Tuesday, July 31, 2012

mendeka!!

salam~

ini gambar curik~haha~mane boleh bawak masuk henset dalam bilik exam, tahu?

akhirnya kami dah selamat menghabiskan exam professional kami berserta peperiksaan akhir tahun (eii..macam kat sekolah) untuk subjek Behavioural Science and Oral Health kami. alhamdulillah~tapi resultnya tak tahu lagi jadi marilah kita bertawakal beramai2 dan seratus peratus supaya Allah berikan kami keputusan yang terbaik =)

tapi!! 

tapi kami tak boleh nak riang ria sepenuh hati lagi sebab walaupun keputusan exam akan tahu kemudian, still kami kena tahu result sama ada kami kena Viva atau tak atau kena resit (baca: re-sit). kami haaaaarap sangat tak kena viva, kami harap sangat semua orang lulus dengan cemerlang dan kami harap sangat tahun depan kami 29 orang dapat bersama lagi dalam satu kelas dan kelas kami ketika itu ialah di bilik tutor cordoba, bukan dewan kuliah tu lagi. amin~sila aminkan hasrat murni kami ini.haha~

meh cerita pasal merdeka pulak. hari tu ada terdengar lagu-yang-buat-telinga-ngilu tu. haha~mesti semua orang tahu punya. 

tak nak komen banyak. satu je saya nak cakap. saya tak minta hidup dalam limpahan harta yang boleh buat saya lalai, saya jugak tak minta dimanjakan sampai saya tak reti nak berusaha, saya tak minta diberi hiburan melampau yang kononnya hiburan tu amat didahagakan oleh golongan muda macam saya. saya cuma berharap yang saya dapat hidup dalam suasana Islam yang syumul. saya tak sempurna dan saya tak kuat. sebab tu saya berharap kewujudan environment sebegini dapat membantu saya.

oleh itu, kiranya ingin menepati tema merdeka yang dicanangkan tahun ini, bolehkah anda yang memegang tampuk di atas sana berjanji dengan saya?

berjanji akan berusaha mengembalikan kita semua ke cara hidup Islam yang sebenar? tegakkan hukum Allah yang sememangnya tak patut diragu2kan dan pimpin negara tercinta ini berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah? itu aje yang saya mintak. insya Allah, nanti takkan ada lagi dah masalah2 rumit yang memeningkan lagi kepala kita macam buang baby merata2, seks bebas, bunuh dan macam2 lagilah. betul. sampai bila kita nak terus sombong dengan Allah? nak jugak pimpin negara yang cinonet ni dengan kuasa kita yang menentu segalanya (kononnya la)?

rasanya (bukan rasa lagi dah, memang pun) kalau kita betul2 hidup dalam Islam, barulah definisi sebenar 'merdeka' tu tercapai. ke semua orang memang rasa kita ni dah merdeka? tak payah beranganlah. selagi kita masih terikut2 dengan orang sebelah sana, tak nak mengaku yang kita sebenarnya ada sumber yang paling hebat yakni Al-Qur'an dan Sunnah, selagi tulah kita takkan capai maksud sebenar merdeka tu.

oklah.nak tidur. esok jangan lupa bangun sahur =)

1 respons terhadap bicara saya:

neho said... [balas komen ini~]

dah merdeka dari exam wat arini sahaja dan esok hingga kul 230 petang