Sunday, September 16, 2012

mee tarik =)

salam~

Selamat Hari Malaysia =D

memandangkan hari ni cuti sampai esok, maka aku (hari ni pakai kata ganti diri 'aku') pun balik rumah yang hanya sepuluh minit tu. almaklum la cuti lama. karang tak balik orang bising pulak kerana apabila rumah dekat, seharusnya kita buktikan kesyukuran itu dengan pulang ke rumah selalu. ye dak? haha~

so, tengahari tadi parent aku n adik2 yang kecik keluar untuk uruskan hal mereka. so, yang tinggal hanyalah aku, kakak aku n dua adik lelaki aku. disebabkan aku seorang bakal suri rumah dan suri hati yang bijaksana lagi rajin dan berpekerti, jadi aku pun masak la makanan tengahari khas untuk diorang.

ok, part first tu betul tapi bab masak tu tipu. ayah aku hulur duit, dia suruh kitorang makan kat luar. best ah camni. eh, tak best tak best. kalau bukan masa mak aku takde ni, bila lagi aku nak tunjukkan skill memasak aku yang tak seberapa ni? haha~aku harap satu masa nanti aku boleh buktikan kat orang yang aku bukan setakat reti handle dental instrument yang semuanya nampak sama tapi fungsinya berbeza sampai nak juling mata aku bezakannya tu tapi aku jugak reti handle sudip, pisau dan garfu. eh?

sambung balik part makan. dengan duit yang ada, maka kitorang pun siap2 n keluar pergi round kat Sungai Besi yang dah kian membangun tu untuk mencari benda yang halal dimakan, dikunyah, ditelan dan dihadamkan oleh perut belanga kami. sebenarnya sangat banyak choice kami tapi macam biasalah, time ada duit dan banyak choice la tak tau nak makan apanya. kalau masa tak berduit tu, semua benda mengidam, macam dah takde hari esok.

so, last2 kitorang decide nak makan kat restoran Mee Tarik Warisan Asli.


dulu aku tak kenal sangat mee tarik ni. tau pun sebab dia ada bukak gerai n pernah jugak menjual kat bazar Ramadhan. pastu pakcik Nazri yang bawak bas USIM yang duduk area rumah aku ni pun selalu mention pasal ni. so, tertarik la jugak nak merasa kan. tambah pulak, mee tarik ni yang buatnya orang Cina Muslim dan kalau diperhati betul2, rupa diorang tak macam orang Cina kat Malaysia tapi macam origin diorang dari China. tapi yang ni aku tak pasti la. pastu, nama dia mee tarik sebab dia buat mee ni dengan cara menarik2 doh tu untuk jadi mee. takyah nak kena gelek2 pakai mesin ke apa. 

kat sini, aku order menu mee basah. mee ni basah sebab dia takde kuah tapi basah. eh, mesti korang faham punya kan. eh jap. aku order mee basah dengan tomato n telur. mula2 nebes jugak la cemana la rupanya mee ni sebab aku tak pernah makan. pastu masa order adik aku sampai, macam kagum kejap. pinggan dia sama besar cam pinggan spaghetti yang aku beli kat Iceroom dulu n bila tengok mee dia, memang menyelerakan!! sampailah order aku tiba. anyway, aku puas hati la dengan layanan dia kat sini. baru sekejap order air, dah sampai air. pastu tak lama pastu makanan lak sampai. sekarang, jom makan.

mee tomato dan telur

yeah, mee aku la ni. simple saje tapi rasanya amat sedap tahu! mee dia lembut dan sedap sangat tambah lagi dengan telur n tomato tu. chopstick tu mengada je nak ambik. kononnya bila aku dah pernah makan guna chopstick masa kat Flaming dulu kira skill guna chopstick aku dah upgrade la, padahal terkial-kial. pastu aku putus asa nak guna chopstick and last2 aku guna sudu garfu je. sob3.

garfu dah hilang sebab kena telan *ahaks*

pergh!! sekali makan tanpa henti lalu makanan aku pun habis. semuanya aku telan. aku tipu kat sini sebenarnya sebab korang pun tahukan yang aku bukannya makan sayur jadi sayur hijau2 tu semuanya kakak ngan adik aku ambik. sedap hingga menjilat sudu. oh ya, peneman santapan tengahari aku hari ni ialah teh o ais yang menarik dan murah. aku kata menarik sebab rasanya macam ada bau wangi2 dan manis yang secukupnya. so, aku memang amat berpuas hati dengan makan di restoran mee tarik ni =D

jadi, kepada sesiapa yang nak mencuba, boleh try pergi restoran Mee Tarik Warisan Asli ni. setakat ni yang aku tahu dia ada kat Sungai Besi ni la. kat area belakang Tutti Frutti bagai tu. aku tak tau alamat dia senanya.



dahlah. sekarang pun dah kenyang sebab hari ni kerjanya menyumbat makanan ke mulut je. tadi baru lepas makan sup ketam. alhamdulillah. harap2 misi aku untuk kurus semasa di hostel menjadi kenyataan. hehe. aamiin =D

p/s: hari ni oh my english dah tamat. suka sangat kat see yew soon =D


0 respons terhadap bicara saya: