Wednesday, June 29, 2011

kisah Tamhidi dan si dia~

salam~hari ni nak share sesuatu. mungkin boleh jadi pengajaran pada diri sendiri dan pada sesiapalah. kalau tak ada yang boleh diambil sebagai pengajaran pun, bagi aku nasihat kat kotak komen tu pun jadilah =)

aku bukanlah budak nerd yang fokus semata pada study dan aku tak jangka perkara ni akan berlaku. aku ingat lagi, sebelum masuk Tamhidi, my first wish ialah "masuk Tamhidi nanti nak jaga hati, tak nak suka2 pada orang sebab bila dah masuk level Pra-U, aku tak boleh main2 macam kat sekolah dah." so, aku sangat bertekad untuk laksanakan itu, lebih2 lagi bila kakak, mak dan ayah cakap belajar kat universiti jauh berbeza dengan belajar kat sekolah. mesti berdiri di atas kaki sendiri. maka, dengan hasrat itulah aku masuk ke Tamhidi.

tapi siapa duga,kan. masa hari briefing pasal subjek2 yang akan kitorang ambil sepanjang semester 1, masa tu la kali pertama aku nampak dia. ok, nampak camtu je. tak tau dia budak medic or dentist. yang aku tau dia memang satu kuliah dengan aku. tamat cerita.

dan selepas2 tu pun aku selalu nampak dia. tak tahulah macam mana tiba2 boleh suka pada dia. selepas beberapa sesi mengorek maklumat, akhirnya dapatlah serba-sedikit pasal dia. satu hari, aku terpaksa ponteng kuliah sebab ada appointment dengan IPR dan sepanjang perjalanan balik ke KL asyik terbayang dia je. masa tu dah mula tertanya-tanya, dia cari aku tak nanti masa kuliah petang karang?hak2...sabar je la. kiranya secara rasmi aku 'sudah suka' kat dialah. hampir dua bulan jugak aku suka dia tanpa bagitahu kat sape2 sehinggalah malam cuti mid-sem kawan aku berjaya menjumpai orang itu melalui Facebook. h0h0~

dan begitulah seterusnya. sepanjang Tamhidi aku simpan rasa suka aku pada dia. juga menyimpan perasaan cemburu (sabar je la) bila nampak dia bekerjasama dengan budak perempuan lain. tapi masa penghujung Tamhidi semester 2, aku nekad tak nak suka dia lagi sebab aku tak nak letak harapan tinggi pada sesuatu yang tak pasti. tapikan, sakit tau buat keputusan macam tu. dahlah aku buat masa tu tengah study week. menangis tak payah cakap. sorang2 je bawah bantal. asyik berkepit dengan diari je. housemate aku pun tak tahu sampailah beberapa hari sebelum exam aku bagitahu. aku menyangka exam kali ni keputusannya akan jatuh berbanding semester lepas tapi alhamdulillah ternyata itu sedikit pun tak mengganggu aku (w/pun secara zahirnya aku sangat terganggu).

so, apa point kat sini? pointnya ialah aku pernah menyukai seseorang sepanjang Tamhidi tapi alhamdulillah itu tak menjadi halangan untuk aku dapatkan result yang baik seterusnya sambung belajar ke fakulti pergigian (insya Allah). tapi, siapa kata itu tak membebankan jugak? serius, syaitan kan jahat. masa tengah dok hafal bio dia pergi bawak kita angau kat orang itu. masa tengah serabut2 kira differential equation, dia bagi kita ingat kat orang itu. masa tengah baca kimia yang berselirat, dia suruh kita tanya dalam hati, "orang itu tengah buat apa,ya?"..hmm...memang patutlah aku punya Kimia dapat C+. haha~pendek kata, kalau tak kuat memanglah aku pergi jumpa sendiri orang itu dan cakap, "weh,aku suka kau. kau boleh tak keluar dari USIM ni sebab aku tak boleh belajar la bila nampak kau,"..kesian anak orang kena keluar sebab aku. tapi aku tak buat semua tu sebab terbukti ada cara lain untuk mujahadah.

ini kira tips la untuk remaja2 yang kini dibuai cinta yang tak pasti. senang je dan insya Allah aku akan istiqamah atas jalan ini. doakan ye =) 

1) jaga solat. bila jaga solat maka terjagalah hubungan dengan Allah. 
2) banyakkan mengaji Al-Qur'an dan berzikir. nanti jiwa tak kosong dan syaitan pun tak ganggu.
3) berkawanlah dengan kawan2 yang dapat membantu mujahadah. kalau seorang diri memang tak kuat.
4) sebaiknya istikharah sebab kita takut kalau2 perasaan yang datang tu adalah mainan syaitan semata-mata. 
5) bertawakal. 
6) paling penting, mintak mak doakan supaya kita kuat. doa mak mustajab tau, tak ada hijab memang straight   sampai ke Allah. 

insya Allah, doakan aku kuat tau. sekarang cuti tak apalah, gangguan tu tak sangat. tak angau pun. angau dengan seth tan lagi ada. aku sangat2 berharap dapat baiki diri ini. doakan tau =D

special tribute: buat awak, mungkin awak boleh masuk credit list saya. one of the people that inspired me. semoga sentiasa di bawah rahmat Ilahi, tak kira kat mana pun awak. thanks for becoming parts of my life. let fate fare us better~

6 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

sehinggalah malam cuti mid-sem kawan aku berjaya menjumpai orang itu melalui Facebook. >> sape hah? nak jumpa juga stalker terulung tu. haha

kau nanges sbb dia ke? tak patut.hehe
dia dpt pegi pandan kan? kesian iman kau. =)

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

nak jumpe?aku bg link nak?haha~main2lah..

x,bukan nangis sbb dia. tp nangis sbb nk cari kekuatan utk berpisah dgn perasaan 'suka' pada dia tu...sakit woo....nangis sbb the hardest battle is when you against yourself..huk2 =\

oh,xtau la pulak... kalau dia dpt pun aku harap Allah akan jaga aku.amin =)

_aliahwafa_ said... [balas komen ini~]

"weh,aku suka kau. kau boleh tak keluar dari USIM ni sebab aku tak boleh belajar la bila nampak kau," - LOL. hahahaha XD

weh ak pon sme, mse sem 1, mmg aku invisible habis. tak ada spe kenal sgt pon. mmg niat malasm nak femes ah kan,hahah. masuk sem 2, dah start minat orang. smpi skarang kot tak tau. eh tpi teman tapi mesra. har har har. haha. n nasib baik result lepas pointer. phew~

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@_aLiaHwaFa_

ya...aku sgt bersyukur pointer lps....ternyata mgkn dia slh seorg yg tlh bg inspirasi kt aku~hehe

AthirahMd said... [balas komen ini~]

PAH!! ko suka sapa eh? tertanyatanya ak.. kah77. cam lawak. nmpk strong heart je, tp rahsia di hati tak siapa yg tahu..

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@AthirahMd

hak3...
dalam hati ade taman~
oik,ade blog xbgtau arrr...nk follow~ =)