Wednesday, September 12, 2012

selamat datang tahun 2 =)

salam~

setelah berhari-hari mencari peluang nak update blog, akhirnya berjaya juga kutemukan masa lapang ini.

anyway,

SELAMAT DATANG TAHUN 2!! =)

hah? dah tahun 2? *dummy tekej0t*

alhamdulillah,saya berjaya gak masuk tahun 2 walaupun result exam cukup2 makan je. saya harap tahun 2 ni saya boleh lulus dengan cemerlang, bukan lulus semata. insya Allah.

jadi, nak cerita apa ea? oh, tahun ni saya ambik 12 subjek. 4 subjek yang akan masuk pro pastu yang lain2 biasa2 saje tapi still menuntut perhatian sama rata. oh lagi, ini semester last saya belajar subjek bahasa. dan oh lagi sekali, saya dah nekad tak nak pegang apa2 jawatan dah tahun ni.

bunyi macam kejam, kan? memang pun. tapi saya rasa dah tak larat nak buat kerja. ceh, teruk betul. mungkin saya akan terima apa2 jawatan kalau saya rasa saya mampu. mungkin dulu saya rasa penat buat semua tu sebab saya terima sesuka hati kot. tu yang buat saya letih. start sem 2, saya masuk intervarsiti, pastu debat, pastu ajk itu ini, bendahari kelas, bendahari cs, pengarah roadshow. sampaikan masa kena bagi tazkirah, termarah orang itu secara tak sengaja sebab kepala dah serabut sangat dan rasa nak nangis. tapi saya harap kalau saya ada pegang apa2 jawatan sem ni, saya nak jalankan tugas saya dengan sebaiknya, macam yang saya dah buat dulu. insya Allah.

pastu, sem ni agak mencuakkan bagi saya. bila dah masuk tahun 2 dan berhadapan dengan pesakit cik dummy yang sentiasa ada disebelah menemani lecture Operative Technique saya, barulah masuk dalam otak betul2 yang saya akan jadi doktor gigi suatu hari nanti. barulah saya sedar yang suatu hari nanti saya akan berhadapan dengan manusia yang sakit gigi yang pelbagai dan masa tu, saya kena praktikkan segala ilmu yang saya belajar untuk hilangkan sakit tu dan bagi keselesaan kepada mereka. jadi, saya tak boleh main2. kena belajar betul2. huhu~

cerita sedih sem ini: saya duduk kat position yang tak best. entahlah. sebab tak pernah duduk kat tempat camtu. tapi, semua orang doakanlah ye saya boleh survive =) hehe~

dahlah,xtau nak cerita apa. hehe~tetiba blank lak.

nanti ada cerita baru, saya share lagi ea~

0 respons terhadap bicara saya: