salam...hmm,semalam  aku  view  satu  lagi  thread  kat  iluvislam.bukan apa,aku  cakap  jujur  je.aku  tak  suka  kalau  kita  tuduh  sesuatu  benda  tanpa  bukti.aku  baca  kat  thread tu,ramai  yang  cakap  facebook  tu  menyumbang  kepada  pembunuhan  umat  Islam  kat  Palestin  oleh  zionis.aku  atk  mudah  percaya  benda  selagi  tak  ada  hujah  yang  kukuh.jangan  sangka  aku  ni  tak  kisah  dengan  sedara  Islam  sendiri  pulak.tak.lupakan  soal  tu  seketika.
aku  heran  bila  orang  cakap  facebook  tu  menyumbang  pada  yahudi  just  sebab  pengasas  dia  tu  keturunan  yahudi.hello!assalamu'alaikum..kenapa  umat  Islam  mesti  berfikiran  sempit  macam  tu?dia  bukak  n  asaskan  je.kita  nak  pakai  ke  tidak  terpulanglah.ada  orang  terus  tutup  akaun  dengar  benda  ni.tapi,aku  tetap  nak  cari  kebenaran.sekali  lagi  aku  cakap,bukan  kerana  aku  tak  peduli  our  Muslims.
alhamdulillah.aku  bukak  blog  ustaz  hasrizal.opinion  dia  memang  aku  tabik.dia  pun  bukak  facebook  jugak.dia  kata,jangan  cepat  melatah.ah,aku  malaslah  nak  ulas  pendapat  dia  fasal  facebook  ni.korang  kalau  nak  tahu  sangat,jenguklah  web  dia  yang  bernama  saifulislam  tu.
satu  lagi  aku  tak  suka  bila  orang  kata  muslimah  yang  upload  gambar  kat  facebook  tu  muslimah  yang  dah  tak  ada  perasaan  malu.aku  kesal  bila  orang  berpandangan  macam  ni.aku  bukan  jenis  yang  suka  upload  gambar  sendiri  pun.orang  tag  gambar  yang  kebetulan  aku  menyelit  sekali  masuk  kamera  tu  banyaklah.tapi  tu  la.ada  yg  kata,memalukan  bila ambil  gambar,dahlah  tak  pakai  tudung,upload  masuk  dalam  facebook  pulak.hai,yang  si  akak  tu  pegi  amik  gambar  tak  pkai  tudung  tu  apsal?kalau  dah  banyak  sangat  ilmu  agama  tu,mesti  dah  boleh  fikir  sendiri.aku  pun  sejak  masuk  sekolah  menengah  dah  tak  berani  ambik  gambar  tak  pakai  tudung.mesti  pakai tudung  even  dengan  famili  n  adik  beradik  sendiri  pun.sebab,kalau  tak  upload  dalam facebook  pun,mesti  nanti  kita  nak  cuci  gambar  tu,kan?haa,tak  segan  ke  kalau  apek  tukang  cuci  gambar  tu  tengok  aurat  kita?bertudung  tak  semestinya  kat  luar  je.kalau  dah  rasa  benda  tu  akan  ditengok  orang  nanti,buat  langkah  selamatkan  diri  awal2.semua  dah  pandai  fikirkan?
ada  lagi  benda  yang  aku  tak  puas  hati  bila  orang  kata  budak2  yang layan  facebook  ni  leka.benda  ni  sendiri  kawallah.ingat  semua  orang suka  main  game  dalam  facebook  tu?sumpah  aku  menyampah  dengan  game2  dalam  facebook  tu.malaslah.baik  aku  main  game  plant  vs  zombies  yang  adik  aku rembat  dari  ntah-mana-mana-ntah  tu  lagi  berpaedahnya.tolong  arr..satu  je  aku  mintak.aku  tau  ramai  orang  pandai2  agama  kat  luar  tapi  please,don't  judge  a  book  by  it's  cover.bukan  semua  orang  guna  facebook  untuk  kejahatan  dan  bukan  semua  orang  guna  facebook  dengan  kebaikan.think  yourself...
hmm...aku  ada  rancangan  sebenarnya  untuk  mengisi  keboringan  aku  yang  insya  Allah  amin  akan  berakhir dalam  masa  sebulan  lagi.aku  cadang  nak  tulis  cerpen  kat  blog  ni  lah.tajuknya...rahsia.adalah..nanti  aku  cakap.tapi  aku  harap   cerpen  tu  boleh  bantu  aku  asah  balik  bakat  aku  yang  dah  lama  gila  tak  menulis  ni.
hmm...tak ada  apa  nak  tulis  lagi  dah.aku  dah  luahkan semua  perasaan  aku.tadi  tension  sikit  tapi  alhamdulillah,lepas  aku  dah  meroyan  seorang  diri,sekarang  aku  dah  okey.okeylah.takde  apa  dah.salam.
 
 
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment