saja sesebuah kelas baru bermula atau cikgu baru masuk kelas, aktiviti  harus adalah memperkenalkan diri. pastu macam biasalah, cikgu tersebut akan cakap camni,

"ok, nama, asal."

oh, la. saya paling tak suka bila kena kenalkan diri. sebenarnya tak suka sebab kena bagitahu asal dari mana.  saya ialah manusia yang sering mengalami kecelaruan identiti bila masuk bab memperkenalkan diri. sebabnya bila dah kata memperkenalkan diri, dalam kelas pulak tu, mestilah keadaannya akan jadi formal dan bila formal, takkanlah orang yang bercelaru macam saya ni nak cerita panjang2 pasal diri sendiri unless kalau masa tu memang dah pakat dengan rakan sekelas nak habiskan masa 2 jam intro to new subject tu dengan intro pasal sejarah tempat tinggal diri sendiri.

kenapa saya bercelaru?

secara mudahnya, saya lahir di Kajang, Selangor dan menetap di Sg. Besi, Kuala Lumpur. tapi, saya tak pernah faham maksud asal yang cikgu2 tu cakap apa. sebabnya, selalu saya dengar camni,

" asal mana?"
" selangor."
" selangor kat mana?"
" kajang."
" kajang kat mana?"
" country height *wah kau*"

kalau saya memang lahir dan tinggal kat situ macam orang kebanyakannya selalu tu, takpelah jugak. masalahnya saya tak. sebab tu setiap kali sesi perkenalkan diri, saya cakap je saya asal Kuala Lumpur dan bila tanya kat mana, senang la saya nak jawab Sg. Besi. betul x? tolonglah angguk sebagai tanda anda pembaca yang memahami.

so, alkisahnya saya ni lahir dalam famili yang berpindah randah sejak kecil demi sebuah masa depan yang cemerlang. memang saya lahir kat Kajang. tak caye tengok surat beranak kertas hijau yang dah nak lusuh tu. pastu, memang zaman kanak-kanak sampai umur 3 ke 4 tahun camtu saya duduk area Kajang dan Bangi. sampai sekarang rumah yang saya duduk tu still ada (rumah flat). lepastu, ayah saya beli rumah kat Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. kalau anda seorang yang begitu teliti membaca surat khabar Utusan, anda mungkin pernah dengar nama tempat ni. kat sinilah saya terus membesar dengan jayanya sampai darjah 1 setengah. eh? ada setengah pulak.

lepastu setengah lagi sampailah awal Tingkatan 3, saya duduk kat Negeri Sembilan. sobab tu la ekau jangan polik sey buleh cakap Nogori. haha~lama kira ni la tempat paling lama saya menetap. dulu memang reti betul cakap Negeri Sembilan tapi sebab sekarang pun dah bertahun tinggal, so memang dah tak praktik dan dah tak berapa reti. sedih. 

sekarang, kitorang dah balik semula ke Kuala Lumpur dan tinggal kat Sg. Besi. disebabkan keluarga saya selalu berpindah, maka saya telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya anak dalam keluarga ni yang ada banyak sekolah. saya ada 3 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah. adik beradik saya yang lain mana ada sekolah banyak2 ni. kek mano diorang mulo darjah 1, kek situlah jugak diorang amik UPSR. boring, kan? haha~

so, bila dah balik semula ke KL barulah tengok betapa dah membangunnya KL ni. dulu masa kat Seremban tempat jalan2 saya hanyalah Terminal 1 dan Giant Senawang. masa dah darjah 6 camtu Seremban 2 pun baru wujud. masa kat KL, tempat mainan saya ialah Taman Tasik Permaisuri dan yang sekarang ni ada Pandan Lake Club tu. dulu mana membangun sangat tempat tu. tak berapa jauh dari Pandan Lake Club tu ada tadika saya masa 6 tahun yang dulunya kosong je dinding depan tu tapi sekarang dah banyak lukisan. jugak, dah ada One Shamelin. camni kot kalau tak silap nama dia.

jugak, sebab saya banyak membesar kat Negeri Sembilan la yang membuatkan saya tak berapa arif dengan beberapa tempat kat Kuala Lumpur ni. sebab tu bila orang tanya tempat dan saya kata tak tahu lepastu diorang ejek saya kata orang KL tapi tak tau bagai, saya akan rasa nak marah dan lempang mereka laju2!! oh, ganasnya. taklah. kecik hati la jugak sebab dah kita bukan orang jati KL kan, nak buat camne. diorang nak ke tahu pasal sejarah pindah randah saya ni? dah tulis kat blog ni kira tau la kan..hehehe

balik semula ke kes perkenalkan diri. eh, dah habis cerita la. tak kisahlah. asalkan dah tahu kan asal usul saya camne.

ada jugak satu masalah ni. ni yang kawan saya masa Tamhidi dulu cakap. dia pun orang KL jugak tapi macam biasa, mak ayah bukan orang KL. bila lecturer tanya kampung kat mana, serta merta dia akan blur dan tanya balik, "kampung ayah ke mak?". yelah, sebab definisi kampung bagi kami yang duduk kat bandar ni yelah tempat tinggal atuk ngan nenek dan tempat yang paling best untuk meraikan hari raya. so, memang kena spesifikkan la setiap kali nak perkenalkan diri.

so, lepasni kalau ada sesi perkenalkan diri lagi, saya akan tengok dulu. kalau lecturer tu tak sambung tanya negeri mana area mana, saya akan jawab Selangor sebab saya lahir memang kat Selangor. tapi kalau dia tanya dengan spesifiknya area mana, saya akan cakap Kuala Lumpur sebab saya menetap kat sini. 

p/s: rasanya dalam satu kelas tu, saya sorang je yang jawab asal Kuala Lumpur. ceh, apalah sangat korang pandang orang Kuala Lumpur ni? 

0 respons terhadap bicara saya: